Khamis, 24 Jun 2010

Hatiku mencari puisi...

Bismillah

Terkejut..... Astaghfirullah.....mimpi buruk datang lagi. Mimpi yang sama seperti tahun lalu. Membawa bersama perkhabaran buruk. Kunafikan mimpi. Mustahil, mimpi je. Takkanlah betul. Seusai solat subuh, Mathurat ku teliti satu satu. Debar hati masih deras. Minggu ini datang juga.

Tahun lalu, ku termimpi nombor nombor itu (bukan nombor ekor). Nombor nombor sial. Selang beberapa hari, nombor nombor itu terzahir jelas dalam slip keputusan peperiksaan ku. Nombor yang sama yang terpacul dalam mimpi ku beberapa hari sebelum ia kusemak. Tahun ini ia timbul lagi.

Ku khabarkan pada ibu perkara ini. Satu perkataan yang keluar, "Deja Vu". Ternyata marah adik kerana ibu seakan mempercayai perkara khurafat itu. Satu perkara ku jelaskan padanya, "manam" ada dua jenis sama ada ru'yah solehah atau permainan syaitan. Desir halus masih menggangu, tak boleh jadi ni.

Maju kebilik, suis komputer dibuka, password diisi, line internet telah di akses. Bismillah.....

Astaghfirullah..... ia berlaku lagi. Aku masih termanggu menatap skrin yang menyilau. Nombor itu. Tiada yang lebih menggangu aku hari ini melainkan nombor itu. ternyata PNGK ku kali ini hanya meningkat 0.01... Sedih merasuk memikirkan setiap rintangan yang ditempuh semester lepas hanya berharga 0.01. Sedih memikirkan segala perbelanjaan yang ditanggung ayah dibalas dengan tuba.



Ibu menghantar aku ke Plaza Perangsang. Setelah sepagi penuh murung, ku pujuk jua kaki ini untuk menyempurnakan segala yang telah ku mulai. Ku perlu mendaki ke tingkat 9 untuk mematikan stem dan memateri perjanjian biasiswa kerajaan Selangor yang ku pohon April lalu.

Seusai urusan ku hinggapi Shah Alam Convention Centre dihadapan untuk berehat. Ku panjat tingkat 1 dan ku temui MPH bookstore. Dari jauh pandangan ku tertarik kepada cover sebuah buku. Buku yang kukenali. Buku yang ingin ku beli namun tertunda dek keringnya saku. Kucapai ia dan terus ke kaunter untuk transaksi.

Ingin Jadi Nasrallah....



Himpunan puisi puisi karangan Faizal Musa (Tehrani) itu ku belek satu satu. Puisi seperti Ingin jadi Nasrallah, Tragedi Halijah: Gundik Wizurai Portugis, Sepatu Tragedi (Setelah 13 tahun peristiwa Memali) dan Lalat di Mimbar Masjid merupakan beberapa puisi yang mempunyai maksud yang dalam. Ingin ku berkongsi sebuah puisinya yang menjawab runsing hati ku ini...

BALADA ORANG BERDOSA

Maafkan daku, Kekasih

semalam aku gelapar dalam nafsu

kukhianati kubeloti

perjanjian yang engkau tentukan

.....



p/s: sila dapatkan naskah anda dikedai buku berhampiran. copyright buku nie telah mengancamku untuk tidak meneruskan nawaituku untuk meletakkan puisinya yang penuh....

Wallahua'lam..

20 comments:

erma fatiha berkata...

apepun,tahniah dik..sekurang-kurangnya meningkat.

ingin sekali mendapatkan buku itu,tetapi nombor itu juga yg menghalangnya:)

Ahmad Ridhwan berkata...

salam..

tq, .... nombor???? anda turut dihantui nya kah....?

apakah fredy krueger dalam filem seram Nightmare in Elm Street itu dalangnya.....

adilah berkata...

Yang baik, yang buruk segalanya dari Allah.. jika dikhatamkan buku la tahzan, pasti kita takkan bersedih..umi aku dah khatam, dia ckp kalau result ak teruk..dia takkan bersedih..lepas ni aku tak risau lg..mesti dia x bsedih.. :)

erma fatiha berkata...

ridhwan:

nombor ekor..hahah


dilah:
ana dah khatam buku la tahzan pun tak jadi ubat pun

hanya ada satu 'ubat'.ulangi dan sebut ubat itu.

adilah berkata...

maknanya kena baca ulang-ulang kali..walaupun dah khatam tp sbnrnya hati blum khatam..hihi

apa ubat tu?

erma fatiha berkata...

selalu blog ni dpt byk komen.fuhh hebat

erma fatiha berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ahmad Ridhwan berkata...

salam...

adilah: nampaknya aku tersalah beli buku lah nie... tapi la tahzan tak de puisi kot....hehe, tq

erma: memanglah banyak comment, korang yang memenuhkannya dengan isu yang tak berkenaan ngan post..... hehe... no offence...... comment lah lagi yeh.

betul dillah, ape ubat tueh???

AJ. berkata...

salam

rileks bah.meningkt jg tu.jgn sedih.
(sama mcm sy jg)

hehehe

Ahmad Ridhwan berkata...

aj: ok ok, dah reliks dah.... tq

adilah berkata...

kenapa kita dikurniakan 10 sem dlm kos kta? spy kita berusaha dr sem ke sem. 6 more semesters to go. keep struggling!

erma fatiha berkata...

ridhwan,jom gune intensedebate mcm ana ngan dilah !best gune tuh

Ahmad Ridhwan berkata...

kritikal lah nak install..... peniung kepala aih.... nnti saye try skali lagi

adilah berkata...

erma,kta suka pop corn!haha.tgok,dh berubah hati

erma fatiha berkata...

senang je ridwan,mule2 ingat payah,lepas tu give up...then buat baik,then give up,then buat balik.

dilah:hati manusia boleh berubah:)

Umar Mukhtar Bin Mohd Noor berkata...

salam...

teknik nak tambah cgpa..

1. Delete sumer game yg x bermanfaat n cetak rompak..hehehe

2. Buang sumer filem yg x mencambah otak

3. Buang gegamber yg merangsang nafsu

4. Berjuang amalkan sumer sunnah nabi

5. berkawan dgn org2 yg dpt cgpa tinggi (sygnya hanya msmat yg ramai mcm ni)

hahahaha...no offence! jangan mare...

Ahmad Ridhwan berkata...

umar:

1. Sumer game yg cetak rompak..... Aku ade game baru , graphic tahap gaban gak, jalan cerita best...... Assasin Creed 2.....

2. Banyak gak aku dah buang....... tapi bertambah seimbang, kuikuikui

3. gegambar dah buang sumer, serius tak tipu

4. Sunnah nabi yang sohih insya allah..

5. aduhai umar, ko taulah kan aku kat umah sewa kawan ngan sape, sorang tue mat facebook, sorang lagi kera tahap HG, sorang lagi pekida, yang MPP dua orang tue sibuk memanjang, yang sorang lagi dating all the way..... aku study sorang sorang je skang nie.... hehe

Umar Mukhtar Bin Mohd Noor berkata...

sbb ko khawarij...sbar la...tp k kena patuh dan taat kalau aku wat kuliah kat jati, ko datang!

Mohd Hazimin Harun berkata...

pabila teman serumahku bernama umar mukhtar ... =)

tidaktahu berkata...

Hahaha... kera tahap HG? bahaye tuh.. InsyaAllah, semester baru ini adalah semester kebersamaan dalam menjana perubahan dan kecemerlangan.

Fuh, peng khawarij... semoga bahagia.. :)

jiming, tahniah... :p

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!