Iman, kamu cuti ke hari ini?

Jumaat, 2009 Disember 18
Iman: Assalamualakum.

Aku: Waalaikumsalam, oh En Iman. Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang pejabat. Kamu cuti ke?

Iman: Ape pula saya cuti boss, kan saya diberi cuti.

Aku: Oh ye, lupa. Itu lah, saya ingat semua akan selesai lepas ambil En Nafsu bekerja, tapi kelam kabut pulak lepas dengar ceramah Tok Guru hari tu, nie teringat kat En Iman nie.

Iman: Jadi saya boleh kerja balik lah boss? Boleh ambil semula jawatan saya dari En Nafsu?

Aku: Eh, tak boleh. Saya sayang nak pecat En Nafsu, walau bayaran mahal, tapi dia cukup menghiburkan saya.

Iman: Kalau macam tu, baik saya berundur.

Aku: Eh jangan! Saya tak boleh kehilangan kamu berdua.

Iman: Tapi boss, kami memang tak boleh bersama. Dia macam anti kat sayalah. Saya bukannya Wahabbi ke , Syiah ke, Khawarij lagi lah tak.

Aku: Saya rasa serba salah lah.

Iman: Boss boleh pilih satu je. Mujahadah sikit je boss. Insya allah ada jawapan.

Aku: Saya tahu, jauh dalam hati saya memerlukan pekerja macam En Iman nie. Iri hati tengok syarikat sebelah maju sebab ada orang macam En Iman. Baiklah saya kena pecat juga En Nafsu, tak kiralah apa berlaku. En Iman, arahan pertama saya. Saya mahu awak tubuhkan semula jabatan Solat, Puasa, Zikir, Quran dan apa yang awak rasa patut.

Iman: Alhamdulillah. Baiklah tuan.

Demikian dialog dialog yang sering berkumandang dalam hati syabab akhir zaman ini. Pada kebiasaannya, En Iman hanya akan bekerja selama satu minggu sahaja dan akan diberi cuti lagi. Dan dialog ini akan berulang ulang sehingga Yang Maha Esa mentaqdirkan yang sebaliknya...


p/s:  dialog dimanfaatkan dari ruangan muhasabah Ust Badli Shah Alauddin.

Lapar

Selasa, 2009 Disember 08

Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibn Asakir dan Ibnu Najjar daripada Abu Hurairah r.a dia berkata: Aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w. ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah! mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk? Apakah engkau sedang sakit?

Jawab baginda:" Aku lapar, wahai Abu Hurairah!"

Mendengar jawaban baginda itu, aku lantas menangis sedih mengenangkan keadaan baginda itu. Baginda berasa kasihan mendengar aku menangis, lalu berkata:

"Wahai Abu Hurairah! usah engkau menangis, kerana beratnya hisab di Hari Kiamat kelak tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar didunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup didunia."


Wahai rasulullah, jauhnya aku dari sunnahmu...

Ketika Cinta Bertasbih 1: The Movie

Sabtu, 2009 November 21


Ketika Cinta Bertasbih merupakan sebuah lagi karya cinta islami karangan Habiburrahman El Shirazy atau yang lebih dikenali sebagai kang Abik. Karya karya nya terbit berdasarkan kesedarannya untuk membimbing semula remaja Indonesia kearah pembacaan yang islami dan meninggakan karya karya novel yang berbentuk cinta erotik.

Buku kedua terbitan kang Abik ini melonjak tinggi dikalangan remaja nusantara setelah terbitnya buku bestsellernya Ayat Ayat Cinta. Maka adalah adil jika dikatakan Ketika Cinta Bertasbih terkesan dek meletupnya Ayat Ayat Cinta. Namun bukan buku yang menjadi tuju asal post kali ini, tetapi kemunculan filem Ketika Cinta Bertasbih yang ingin dikongsi bersama. 

Filem Ketika Cinta Bertasbih. 

Pada asalnya, keinginan untuk menonton filem ini tiada kerana terkesan oleh filem Ayat Ayat Cinta. Filem Ayat Ayat Cinta boleh dikategorikan sebagai tidak memuaskan kerana banyak scene yang terkeluar daripada plot penceritaan asal Novel. Pengarah mengubah penceritaannya sehingga hilang sebahagian besar scene penting dalam novel Ayat Ayat Cinta. Maka iktibar dari filem pertama, aku tidak mahu sebuah lagi novel dirosakkan jalan ceritanya hanya kerana tergesa gesanya produksi filem.

Hasil gesaan rakan yang telah dengan tidak sengajanya mendownload cerita ini, ku tontoni juga filem ini. Namun ternyata aku berpuas hati menonton filem Ketika Cinta Bertasbih. Mungkin kerana keseriusan kang Abik membaiki kesilapan dalam filem Ayat Ayat Cinta, menjadikan filem Ketika Cinta Bertasbih lebih tersusun dan menepati jalan dan plot penceritaan novel asal.

Watak dan Perwatakan.

Pemilihan watak dalam filem kali ini menjadi suatu faktor penting untuk menjayakan pengambaran filem. Watak watak yang berat seperti Khairul Azzam, Anna Althafunnisa, Furqan dan Elyana perlu diteliti dan diperhalus untuk menghasilkan keaslian jalan cerita dan ketepatan dalam memainkan watak. 


Khairul Azzam yang dilakonan oleh Kholidi Asadil Alam, berjaya membawa wataknya dengan baik. Azzam yang berwatak pemimpin, tegas, dan bertanggungjawab berjaya diperhalusi oleh pengarah agar kelihatan hidup dan tidak keras membatu. Perwatakannya amat penting bagi memastikan berjayanya filem kali ini. 

Watak Anna Althafunnisa pula dibawa oleh Oki Setiana Dewi. Watak yang dibawanya memerlukan seorang yang lembut dan berpengetahuan tinggi. Watak ini sedikit berbeza dari yang ditunjukkan dalam novel, beliau digambarkan sebagai seorang yang murah senyuman didalam filem berbanding seorang yang fokus dan menjaga pandangan didalam novel. Namun, pembawakan watak masih lagi berjaya ditonjolkan sebaiknya.

Watak watak yang penting seperti Furqan dan Elyana juga masih boleh diperbaiki keasliannya. Furqan yang tonjolkan dalam filem ini kelihata agak lemah berbanding novel. Beliau yang sepatutnya berkaliber sebagai mantan ketua mahasiswa indonesia gagal ditonjolkan dalam filem, dan kelihatan Furqan sangat memerlukan bantuan orang lain.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, filem ini berjaya memperbaiki reputasi filem novel islami dan jalan ceritanya tidak terlalu berat dan panjang untuk ditonton. Berbanding Ayat Ayat Cinta, filem ini banyak memasukkan dialog berbahasa arab, perkara ini jarang dilakukan oleh filem islami yang lain. Durasi selama 2 jam dirasakan mampu diisi sepenuhnya oleh segala isi isi penting novel.

p/s penghargaan kepada Abdul Baari Abdul Rani kerana memaksa aku menonton, "asyik bangat ceritanya sih..."

13 November

Sabtu, 2009 November 14
Sejak tahun 2007 hingga ke hari ini, tarikh 13 November padaku adalah tarikh peperiksaan akhir semester. Tiada yang istimewa hanya hari hari biasa dalam hidupku. Perjalanan sebagai seorang penuntut ilmu, ku tempuhi dengan sabar saban tahun. Aku yang dibesarkan dalam keluarga yang bersederhana pengetahuan Islamnya, membawa harapan keluarga yang cuba untuk mengubah fakta bahawa Islam hanya tertinggal atas mimbar Masjid.

Namun tahun ini, 13 November kurasakan berlainan sekali. Tarikh yang tak pernah aku lupa pada tahun tahun lalu, terasa sangat berat untuk kulalui. Kertas Constitutional Law yang kuambil pada tarikh ini membawaku jauh ke dalam permasalahan dan kes kes perlembagaan dan hak asasi manusia. Terasa pening melayang layang kerana telah dibebankan dengan Kertas Islamic Law of Property hari sebelumnya.

Namun kertas yang penuh dengan gramatical eror itu kutempuhi dengan masa yang tidak mencukupi. Selesai menjawab, kudapati ada entri baru dalam telefonku. Ucapan selamat dari ayah menyedarkan aku bahawa satu tahun lagi telah kutempuhi. Hari Kelahiranku yang ke-...( terasa dah tua sangat).



Beberapa peristiwa kucatatkan dalam ingatan ku pada hari ini.

1) Selain peperiksaan yang kulalui hari ini payah dan memayahkan, aku agak terganggu dengan posisi mejaku. " Meja bernombor 806". Demikian nombor yang tercatat dalam slip kemasukan peperiksaan ku. Masalah meja ini bukanlah pada meja yang ku duduki, namun hamba Allah yang ditepi, namun biarlah ku tanganinya sendiri dalam hati. Tak perlulah dinyatakan masalahnya kerana dirasakan akan mengundang rasa tidak senang hati tuan punya meja disebelah.

2) Ucapan takziah dan disertakan dengan doa kepada Saudara Amir Sufi, Ahmad Norfazareez dan abang Hanis Damanhuri dan sekeluarga diatas musibah yang menimpa. Semoga kelak akan dibalas dengan yang lebih baik dan mendapat ganjaran disisi Allah berkat kesabaran antum. Pengajaran daripada peristiwa antum ana terima sebagai pemberian hadiah daripada Allah untuk lebih berjaga jaga.

3) Yang terakhir, rasanya ru'yah solehah yang datang lagi semalam melengkapkan lagi turutan mimpi yang sudah berlarutan dalam semester ini. Tentang satu perkara yang datang berulang ulang namun setiap kali ia datang, akan ada penambahan penambahan yang semakin jelas saban kali. Namun aku tetap berlindung dengan Allah dari permainan mimpi syaitan.

Kemaafan kupinta kerana post kali ini tidak terkandung sebarang fkta ilmiah. Insya allah kajian akan selesai dan akan di publish secepat mungkin. Kepada saudara Umar, sabar sikit lagi eh...