Selasa, 8 Disember 2009

Lapar


Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibn Asakir dan Ibnu Najjar daripada Abu Hurairah r.a dia berkata: Aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w. ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah! mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk? Apakah engkau sedang sakit?

Jawab baginda:" Aku lapar, wahai Abu Hurairah!"

Mendengar jawaban baginda itu, aku lantas menangis sedih mengenangkan keadaan baginda itu. Baginda berasa kasihan mendengar aku menangis, lalu berkata:

"Wahai Abu Hurairah! usah engkau menangis, kerana beratnya hisab di Hari Kiamat kelak tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar didunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup didunia."


Wahai rasulullah, jauhnya aku dari sunnahmu...

12 comments:

tidaktahu berkata...

BoBo suka maKan saLad..

adele berkata...

Ya Allah..ak baru lepas melantak 2 keping roti gardenia bersama kari ayam yg ada kentang..

Mohd Hazimin Harun berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mohd Hazimin Harun berkata...

ya Allah, Bobo. aku terlewat membaca tulisanmu kali ni.

baru selesai membaham ayam Kenny Rogers. Orang belanja. Dushh!

Ahmad Ridhwan berkata...

salam semua,

leman: salad baik untuk kesihatan.
adilah dan zimin: tak salah makan, cuma lapar akan buatkan kita ingat...

Fazareez Fauzi berkata...

Aku lg kena..
tmbh musim korban lg bob oii..
Perasan dh genap 100 kg nih..

Ahmad Ridhwan berkata...

sebenarnya nak bagi tahu kat diri sendiri, bukan orang lain.

mintak maaflah banyak banyak...

Fazareez Fauzi berkata...

Jom sama2 menguruskan badan bersama BOBO...

Ahmad Ridhwan berkata...

salam,

fazareez, bende nie tak leh berjamaah. lain perut lain style. perangkaan sendiri sendiri jeh

Ahmad Ridhwan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Fazareez Fauzi berkata...

Bidaah ka..?

Jalal2.0 berkata...

Sbb tulah sy kurus :)

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!