Selasa, 8 Jun 2010

Kitakan Kawan...

Semestinya ku akui bahawa cuti semesterku kali ini paling tidak memberi faedah. Hanya mengisi sedikit keperluan kelab SLC dengan mengadakan beberapa sesi temuduga dengan pelajar universiti lain. Selain itu, masa banyak aku luangkan dirumah. Kusut kusut... demikian masa berlalu selama beberapa minggu pertama.

Jam 9 malam, handphone berdering. Mati. Tidak sempat kujawab panggilan itu, ia berhenti berdering. Nombor asing muncul. Aduhh... teringat panggilan panggilan "misteri" yang mengganggu Umar ketika peperiksaan. Nampaknya aku lah mangsa seterusnya. Sebuah sms masuk. Sebuah pesanan berbunyi: "Slm ust, maaf ganggu, enta dah dapat panggilan dari Ust Ali?.... Cikgu Nur." Nur....? Handphone berdering lagi, kali ini nombornya kukenal.

Assalamualaikum ust.... Suara yang kukenal sangat. Ustaz Ali merupakan mudir disebuah PASTI. Berlatar belakangkan diploma pendidikan di UPSI dan syahadah di DQ, beliau merupakan seorang guru yang sangat menggemari kanak kanak. Aku mengenalinya disebuah majlis ta'lim disurau dekat dengan rumahnya. "Ada apa ustaz call saya nie..?" tanyaku. "Maaf syeikh ana nak minta tolong sikitlah. Ana perlu ke Kelantan minggu nie dan ana akan berada disana sehingga Muktamar selesai. Makanya ana nak minta enta tolong ganti ana di Pasti kerana penolong mudir pun turut sama kesana."



Aku diminta menjadi Mudir sementara disana. Nasib ku baik kerana persekolahan akan tamat seminggu lagi. Cuti pertengahan tahun. Huh, berdebar juga. Hari pertama, naik perhimpunan aku diperkenalkan kepada semua semut semut hijau. Kelakar juga melihat gelagat mereka apabila diperkenalkan kepada aku. Ada yang nampak mengantuk, ada yang takut, ada yang terkejut kerana kebiasaannya Ust Ali yang akan berucap. Namun semua ini merupakan permulaan bagi hari yang aku takkan lupai.



Seusai nyanyian nasyid, seorang ustazah menegur aku. Gayanya seperti pernah kulihat. Dia memperkenalkan diri sebagai Nur. Cikgu Nur. Sejenak ku berfikir baru kuteringat insan ini. Nur Amnani Faten bt Hj Azmi, junior dua tahunku disekolah sanawi. Beliau mengkhabarkan kepadaku bahawa minggu ini Pasti akan kekurangan guru maka khidmat aku mungkin diperlukan dalam beberapa perkara. Aku dibenarkan untuk menggunakan bilik mudir untuk sementara waktu.

Dalam ramai anak anak Pasti, aku diberitahu akan dua insan yang agak istimewa. Danish dan Zaky. Tidaklah istimewa mereka tergolong dalam insan OKU, namun mereka istimewa pada IQnya. Antara perkara yang dididik diPasti adalah hafazan ayat ayat pilihan dalam Al Quran dan hadith hadith yang dirasakan mudah untuk diamalkan oleh anak anak. Semua anak anak Pasti diwajibkan untuk menghafalnya mengikut peringkat peringkat tertentu. Pernah sekali aku ditegur oleh adiku dengan sebuah hadith yan baru dia hafal...: La Yashrabanna Ahadukum Qaaiman.... janganlah sekali kali kamu minum dalam keadaan berdiri....



Namun Danish dan Zaky ternyata dianugerahkan Allah hati yang cerah. Walaupun mereka baru memasuki alam persekolahan, namun semua ayat ayat wajib dan hadith itu telah mereka hafal. Mereka adalah hasil didikan yang baik oleh ayah dan ibu mereka. Aku sangat mengenali ibu bapa mereka. Jiran sekampunglah katakan. Mereka memang tergolong dalam kelompok manusia yang sangat mengamalkan islam sebagai Ad Din (cara hidup) dan bukan setakat Millah (agama). Namun hakikat mereka adalah kanak kanak tiada dinafi.

Hari kedua aku sebagai Mudir sementara. Danish dan Zaky bermain seperti biasa. Hari ini aku ditugaskan untuk mengagihkan makanan kepada anak anak. Kuperhatikan Danish dan Zaky sedang ralit dengan sesuatu. Ternyata Danish membawa permainannya. "Bakugan Battle Brawler" berwarna merah dalam genggaman Zaky. Sedang mereka asyik bermain, kaki Danish tersadung dan tertolak Zaky. Keduanya terjatuh dan mainan Zaky tercampak lalu jatuh kedalam tali air disebelah sekolah. Maka menangislah Zaky mengenangkan mainan kesayangannya itu. Zaky marah dan memukul Danish. Danish tidak melawan kerana merasa dia yang bersalah.



Aku menghampiri mereka dan memujuk Zaky. Kupanggil Danish dan tampa disuruh terus memohon maaf daripada Zaky. Amarah Zaky masih belum reda dan dia terus menangis dan memarahi Danish. Aku hanya mampu memujuk Zaky agar berhenti menangis dan bersabar. Aduh... kalaulah Ust Ali ada, apakah yang akan dilakukan beliau. Dari jauh Cikgu Nur datang berlari lari anak. Lantas memujuk Zaky. Cikgu Nur lantas bertanya kepada Zaky. "Zaky ingat tak Hadith yang kita belajar minggu lepas?"...

Sebuah Hadith berbunyi, "7 Golongan yang akan mendapat lindungan arash Allah pada hari yang tiada lindungan kecuali lindungannya, salah seorang nya adalah 2 orang yang berkasih sayang kerana allah dan bertemu dan berpisah tiada lain kecuali untuk mencari keredaan tuhan."

Mendengar Hadith itu Zaky berhenti menangis. Beliau memandang Danish lantas memeluknya. Keduanya menangis dan bermaaf sesama mereka. Terkejut juga aku melihat gelagat mereka. Sememangnya Allah mendidik aku lagi hari ini. Zaky dan Danish melepaskan pelukan, dilapnya air mata dipipi, tersenyum dan berkata " Takpelah, Kitakan Kawan...."

14 comments:

Fazareez Fauzi berkata...

Salam,
teringat zaman berPASTI dulu. Aku juga adlh hasil tarbiyah sn, tp trlalu banyak benda yg dilupakan. Yg plg ingat, lagu di pondok kecil. Hari2 menyayi.

p/s: Ust Ridhwan xtrun muktamar gak ke??

Ahmad Ridhwan berkata...

salam zareez,

hehe, insya allah akan cuba turun....

cuma sekarangnie ana punye tiket flight hari ahad, muktamar dah selesai...

adele berkata...

salam...

teringin jadi seperti anak kecil yg jauh dr dosa...

ustaz, hr ni kita nk blajar hadith apa? :p

Fazareez Fauzi berkata...

Xpa Ust, amik berkat bumi barakah pn xpa...xpn g tlg kemas tmpt...hehe

Ahmad Ridhwan berkata...

tmpt: Tempat @ Tumpat????

klau tumpat memang g lah coz kg asal kat pekan tumpat....

Fazareez Fauzi berkata...

Ooo..kawe dok thu demo asa klate. G kemah tempat muktamar....

Ahmad Ridhwan berkata...

muktamar dok abih agi.... biyarr dulu.

inniakhofullah berkata...

marilah jale kelate.xyah gi muktamar.kite gi denga oghe ngajar

Fazareez Fauzi berkata...

Muktamar best!!
Bobo, Bakugan tu dia ada magnet ka kt bwh utk buka dia..??

Mohd Hazimin Harun berkata...

bakugan? new vocab.kui2

Fazareez Fauzi berkata...

Ming, ang bc dlu post ni bg habih, mesti ang ketemu jwpn bhwsanya wujud perkataan Bakugan di sn....

inniakhofullah berkata...

menyampuk:kahkahkah..ado jugok peminat bakungan cni.ingat budok2 tadika jah.

Mohd Hazimin Harun berkata...

hoho.saje tu madnot.gurau2 di kala cuti.

Umar Mukhtar Bin Mohd Noor berkata...

salam.

aku belajar kat pasti 3 bulan je masa umur 5 tahun.

pastu belajar kat rumah. hehe..

Caya lah bob aku pun hampir macam ko, tp aku timbalan mudir ganti ayah aku...

URAR lagi hebat (manipulasi dr UZAR)

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!