Bismillah....
“Hish hantu nieh ade lagi…. Time aku kat café pun die ade, time aku exam, boleh pulak die duduk sebelah aku, kusut kusut ….. ape tak de ke puaka puaka lain yang mahu melintas depan aku…..dah lah muka macam jambatan under construction…..ughh, kejinya….” . Inilah tanggapan pertama kebanyakan individu saat bertembung dengan seseorang yang tidak berkenan dihatinya. Serba tidak kena makhluk Allah yang sorang tu.
Kalau boleh, mahu sahaja dipukul pukul kalau bertemu. Tiada yang lebih menyakitkan mata dibandingkan dengan memandang muka dia. Hilang mood hari itu kalau terserempak dengannya. Kalau sebuah kerusi telah diduduk olehnya, maka kerusi itu semestinya akan menjadi tangkal sial jika anda duduk diatasnya. Pasti sesuatu malapetaka yang tidak dijangka akan menimpa atas sebab anda beristawa diatasnya.
Arghh….
Namun tahukah anda dalam setiap insan yang anda benci itu, terdapat sekurang kurangnya 1% faktor daripada keseluruhan susuk tubuh makhluk keji disis anda itu yang penting untuk anda meneruskan hari hari normal anda. Walau 99% perkara yang dilakukan makhluk itu anda keji, namun pasti terdapat satu noktah kecil yang diperlukan darinya untuk menyempurnakan hari anda.
Pandangan seorang ahli psychology berbunyi, jika 1% itu anda temui, berkemungkinan itu akan menjadi sebuah titik mula untuk anda mengubah perspektif terhadap seorang individu. Sama ada anda akan terus membenci atau mula berbuat baik kepadanya. Sesetengah individu menganggap 1% ini sebagai permulaan dalam sebuah persahabatan.
Sebagai contoh, jika makhluk itu tiba tiba tidak hadir seperti biasa, anda terasa bahawa sudah tiada orang yang akan anda kutuk. Maka semestinya akan membengkaklah hati anda kerana rutin harian itu tidak dilaksana. Kebiasaannya anda akan berebut kuih dicafe supaya makhluk itu tidak dapat makan kuih kegemarannya, namun hari itu, ternyata kuih itu berlambak lambak tak habis dan anda tidak merasa nikmat berebut kuih pada hari itu. Jika makhluk itu ternyata saingan anda dalam kelas, dan hari itu dia tidak hadir, maka terasa suasana kelas tidak sehangat hari hari perang anda bersama makhluk tersebut.
Maka secara umumnya, 1% ini mewakili husnu dzon kita pada setiap makhluk. Prinsip ini turut menyambut baik seruan Allah yang digazetkan dalam surah Al Hujarat yang menyeru manusia untuk saling kenal mengenali. Maka Kenalilah insane yang anda benci, maka anda akan berjaya membuat penilaian yang adil kepada saudara seislam anda.
Memetik kata kata Saidina Ali dalam Nahjul Balaghah ( harapnya sohih) : Cintailah seseorang yang kau cintai sekadarnya, siapa tahu kelak dia akan menjadi orang yang paling engkau benci, Bencilah seseorang yang engkau benci sekadarnya, siapa tahu kelak dia akan menjadi orang yang paling engkau cintai….
Wallahua'lam.
Jumaat, 18 Jun 2010
Something About That 1%...
Posted on 4:36 PTG by Ahmad Ridhwan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Type Speedtest
Visit the Typing Test and try!
12 comments:
Salam,
rasa mcm dh jumpa 1% kat bobo...:-)
@ fazareez fauzi : wah!!! 1% je ke yang ko jumpe kat aku..... g carik lagi... heheh...
nnti la ak try carik lg...mn taw ada celah2 mn ka...hehe
eh..betulla....
takde orang macam tu,tak variasilah hidup.
tukang gunting rambut pn kena cr org len utk gunting rambut dia...:-)
benci dan sayang yang besederhana saje..
Salam
erma: variasi merupakan sebuah keindahan hidup....
fazareez: masakan penggali kubur pun akan meminta orang lain menggali kubur untuk nya saat dia wafat, apatah lagi kita...
adilah: sesungguhnya allah membenci kaum yang melampau dalam urusan mereka...
salam...
tabik spring kat post kali ni...
ana mmg minat orang yg promote husnu zhan ni...
sifat orang beriman yang moderat..
cuma kena ingat, orang yg terang2 buat maksiat layak kena umpat...
so kalau kita benci seseorang, kita benci sbb perangai maksiatnya
dalam hadis yang boleh dipakai disebut:
Sekuat-kuat tali Iman ialah Cinta kerana Allah dan Benci kerana Allah..
salam....
wah... pertama kali dapat tabik spring dari umar....
perkembangan yang menakutkan.....ngee~
tq umar...
umar selalu promote ana supaya jadi orang yang husno zhan,patutla dy tabik springgg
wowowo..hehehe.btul tu.ntah berapa pertus lg sy jmpa sama kwn2 sy..lol
Salam
erma: hoho.... terzahirlah asbab wurud comment umar...
Ayin: semakin banyak anda jumpa, mempamerkan peratusan anda mengenali kwn2 anda....
Catat Ulasan