Khamis, 31 Disember 2009

Menjadi Tua

Bismillah...Hari hari meluncur laju tampa sebarang halangan. Perginya hari bukanlah kemampuan manusia untuk menegah. Hanya khayalan Doraemon sahaja yang mampu membawa kita menjelajah kemasa lampau melalui laci masa dimeja Nobita. Namun Doraemon sedar bahawa dia bukanlah dicipta untuk merealisasikan apa sahaja impian Nobita, kerana dia hanyalah sebuah robot yang hanya diprogram untuk memudahkan urusan remaja tolol seperti Nobita.Menjadi Tua tidak...

Jumaat, 18 Disember 2009

Iman, kamu cuti ke hari ini?

Iman: Assalamualakum.Aku: Waalaikumsalam, oh En Iman. Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang pejabat. Kamu cuti ke?Iman: Ape pula saya cuti boss, kan saya diberi cuti.Aku: Oh ye, lupa. Itu lah, saya ingat semua akan selesai lepas ambil En Nafsu bekerja, tapi kelam kabut pulak lepas dengar ceramah Tok Guru hari tu, nie teringat kat En Iman nie.Iman: Jadi saya boleh kerja balik lah boss? Boleh ambil semula jawatan saya dari En Nafsu?Aku: Eh,...

Selasa, 8 Disember 2009

Lapar

Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibn Asakir dan Ibnu Najjar daripada Abu Hurairah r.a dia berkata: Aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w. ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah! mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk? Apakah engkau sedang sakit?Jawab baginda:" Aku lapar, wahai Abu Hurairah!"Mendengar jawaban baginda itu, aku lantas menangis sedih mengenangkan keadaan baginda itu. Baginda...

Sabtu, 21 November 2009

Ketika Cinta Bertasbih 1: The Movie

Ketika Cinta Bertasbih merupakan sebuah lagi karya cinta islami karangan Habiburrahman El Shirazy atau yang lebih dikenali sebagai kang Abik. Karya karya nya terbit berdasarkan kesedarannya untuk membimbing semula remaja Indonesia kearah pembacaan yang islami dan meninggakan karya karya novel yang berbentuk cinta erotik.Buku kedua terbitan kang Abik ini melonjak tinggi dikalangan remaja nusantara setelah terbitnya buku bestsellernya Ayat...

Sabtu, 14 November 2009

13 November

Sejak tahun 2007 hingga ke hari ini, tarikh 13 November padaku adalah tarikh peperiksaan akhir semester. Tiada yang istimewa hanya hari hari biasa dalam hidupku. Perjalanan sebagai seorang penuntut ilmu, ku tempuhi dengan sabar saban tahun. Aku yang dibesarkan dalam keluarga yang bersederhana pengetahuan Islamnya, membawa harapan keluarga yang cuba untuk mengubah fakta bahawa Islam hanya tertinggal atas mimbar Masjid.Namun tahun ini, 13 November...

Ahad, 11 Oktober 2009

Bulan Hilang di Lembah Itu

Pernah aku bertanya kepada guruku tentang perihal akhir zaman. Beliau merasakan hampirnya saat itu lantas berpesan. Wahai anakku, jaga solatmu, pelihara keluargamu, tinggikan agamamu, genggam amanahmu. Beliau lantas membacakan sebuah Hadith yang berbunyi : Daripada Abu Hurairah dia berkata: ketika Nabi s.a.w. didalam sebuah majlis berbicara dengan orang ramai, maka datang seorang arab badwi lalu bertanya: Bilakah hari Kiamat?Rasulullah meneruskan...

Isnin, 5 Oktober 2009

Gentera Pemacu Mahasiswa

Mahasiswa USIM secara zahirnya tidak mempunyai ledakan ledakan yang mampu mencetuskan suatu perubahan buat kebajikan mereka sendiri. Segala rasa tidak berpuas hati hanya diluahkan kepada buku buku yang kaku tidak membalas. Walau pun kenyataan ini agak kasar bunyinya, namun demikian pengamatan yang telah dijalankan sejak mula aku menjejakkan kaki di tanah USIM ini.Akibatnya, hakisan demi hakisan mulai menghasilkan runtuhan kepada kebajikan mahasiswa yang tidak mampu bersuara untuk hak mereka. Segelintir pemimpin atasan persatuan pelajar yang kurang...

Khamis, 20 Ogos 2009

Pesanan Buatmu Pendamping Setiaku

Dalam perjalananku ini ke gerbang Ramadhan, aku terhenti disebuah bangunan lama. Kulihat didalamnya tersedia segala rantai yang kurasakan kukuh dan tak terputus dek apa jua keganasan. Disinilah titik perpisahan kita duhai pendampingku. Nun didepan sana adalah gerbang yang mengisi didalamnya segala macam bentuk ibadah yang tak dapat lagi kau ganggu. Wahai pendampingku, walau aku pergi hanya untuk sebulan aku berharap agar engkau tidak merasakan...

Rabu, 19 Ogos 2009

Nida' Rabbuk.

Dari Abu Dzar RA dari Nabi  dari apa yang diriwayatkan Allah kepadanya bersabda:Wahai hambaku, sesungguhnya aku telah mengharamkan syirik keatas diriku, dan aku jadikan diantara kamu perkara yang haram, maka janganlah engkau menzalimiku. Wahai hambaku, sesungguhnya kamu semua sesat kecuali mereka yang diberi petunjuk dariku, maka mintalah dariku nescaya akan aku berikan.Wahai hambaku, sesungguhnya kamu semua berada didalam kelaparan kecuali...

Selasa, 18 Ogos 2009

Liku Liku Menuju Ramadhan

Sinar Ramadhan Al Mubarak telah mulai terpancar. Bulan yang menjanjikan ibadah yang berlipat kali ganda ganjarannya. Bersyukur aku masih dibekalkan nafas yang kan berbaki entah berpa hari. Aku berharap aku akan diizinkan untuk menyempurnakan sebuah lagi tiang agama yang lima.Tidak seperti Allahyarham Ustaz Asri Rabbani( semuga dicucuri rahmat keatasnya), umurku masih tersisa untuk saat ini. Pada hari yang sama tahun lalu, pada saat ini aku berada...

Rabu, 5 Ogos 2009

Mahasiswa Takut

Ungkapan syair Taufiq Ismail ( Indonesia)Pelajar takut pada dosen( pensyarah)Dosen takut pada dekanDekan takut pada rektorRektor takut pada menteriMenteri takut pada presidenPresiden takut pada Pelajar.Persoalannya anda takut siapa????Demikian sebuah puisi yang telah menampar keras benak sanubari dan logik akal para mahasiswa indonesia pada 1998. Tamparan keras ini telah menyedarkan para mahasiswa untuk bangkit menentang kezaliman pemimpin pada zaman...

Ahad, 26 Julai 2009

Ahlan Syaaban

Gerbang Syaaban telah terbuka. Menebarkan senyuman manis buat ummat akhir zaman. Melebar mengharum wangian bulan ibadah. Kehadirannya turut menyaksikan kebangkitan ruh ubudiyyah dikalangan mereka yang mencintai amal amal soleh. Bulan kelapan taqwim hijriyyah ini merupakan sebuah peringatan akan hadirnya sebuah bulan yang agung ummat islam. Persiapan demi persiapan mulai dibuat mereka yang merasakan kepentingan bulan ini. Amalan amalan sunnah mulai...

Selasa, 30 Jun 2009

Gelombang Biru

Pada suatu hari yang tidak tidak terlalu panas, kampus yang sunyi dan selama ini sepi secara tiba tiba dilanda gempa bumi. Aku yang sedang cuba berkhalwat bersendirian di bilik hukum, merasakan diri semakin terancam. Hari apakah ini? Hari lawatan sambil belajar di USIM kah? Hampir keseluruhan kampus dipenuhi makhluk biru ini.Bumi USIM yang sedang aman dek kerenah birokrasi mulai diratah rakus oleh makhluk yang tak pernah kulihat. Dalam sayup kejauhan, ku terpanar melihat susuk tubuh seseorang yang ku kenal. Tak salah firasatku Sheikh Maulana Umar...

Ahad, 21 Jun 2009

Pesan Buat Adik

Padamu adik adik kuTerlalu tinggi harapan kuAgar kalian menjadi insanRela berkorban demi perjuanganGenerasi kami akan pergiMeninggalkan bumi tercinta iniDan mungkin takkan kembali lagiTeruskanlah perjuangan disiniTerasa beratnya kaki melangkahPilunya hati menggamit resahUntukku meniggalkan kalian Terlalu payah...Selamat tinggal adik adikkuAbang pergi duluUsah kalian bersedih dan piluAbang pasti menungguYang patah akan tumbuh Yang hilang kan bergantiYang...

Selasa, 9 Jun 2009

Detik Robek Tirai Malu

SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya. Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik. Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian...

Ahad, 7 Jun 2009

Bertapak di Bumi Mu

"Semangat dan azam untuk membela Addin Islami kembali membara setelah sekian lama membeku terhanyut lamunan ilusi dunia."Kelmarin ku sempat menghadiri sebuah jilsah dan mendengar ucapan seorang mujahidin selaku orang kanan gerakan Hamas. Kata kata yang diucapkan beliau umpama seorang laksamana memberikan kata kata semangat kepada tenteranya. Bersyukur diatas nikmat tuhan yang menganugerahkan kepada ku keupayaan untuk memahami bahasa arab dengan agak...

Sabtu, 23 Mei 2009

Rintih Seorang A'si

Bagaimanalah aku hendak lupakan Zat Yang Maha SuciYang kuasanya tidak pernah satu detik terlepas darikuYang sentiasa mengetahui berterusan setiap gerakan jantungkuDia sentiasa melihat hingga ke batinkuSentiasa mendengar setiap waktu dan detikKehendak-kehendaknya keatasku pasti berlakuSamada aku setuju atau tidakSamada gembira atau dukaDia Maha Agung Maha Qahhar Maha JabbarYang mengasihiku lebih dari segalanyaDan demi seluruh hidup ku dalam genggamannyaAku redha dengan setiap iradah nyaBerkuasa keatasku sepenuhnyaTidak ada campur tanganku dalam...

Jumaat, 15 Mei 2009

Ahlan Influenza A(H1N1)

Ini tidak bermaksud ana gembira. Sebuah kes influenza A(H1N1) telah dilaporkan di Malaysia. Dilaporkan pesakit itu ialah seorang pemuda yang berumur 21 tahun yang baru sahaja pulang dari America Syarikat pada rabu lalu dan sedang diquarantin di Hospital Sungai Buluh. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Ismail Merican dilaporkan berkata : "Kementerian ingin memaklumkan bahawa satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buluh hari ini positif Influenza A(H1N1). Ia merupakan kes pertama penyakit ini yang dikesan di Malaysia." Kerajaan ternyata...

Khamis, 14 Mei 2009

Badiuzzaman Said An Nursi: Ulama Mujaddid Turki

Badiuzzaman Said Nursi dilahirkan pada tahun 1873 di kampung bernama “Nurs”, di timur Anatolia. Nama “Nursi” ialah sempena nama kampung ini. Beliau menerima pendidikan asas daripada para ulama terkenal di daerahnya. Ketika masih muda, beliau telah menunjukkan kecerdikan dan kemampuan yang luar biasa untuk belajar. Hal ini membuatkannya terkenal di kalangan guru-guru, kawan-kawan dan orang ramai. Ketika berusia 16 tahun, beliau mengalahkan beberapa...

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!