Rabu, 20 Oktober 2010

Mata ini...

Bismillah

Post kali ini adalah rentetan post yang terdahulu. Klik disini

Tetapi, kali ini lebih kepada penyalah gunaan mata oleh tuan punya diri. Alhamdulillah seorang sahabat telah selesai mendirikan rumah tangga. Insya allah Aidil Adha ini seorang lagi bakal diijab kabulkan. Sungguh benar mereka yang telah bernikah mempunyai hati yang lebih tenang.



Cetusan perkahwinan sahabat ini membawa kepada ledakan sahabat lain untuk berkahwin. Guru Kami Ust Amir tidak henti menyarankan penyatuan halal dan menegah keras kesatuan haram (couple). Maka membara bara semangat rijal ilmi untuk menyahut seruan sunnah. Namun bukan semua yang terjentik dengan titipan idea ini.

Aku yang masih belum jelas hala tuju termasuk didalam golongan tidak terjentik dengan dorongan ini. Alahmdulillah hati ini sedar bahawa bukan lah masanya lagi untuk menambah beban dibahu dek kurangnya ilmu dan fakirnya harta. Maka jatuhlah hukum nya makruh atas pundak rijal jika merasakan diri akan menzalimi bidadari hati kerana kelemahan menyara usrah.



Kursus Kahwin yang dianjurkan Majlis Perwakilan Pelajar baru baru ini diserbu galak mahasiswa. Harga yang ditawarkan teramat rendah menarik minat mereka yang sudah berpunya. Alhamdulillah mereka merasa terpanggil untuk meninggalkan era maksiat kepada perkahwinan yang halal. Kursus ini juga memberi peluang kepada syarikat kami ( Lakar Citra Interprise ) untuk menyumbang design design rekaan kami.

Minggu lepas diri ini berkesempatan menghadiri Kelas Halaqah. Sejam yang dihabiskan terasa amat bermakna dan penuh ilmu. Semoga diri ini dapat merajinkan diri dalam menghadiri majlis majlis ilmu seperti ini. Guru kami berpesan dalam majlis ini mafhum daripada kitab nikah bahawa bermaksud : dalam perihal melihat wanita yang ingin dinikahi, adalah antara mula azam sehingga sebelum majlis khitbah.

Pengarang kitab menyatakan apabila seorang lelaki ingin mengkhitbah seorang wanita, maka dia boleh melihat kepada wajah wanita itu sebanyak mana yang dia perlu untuk mengesahkan qasad hati (ketika berhajat untuk mengesahkan qasad hati). Contoh yang diberi guru kami, "... enta boleh melihat nisa' itu selama mana enta memang berniat untuk menikahi dia. Enta semua dah hebat dah bab nieh, kalau di cafe tue kan, pandai dah....."

Bersandar kepada hujah guru, aku sering menyalah gunakan nikmat mata. Ya Allah, pandangan ku kini tidak lagi kujaga. Lemah segala qudrah yang kau beri dek hujahan syaitan dengan fiqh. Entah kemana hilang rasional aku dalam menilai perkara. Satu perkara ku paling syukuri yang telah kau anugerahkan kepada ku. Mata yang rabun.



Dalam liar liar mata ini menikmati wajah nisa', maka qudrah tangan ku kerah melucutkan cermin mata. Maka tiadalah beza wajah wajah indah nisa' itu dari tudungnya. Semoga tidak mata ini kau pulihkan dari kekaburan ini. biarlah mata ini terus kabur dalam mencari maksiat...

3 comments:

adilah berkata...

nice post.

Erma Fatiha berkata...

nice post jugak=))

membutakan mata nampaknya.Persis Abdullah Ibnu Maktum kah???

Meski mata buta, jiwa bersih, lantas kebutaannya tidak akan mampu menghambat kemajuan imannya.=)

“As ‘aluka atawajjahu ilaika bi nabiyyika muhammad-ya muhammad

Inni atawajjahu bika illa robbi fil hajati. Inni astafiu' biha 'aala robbi fi roddi basari allahumma saffiu'hu fiyya.."

Ahmad Ridhwan berkata...

salam...

Adilah: syukran...

erma: allah akbar... jauh lagi nak sampai martabat tu

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!