SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya.
Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik.
Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi yang juga berpakian sopan. Tangan mereka saling bertaut. Kadang, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.
Kelihatan juga sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok.
Agak pedih dengan paparan itu, mata menerawang ke arah lain. Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit. Pemboncengnya pula seorang gadis. Gadis seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal.
Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Lihat sahaja golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan banyak kali terlibat di dalam kancah skandal seks serta gambar dan video lucah mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan artis sahaja, pelajar sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dengan penyakit sosial yang memalukan itu.
Nabi bersabda dalam sebuah hadith yang berbunyi " Sesungguhnya setiap agama memiliki akhlak, dan akhlak Islam adalah malu. Zaman terus berputar dan manusia terus berubah. Perubahan demi perubahan yang berlaku kebanyakannya menuju kearah kemusnahan.
Sifat malu yang dimaksudkan disini adalah ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.
Sifat malu yang diwarisi para anbiya' dan salafusolih semakin dilupakan. Malah acap kali disalahgunakan oleh insan zaman mutakhir ini. Remaja khususnya dan ummah Islam umumnya sering merasa malu untuk berbuat kebaikan. Untuk menghadirkan diri ke majlis majlis ilmu sudah cukup untuk menjadikan dirinya buah mulut kawan kawan.
Demikian barah yang melanda ummah islam yang tidak menghiraukan lagi kepentingan malu. Maka barah ini pastinya lebih parah dikalangan kuffar. Baru baru ini sebuah rumah mandi bogel telah dibuka semula selepas ditutup selama tujuh tahun. Hujah mereka tiada bezanya. Kalimah hak asasi manusia kembali menjadi perisai utuh mereka.
Islam sebagai agama yang mengenakan jubah malu sebagai pakaian setiap muslim menegah apa jua usaha untuk menegakkan kemungkaran dimuka bumi. Jubah usang ini semakin lusuh dan bakal luruh jika tiada siapa bangkit dan menjahit nya semula. Semoga generasi khairul ummah ini dapat kembali berevolusi menjadi generasi yang lebih ekstrim( dan menepati syara') untuk meninggikan syiar dan panji Dinul Islami.
1 comments:
salaam
hayaa'
pemalunya rasulullah s.a.w. mengatasi perawan.
Ya Mawlaya, malu benar kami padamu...kami umatmu yang lemah!
Catat Ulasan