Jumaat, 12 Mac 2010

Nik Aziz, Ulama' Warasatul Anbiya'


Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya seorang lelaki masuk ke masjid pada hari Jumaat dari satu pintu yang menuju ke arah Darul Qadha. Pada waktu itu Rasulullah s.a.w sedang berdiri sambil berkhutbah. Orang itu menghadap Rasulullah s.a.w sambil berdiri, kemudian berkata: Wahai Rasulullah! Segala harta benda telah musnah kerana kemarau, oleh itu berdoalah kepada Allah agar Dia berkenan menurunkan hujan kepada kita. 

Rasulullah s.a.w lalu mengangkat kedua tangan dan berdoa yang bermaksud: Ya Allah! turunkanlah hujan kepada kami. Ya Allah! turunkanlah hujan kepada kami. Ya Allah! turunkanlah hujan kepada kami. 

Kata Anas: Demi Allah! Kami tidak lihatpun di langit ada mega atau gumpalan awan. Tiba-tiba muncul mega bagaikan perisai di sebalik gunung. Ketika berada di tengah-tengah langit, mega itu mulai melebar kemudian menurunkan hujan. 

Pada hari Jumaat berikutnya masuk pula seorang lelaki dari pintu yang sama, ketika itu Rasulullah s.a.w sedang berdiri sambil berkhutbah. Orang itu menghadap baginda sambil berdiri, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Banyak harta benda yang binasa dan jalan-jalan telah terputus kerana banjir. Oleh itu berdoalah kepada Allah agar Dia berkenan menahan hujan dari kami. 

Rasulullah s.a.w pun mengangkat kedua tangan lantas baginda berdoa: yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Turunkanlah hujan di sekitar kami dan janganlah musnahkan kami. Ya Allah! Engkau turunkanlah ia di atas gunung-gunung dan bukit-bukau, di lembah-lembah dan tempat tumbuhnya pokok-pokok. 

Hujan pun reda dan kami dapat keluar, berjalan di bawah sinar matahari. Demikian amalan yang Rasulullah lakukan bilamana kemarau melanda yakni meminta doa kepada Allah agar diturunkan hujan. 

Hari ini (12 Mac: Jumaat) menjadi bukti bahawa sunnah Rasulullah merupakan jalan keluar bilamana kita ditimpa musibah. Solat sunat Istisqa' yang didirikan secara berjemaah dan diimamkan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menjadi sebab atau wasilah kepada turunnya hujan selepas kemarau panjang yang melanda Kelantan.

Hujan mulai turun saat surah Al Fatihah rakaat pertama dibaca.

Rahmat tuhan diturunkan buat hambanya yang bersyukur.

Fabiayyi ala irabbikuma tukazziban...

6 comments:

inniakhofullah berkata...

alhamdulillah...


saya teringat satu kisah yang diceritakan seorang ustaz baru-baru ini.
ini baru juga terjadi sebenarnya kat selangor if tak silapla..

ustaz ni baru je menghadiri satu majlis ,I mean solat istisqa...

dan dalam perjalanan pulang,hujan turun dengan lebatnya...
subhanallah..

p/s:ada di antara mereka yang suci dari dosa?

kita bila nak tergolong?

TAKBIR..

rupenya,masih ada para ulama...alhamdulillah..
maknanya lambat lagi nak kiamat?

Unknown berkata...

Ulama hebat masih ada, mengapa kita masih menyokong toghut...

Allahu Akbar!!!

Fazareez Fauzi berkata...

kerana mereka buta mata hati...

Ahmad Ridhwan berkata...

butanya mata mereka merupakan bala yang menimpa kita selaku rakyat 1 Malaysia....

inniakhofullah berkata...

go..go tok guru!!!

he2..obses

Umar Mukhtar Bin Mohd Noor berkata...

maknanya lambat lagi nak kiamat?

hehe banyak kemungkinan lain akan berlaku..

mana tahu ada orang dengki ngan ulama 2 ni..

mana kita tahukan..

Na'uzhubillah...

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!