Khamis, 20 Ogos 2009

Pesanan Buatmu Pendamping Setiaku


Dalam perjalananku ini ke gerbang Ramadhan, aku terhenti disebuah bangunan lama. Kulihat didalamnya tersedia segala rantai yang kurasakan kukuh dan tak terputus dek apa jua keganasan. Disinilah titik perpisahan kita duhai pendampingku. Nun didepan sana adalah gerbang yang mengisi didalamnya segala macam bentuk ibadah yang tak dapat lagi kau ganggu. 

Wahai pendampingku, walau aku pergi hanya untuk sebulan aku berharap agar engkau tidak merasakan kehilanganku. Aku percaya didalam pintu gerbang itu ada ramai lagi saudara saudara untuk aku temani. Saudara saudara yang bakal memberikan tazkirah, saudara yang akan mengalunkan kitab suci tuhan, saudara yang akan berhenti merokok, dan jamaah jamaah yang akan senantiasa beroleh dari mereka mutiara hikmah pendekat aku dengan tuhan.

Wahai pendampingku, usah kau khuatir. Setiausaha sulitmu akan menemaniku. Walaupun pengaruhnya kurang memberi kesan, namun akan ku usahakan dia untuk terus diam dan terus membatu atas ketiadaanmu. Sesungguhnya ketahuilah kamu, bahawa gerbang yang bakal kulalui ini merupakan sebuah bengkel untuk mendidik setiausahamu. Terbukti sudah bahawa setiausahamu ini lemah untuk berdepan dengan kelaparan. 

Wahai pendampingku, sudah setahun lebih engkau menghuru harakan ku. Hari ini aku akan meluluskan cuti bergaji buatmu selama sebulan. Akan kusertakan jua tiket untuk kau berbulan madu kelak. Semoga kau sedar bahawa aku juga mampu berdikari untuk hayat ini. Walau kau sangka aku akan kebosanan dek ketiadaanmu, akan ku buktikan sebaliknya. Mushaf akan menjadi penglipurlara buat setiausahamu yang pilu.

Wahai pendampingku, selamat tinggal. Kita akan bertemu semula di gerbang syawal. Akan ku pastikan diriku pada masa itu, bukan lagi diriku yang kau kenal kini. Aku akan mengubah setiausaha sulitmu itu menjadi setiausaha peribadiKU. Akan ku ceritakan kepada mu seluruh isi kitab tuhan yang akan ku khatamkan ayatnya berserta maksudnya.

Maka akan bersaksilah tuhanmu akan setiap janjiku padamu wahai pendamping setia.

0 comments:

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!