Isnin, 5 April 2010

Hikayah Kartika of the "Pahang"ian

Bismillah...

Adillah Syari'yyah


Tuhan berfirman dalam perutusannya yang suci, " Sesungguhnya arak, judi menyembah berhala, bertenung nasib adalah najis daripada amalan amalan syaitan, maka jauhilah ia." Pengharaman arak jelas disisi islam. Malah Rasulullah turut melaknat 10 orang yang berkait dengan arak: "Rasullah SAW melaknat sepuluh golongan orang yang terlibat dalam arak:


1. Orang yang memerasnya (arak),
2. Orang yang meminta diperaskan,
3. Orang yang meminumnya,
4. Orang yang membawanya,
5. Orang yang minta dihantarkannya,
6. Orang yang menuangkannya,
7. Orang yang menjualnya,
8. Orang yang membelinya,

9. Orang yang makan harganya,
10. Orang yang minta dibelikannya.

Hadith bernombor 1707 Sohih Muslim berbunyi:

Telah diriwayatkan oleh Saidina Ali R.A bahawa beliau berkata: Sesungguhnya Rasul telah menyebat peminum arak 40 kali, Abu Bakar telah menyebat peminum arak 40 kali, Manakala Umar menyebat peminum arak 80 kali, semuanya sunah dan ini yang aku paling dekat pada jumlahnya.


Fakta kes Kartika of the Pahangian.


Kartika ditahan pihak berkuasa ketika minum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008 dan selepas mengaku bersalah, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan.

Demikian keputusan Mahkamah dan beliau menerima perintah mahkamah namun....

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah Sultan Pahang berkenan meringankan hukuman terhadap Kartika daripada hukuman sebat kepada melakukan khidmat masyarakat atas sebab-sebab perikemanusiaan.

Adakah hukum Islam Zalim dan tidak berperikemanusiaan...?

Benar bidang penguasa mempunyai locus standi untuk meringankan hukuman, namun statement(penyataan) yang diberikan agak tidak menghormati Islam. Wallahua'lam.


Maka bergembiralah penguasa penguasa yang tidak senang duduk dengan tertegaknya islam. Ini adalah pernyataan thoghut thoghut Malaysia,














"...Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mengalu-alukan keputusan meringankan hukuman sebat kepada Kartika kepada kerja khidmat sosial.Bercakap di sidang media di lobi parlimen hari ini, Nazri berkata keputusan itu adalah "
bagus."

Keputusan itu juga disambut baik oleh menteri berkaitan ehwal Islam Datuk Jamil Khir Baharom yang berkata keputusan itu dibuat mengikut bidang kuasa Sultan Pahang. Sementara itu, pengarah eksekutif Sister in Islam (SIS), Dr Hamidah Marican berkata, SIS mengalu-alukan keputusan meringankan hukuman sebat kepada Kartika kepada kerja khidmat sosial yang diputuskan oleh Sultan Pahang..."



1 comments:

inniakhofullah berkata...

mujur bukan orang pahang

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!