Ahad, 11 Oktober 2009

Bulan Hilang di Lembah Itu

Pernah aku bertanya kepada guruku tentang perihal akhir zaman. Beliau merasakan hampirnya saat itu lantas berpesan. Wahai anakku, jaga solatmu, pelihara keluargamu, tinggikan agamamu, genggam amanahmu. Beliau lantas membacakan sebuah Hadith yang berbunyi : Daripada Abu Hurairah dia berkata: ketika Nabi s.a.w. didalam sebuah majlis berbicara dengan orang ramai, maka datang seorang arab badwi lalu bertanya: Bilakah hari Kiamat?

Rasulullah meneruskan ucapannya dan mengendahkan arab badwi tersebut. Selepas selesai ucapan baginda mencari semula orang arab badwi itu. Baginda bersabda: Apabila hilang amanah maka tunggulah hari itu. Arab badwi itu bertanya, Bagaimanakah hilangnya amanah? Baginda bersabda: Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah hari itu.

Hari ini aku kembali merasakan seram sejuk yang kurasai saat aku menerima pesanan guruku. Kemenangan calon Barisan Nasional (BeEnd) Tan Sri Isa Samad, dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang secara tidak lansung mensahihkan pengkhabaran rasul mulia.


Beliau yang terkenal dengan gelaran "the 10% man" berjaya meraih kemenangan majoriti sebanyak 5000 lebih keatas calon pas Ust Zulkifli. Isa samad pada zaman pemerintahannya pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah oleh badan disiplin UMNO. 

" Pemimpin kalau memberikan khidmat yang baik, apa salahnya rasuah". Mungkin ini mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi di Bagan Pinang."

11 comments:

adilahamzah berkata...

BN memang suka kutip yg ada kes kot..

Ahmad Ridhwan berkata...

Salam,

Saye pun tak paham kenape diorang pilih gak. Beliau bukan orang asal Bagan pinang pun. Mahathir and M Hassan pun tak brape berkenan ngan die.

Entahlah..

Nursyuhada M.Zulkifli berkata...

walopun terpalit dgn isu rasuah najib berbesar ati menghidupkan karier isa demi utk mngukuhkan kdudukannya. Bertambahla malu2 kucheng org2 UMNO. Huu~ Salam satu mesia..

Mohd Hazimin Harun berkata...

UMNO berhak letak Isa. Itu strategi dalaman UMNO. Dan kesudahannya ia berhasil. Tidak siapa nak nafikan peningkatan majoriti. Tahniah buat UMNO.

Yang silapnya adalah PAS. Percaturan yang tidak bijak. PAS sepatutnya menggunakan kempen putih untuk perlawanan di PRK.

Cuma ingin bertanya, siapa guru mu itu wahai ridhwan ?

Ahmad Ridhwan berkata...

Salam Hazimin,

Benar percaturan mungkin tidak tepat, namun kredibiliti yang kini dipersoal.

Guruku adalah seorang yang kurasa manfaat ilmunya mampu membawa ku menempuh segala mehnah wahabiah, syiah, khawarij dan salafiyyah.

Jalal2.0 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Jalal2.0 berkata...

Adalah tidak wajar bg kita mengungkit2 kesilapan masa lalu seseorg untuk sentiasa menyalahkan dia. setiap manusia kan berbuat kesalahan. tindakan memburukkan seseorng dgn ksilapan masa lalunya adalah perbuatan yg lahir drpd semangat taksub parti dan ianya begitu memualkan krn dilakukan oleh seorg pendakwah wanita berpurdah.memalukan. sebaliknya,contohilah saudara hazimin dimana komentarnya begitu bijaksana tanpa ada unsur taksub dan diskriminatif walaupun parti yg disokong beliau tidak begitu bernasib baik dlm plihanraya tempoh hari.

Ahmad Ridhwan berkata...

Salam kepada semua,

Adil rasanya untuk saya memberikan penjelasan lanjut untuk muslimat kita ini. Bukanlah niat memperkatakan kesalahan orang ini yang terdahulu untuk memburukkannya, tetapi lebih kepada agar kita berwaspada dengan pilihan kita.

Agar kelak di hari penghitungan, saat beliau memberi keterangan tentang rasuah yang beliau amalkan , beliau akan menyalahkan orang yang memilihnya untuk menjadi pemerintah. Jika tidak kerana jawatan itu mungkin dia tidak dapat mengamalkan rasuah.

Sepertimana hidup beliau sebelum menjadi pemerintah, tiada rasuah yang dapat beliau terima kerana kekuasaan tiada pada nya.

Islam juga tidak melarang kita mengumpat seseorang yang fasiq untuk menjauhkan diri daripada mudarat yang akan dibawanya termasuk mungkin bala Allah keatasnya akan turut menimpa kawasan jajahannya.

Wallahu a'lam

Nursyuhada M.Zulkifli berkata...

biarkan jalal dengan agendanya tersendiri..haha

(benci btul mamat nie kat aku..huu)

Jalal2.0 berkata...

hik2..sekadar berkongsi pandangan. Moralnya,jgnlah mudah mnghukum org dgn fasiq..Ya Allah,beratnya tuduhan tu..kenal benarkah anda dgn peribadi yg dituduh itu?

Sekurang2nya beliau sudah dihukum dan kita wajarlah bersangka baik.Sekarang,beliau diberikan peluang sekali lagi dan mnjadi medium penilaian baru bg pemikir dan pmerhati yg bijaksana.

Jangan jd seperti pemikir dangkal yg berasakan diri dan entiti yg dianuti adalah lebih baik drpd yg lain shingga qasad kalian sntiasa dlm objektif mnjatuhkan org len yg tidak sealiran :)

Ahmad Ridhwan berkata...

Adalah hak allah untuk menilai dalaman hati manusia, apa yang dapat kita lakukan adalah mencari suatu tanda yang membawa kepada sesuatu martabat seseorang.

Fasiq disini yang cuba saya timbulkan adalah apabila dia melakukan kesalahan secara terbuka dan tidak ada rasa bersalah terhadap maksiat yang dilakukan. Beliau bukan sahaja mengulangi kesalahan itu, malah mendapat nama jolokan the 10% men. Ape cerita???

Adakah kita masih mahu memilih orang yang dikategorikan oleh junjungan kita sebagai ahli neraka. Nabi muhammad bersabda, Arrasyi wal Murtasyi finnar. orang yang mengamalkan rasuah dan menerima rasuah masuk di dalam neraka.waliyazubillah.

Akhirnya, saya berharap agar beliau melakukan taubat dan mengeluarkan dirinya daripada laknat nabi dalam hadith tersebut. jika beliau telah berbuat demikian, kita berharap agar Allah menerima taubatnya dan beliau tidak mengulanginya.

Wassalam.

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!