Isnin, 5 Oktober 2009

Gentera Pemacu Mahasiswa

Mahasiswa USIM secara zahirnya tidak mempunyai ledakan ledakan yang mampu mencetuskan suatu perubahan buat kebajikan mereka sendiri. Segala rasa tidak berpuas hati hanya diluahkan kepada buku buku yang kaku tidak membalas. Walau pun kenyataan ini agak kasar bunyinya, namun demikian pengamatan yang telah dijalankan sejak mula aku menjejakkan kaki di tanah USIM ini.

Akibatnya, hakisan demi hakisan mulai menghasilkan runtuhan kepada kebajikan mahasiswa yang tidak mampu bersuara untuk hak mereka. Segelintir pemimpin atasan persatuan pelajar yang kurang menyerlah dan sekadar tangkap muat menjadikan universiti ini berada dibawah penguasaan penuh pihak pentadbiran. Walau tidak dinafi kebanyakan keputusan mereka adalah untuk maslahah pelajar, namun ketidakcampuran pendapat dari pihak pelajar mengakibatkan beberapa hak pelajar mulai diabai.

4 Oktober 2009, menjadi titik mula arus perubahan kampus yang mendapat sedikit acuan pelajar dan tidak hanya berat di pihak pentadbir. Persidangan yang diadakan bertujuan untuk mencanang beberapa usul agar dapat dibahas dan diperhalus telah diatur. Persidangan yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Usim sesi 08/09 dihadiri oleh semua wakil oleh setiap kelab yang didaftarkan dibawah Hal Ehwal Pelajar USIM. Bertemakan "10 tahun USIM: Harapan Baru Mahasiswa", persidangankali ini berjaya membentangkan beberapa usul yang dirasakn releven untuk dipanjangkan ke dewan senat.

6 aspek telah dipilih untuk menjadi kerangka perbahasan usul. Aspek kerohanian, akademik, sukan, syahsiah, kebudayaan dan kepimpinan menjadikan perbahasan kali ini antara persidangan yang menyentuh segenap aspek pelajar.

Aspek syahsiah pelajar menjadi perbahasan utama sidang kali ini. Masalah syahsiah mahasiswa mahasiswi USIM boleh di kategorikan serius jika hendak dibandingkan universiti lain kerna universiti in membawa nama Islam bersamanya. Sidang telah memutuskan agar satu jawatankuasa ditubuhkan untuk menegur sekaligus membenteras masalah gejala sosial didalam kampus. Disuarakan sendiri oleh wakil dari MPP, Saudara Mohd Afiq mencadangkan agar Jawatankuasa Amar Maaruf Nahi Munkar diperkenalkan untuk menjalankan tugas ini.

Aspek kebudayaan menjadi perkara yang hangat diperbahaskan kerana kebanyakan pelajar tidak mempunyai pemahaman yang tepat tentang isu ini. Permasalahan yang berbangkit adalah kesenian dan kebudayaan yang diamalkan diUSIM tidak cukup islamik. Perkara perkara yang tidak syar'i menjadi asas amalan dalam program yang berunsur kebudayaan. Contohnya malam Aprisiasi Seni yang akan diperkenalkan kepada semua pelajar baru dalam minggu perkenalan sering bersalahan dengan waktu solat. Sekaligus merosakkan nama Islam yang dibawa oleh universiti.

Beberapa lagi usul yang diputuskan oleh persidangan yang dirasakan dapat membawa sedikit perubahan yang bermanfaat kepada pelajar. Semua usul yang diputuskan akan disaring dan akan dibawa kepada pengetahuan pihak atasan dan tertentu. Diharap usaha yang sedikit ini dapat membawa kepada sebuah evolusi yang lebih matang kepada mahasiswa USIM dan menjadi pencetus kepada budaya menyuarakan pendapat ditempat yang betul dikalangan pemimpin pelajar.

p/s: tahniah kepada MPP diatas penganjuran Sidang Pleno tempoh hari, semoga usaha ini tidak hanya terhenti disini malah akan diterapkan kepada generasi mendatang.

0 comments:

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!