Exam dah sampai. Kalut dengan studi dan bergelumang dengan buku. Kusut masai diri tak dipeduli. Dah tak boleh terima tekanan. Maka bermacam perkara yang diluar kotak pemikiran seekor kera dilaksanakan. Makan sampah, tembak tembak zombi, dan kadang kadang mengemas rumah. Kebanyakan perkara yang tak sepatutnya dibuat disaat saat genting inilah yang aku buat. Memang dah mereng kepala otak aku. Kucapai Ipod, tukar kepada mode shufle, santai. Tak sangka...
Tuhan masih sayang pada aku.
Sebuah nasyid yang telah lama tidak bergema, indah bermain main ditelingaku. Nasyid yang mengingatkan aku kepada perkara yang biasa kulakukan setiap kali peperiksaan mendatang. Hilang dalam keasyikan kalimah. Nyanyian adik adik Aeman diiringi vokal Abg Munif menyegarkan semula semangatku. Keperluan pertama seorang anak dalam menghadapi peperiksaan adalah memohon restu dan redha walidain.
Terima Kasih Ayah Ibu
Aeman fet. Munif Hijjaz
Terima kasih ibu Terima kasih duhai ayah…
Terima kasih ibu Terima kasih duhai ayah…
Lahirku kedunia ku disambut penuh syukur,
Bisikan azan ketelinga hikamah kalimah nan luhur
Lahir ku kedunia ku diasuh mengenal Allah
Ku diajar sebut namanya juga nabi rasul mulia
Salam sayang ayah dan ibu mendidik ku tak pernah jemu
Halalkanlah makan minumku maafkanlah salah silapku
Tampa maaf dan juga restu hidupku jadi tak menentu
Tiada yang lebih bernilai dari pengorbanan yang suci itu
Tak terdaya aku membalasnya moga ku jadi anak yang bertaqwa…
Jasamu oh ayah dan ibu akan ku kenang selamanya
Hidup saling berkasih sayang membina keluarga bahagia
Padamu allah aku berdoa Padamu jua aku meminta
Rahmati ibu ayah tercinta Ampunilah dosa dosa mereka
Panjang umur murahkan rezeki sejahtera dalam ketaatan
Moga berbahgia didunia diakhirat beroleh syurga
Daku mengharap redha juga redha darimu ayah
Hanya itu yang kan ku pinta agar hidup ku lebih bermakna
Memohon restumu berdua...
4 comments:
Salam dr. erma,
Pertama, berkaitan dengan doktrin kera, insya allah akan mendatang sebuah komentar dari seorang hamba allah yang akan menjawab persoalan ini. Beliau adalah individu yang memperkenalkan doktrin kera kepada saya dan semua siswa SMSU 2nd year. Buat masa ini saya harap saudari dapat bersabar dan bersangka baik.
Kedua, berkaitan sampah. Sebuah analogi yang bermaksudkan kepada Maggie yang sememangnya merosakkan sel sel minda manusia. Tidak pernah didoktrinkan kepada diri untuk memakannya namun terluput prinsip "x nak Maggie dek" kelemahan diri untuk memilih yang baik baik.
Ketiga, berkaitan madah madah pelajaran yang sedang diulang kaji, sememangnya mata pelajaran anda payah, tak disangkal, namun seorang muslim yang terpaksa mentelaah undang undang ciptaan manusia untuk menyelesaikan kes kes adalah lebih menyeksa batin. Dengan berhujahkan segala akta yang sememangnya sebahagian besar menyalahi undang undang sang pencipta, terpaksa dianggap supreme dan tidak dapat dicabar oleh mana mana perlembagaan.
Sama sekali memaksa diri untuk menelan duri duri kerana telah menidakkan kalam suci yang bermaksud, " Jika kamu berbeza pendapat, maka kembalilah kamu kepada kalam Allah dan sunnah rasul"...
Keempat, ana masih belum mengambil sanad dan belum berbaiah dengan mana mana tuan guru lagi, hanya menurut zikir zikir yang diambil dari abi dan dari pembacaan. Mungkin itu adalah sebab ana tak dapat mengamalkan zikir zikir secara yang berkesan. Insya allah akan diatur baiah ini.
Kelima dan terakhir, ya walau kita tidak pernah bersua secara terus, namun banyak perkara yang mungkin mendatangkan rasa tidak senang hati saudari kepada saya, sewajarnya maaf saya pohon.
Insya allah, maa' taufiq wannajah fil imtihan. Walaa'lla nasrullah maa'l ladzina yujahidun fi tholabil ilm.
(pandang dari jauh) huuuummm....
salah satu kelemahan Blogger adalah apabila seseorang menyatakan ekspresi, tak semua akan menjiwai apa yang dirasai oleh sang blogger.
Maka, bersopan santunlah untuk mengelakkan prasangka dan ekstravaganza-bunkface.
wacaa
Catat Ulasan