Sabtu, 21 November 2009

Ketika Cinta Bertasbih 1: The Movie



Ketika Cinta Bertasbih merupakan sebuah lagi karya cinta islami karangan Habiburrahman El Shirazy atau yang lebih dikenali sebagai kang Abik. Karya karya nya terbit berdasarkan kesedarannya untuk membimbing semula remaja Indonesia kearah pembacaan yang islami dan meninggakan karya karya novel yang berbentuk cinta erotik.

Buku kedua terbitan kang Abik ini melonjak tinggi dikalangan remaja nusantara setelah terbitnya buku bestsellernya Ayat Ayat Cinta. Maka adalah adil jika dikatakan Ketika Cinta Bertasbih terkesan dek meletupnya Ayat Ayat Cinta. Namun bukan buku yang menjadi tuju asal post kali ini, tetapi kemunculan filem Ketika Cinta Bertasbih yang ingin dikongsi bersama. 

Filem Ketika Cinta Bertasbih. 

Pada asalnya, keinginan untuk menonton filem ini tiada kerana terkesan oleh filem Ayat Ayat Cinta. Filem Ayat Ayat Cinta boleh dikategorikan sebagai tidak memuaskan kerana banyak scene yang terkeluar daripada plot penceritaan asal Novel. Pengarah mengubah penceritaannya sehingga hilang sebahagian besar scene penting dalam novel Ayat Ayat Cinta. Maka iktibar dari filem pertama, aku tidak mahu sebuah lagi novel dirosakkan jalan ceritanya hanya kerana tergesa gesanya produksi filem.

Hasil gesaan rakan yang telah dengan tidak sengajanya mendownload cerita ini, ku tontoni juga filem ini. Namun ternyata aku berpuas hati menonton filem Ketika Cinta Bertasbih. Mungkin kerana keseriusan kang Abik membaiki kesilapan dalam filem Ayat Ayat Cinta, menjadikan filem Ketika Cinta Bertasbih lebih tersusun dan menepati jalan dan plot penceritaan novel asal.

Watak dan Perwatakan.

Pemilihan watak dalam filem kali ini menjadi suatu faktor penting untuk menjayakan pengambaran filem. Watak watak yang berat seperti Khairul Azzam, Anna Althafunnisa, Furqan dan Elyana perlu diteliti dan diperhalus untuk menghasilkan keaslian jalan cerita dan ketepatan dalam memainkan watak. 


Khairul Azzam yang dilakonan oleh Kholidi Asadil Alam, berjaya membawa wataknya dengan baik. Azzam yang berwatak pemimpin, tegas, dan bertanggungjawab berjaya diperhalusi oleh pengarah agar kelihatan hidup dan tidak keras membatu. Perwatakannya amat penting bagi memastikan berjayanya filem kali ini. 

Watak Anna Althafunnisa pula dibawa oleh Oki Setiana Dewi. Watak yang dibawanya memerlukan seorang yang lembut dan berpengetahuan tinggi. Watak ini sedikit berbeza dari yang ditunjukkan dalam novel, beliau digambarkan sebagai seorang yang murah senyuman didalam filem berbanding seorang yang fokus dan menjaga pandangan didalam novel. Namun, pembawakan watak masih lagi berjaya ditonjolkan sebaiknya.

Watak watak yang penting seperti Furqan dan Elyana juga masih boleh diperbaiki keasliannya. Furqan yang tonjolkan dalam filem ini kelihata agak lemah berbanding novel. Beliau yang sepatutnya berkaliber sebagai mantan ketua mahasiswa indonesia gagal ditonjolkan dalam filem, dan kelihatan Furqan sangat memerlukan bantuan orang lain.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, filem ini berjaya memperbaiki reputasi filem novel islami dan jalan ceritanya tidak terlalu berat dan panjang untuk ditonton. Berbanding Ayat Ayat Cinta, filem ini banyak memasukkan dialog berbahasa arab, perkara ini jarang dilakukan oleh filem islami yang lain. Durasi selama 2 jam dirasakan mampu diisi sepenuhnya oleh segala isi isi penting novel.

p/s penghargaan kepada Abdul Baari Abdul Rani kerana memaksa aku menonton, "asyik bangat ceritanya sih..."

3 comments:

princess_charming1989 berkata...

novel full harga rm70.

download novel-rabun mata utk dibaca via skrin laptop

download film kcb-lembap sangat episod 1 till 15..

pergh..

Ahmad Ridhwan berkata...

Alhamdulillah, nikmat dari ilahi, novel dah lame ade, cerite kawan downloadkan...

Fazareez Fauzi berkata...

aku bersama amir sufi juga turut bertasbih di siang hari..siap ngan altec lancing lg..haha

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!