Ahad, 7 Jun 2009

Bertapak di Bumi Mu

"Semangat dan azam untuk membela Addin Islami kembali membara setelah sekian lama membeku terhanyut lamunan ilusi dunia."


Kelmarin ku sempat menghadiri sebuah jilsah dan mendengar ucapan seorang mujahidin selaku orang kanan gerakan Hamas. Kata kata yang diucapkan beliau umpama seorang laksamana memberikan kata kata semangat kepada tenteranya. Bersyukur diatas nikmat tuhan yang menganugerahkan kepada ku keupayaan untuk memahami bahasa arab dengan agak baik kerana segala hamasah dalam ucapan hilang tatkala dievolusikan dalam bahasa melayu.

Dalam ucapan beliau penuh dengan kutukan terhadap kebiadapan jundul kuffar menjajah kemerdekaan rakyat Palestin. Laungan demi laungan menyeru umat islam supaya bangkit menghulurkan bantuan terus terpancar dari getar bibirnya. Laungan seorang mujahidin jauh sekali berbeza berbanding laungan Satu Malaysia seorang Perdana Menteri. 

Ku teringat peristiwa saat Abdullah ibnul Mubarak mengutuskan surat berbentuk syair kepada Fudhail ibn Iyadh yang merupakan seorang abid yang mengabdikan dirinya untuk beribadah di Masjid Haram, Syair itu berbunyi...

Wahai Abid Haramain jika kau perhatikan kami
Kau akan mengetahui Sesungguhnya kau hanya bermain main dengan ibadah mu
Anda hanya mengalirkan air mata dipipinya
Maka leher leher kami pula mengalir darah 
Ataupun orang yang meletihkan kuda nya kepada kebatilan
Maka kuda kuda kami telah pun letih diwaktu pagi(di medan jihad)
Bauan yang wangi bagi kalian
Namun wangian kami ialah percikan api di kuda dan debu yang mulia
Sesungguhnnya telah datang kewajipan jihad kepada kami dari sabda nabi
Perkataan yang betul benar dan tiada dusta
Tidak sama debu keluarga dihidung seseorang dan asap dari apa yang menyala
Inilah kitab Allah yang bertutur antara kita
sesungguhnya ..."Tiadalah orang yang syahid itu mati"... bukan dusta

Tatkala membacanya beliau menitiskan air mata nya lalu terus menyahut seruan jihad bersama Abdullah ibnul Mubarak dan menentang tentera Tartar.

Persoalannya siapakah yang bakal menyahut seruan Abdullah Mubarak kali ini. 

Menjawab persoalan ini mengheretku untuk aku mengkaji semula tapak perjuanganku. Apa yang dapat dilakukan oleh seorang aku untuk berjuang bersama saudaranya agar tertegaknya panji Islam mengatasi segenap panji dimuka bumi. Maka kunyatakan tekadku untuk memperjuangkan Islam atas platfom seorang pengamal undang undang. Ya , buat masa ini platform ini ku kira releven.

Semoga Islam yang ku junjung ialah Islam Hakiki. Syiar syiarnya akan ku tinggikan. Akan ku bangunkan sebuah masyarakat islam menuju Hadharah Islamiyah dan bukan Islam Hadhari yang kian hilang dan pergi bersama sama imamnya. Roh jihad kan terus mendominasi jiwa sekaligus menjanjikan kebangkitan Fata Islami.

"Semoga tapak ini akan tetap kukuh dan utuh untuk menempuh badai fitnah akhir zaman"

0 comments:

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!