Khamis, 21 Januari 2010

Dengki...but with bona fide(good faith)



Bismillah


Hari ini, aku sekali lagi ditinggalkan oleh jemaah sahabatku beribu ribu kilometer. Hari penuh bersejarah ini bakal mengundang puluhan lagi sejarah kepada nama baik institusi pengajian ku ini. Mereka telah berjaya mencapai satu lagi pencapaian yang aku tak mungkin gapai(fuh, dengki tak semena makhluk kutuk nie). Namun ketabahan dan kebersediaan mereka untuk menggenggam satu lagi amanah besar ku kagumi.

Tahniah... satu satunya kalimah yang terbit dalam hati ini saat NC mengumumkan nama nama panglima yang telah selamat menjalani peperangan maya di medan pembuangan undi. Segala limpah berkat kudoakan buat kalian. Barisan kepimpinan mahasiswa baru telah siap sedia untuk melaksanakan segala manifesto pilihanraya mereka.

Sesi kali ini, mahasiswa USIM telah menzahirkan sebuah hasrat untuk merasai gelombang corak pemerintahan baru. Fakulti Ekonomi Muamalat telah diberikan kepercayaan tinggi untuk memimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Antara faktor yang dirasakan menjadi penyumbang utama peralihan corak kali ini ialah;

1. Masalah kewangan yang dihadapi Universiti menyebabkan keperluan kepada orang ekonomi meningkat.

2. Orang pengkhususan agama mungkin bukan lagi satu satunya pilihan kerana adanya orang akedemik yang faham agama.

3. Mungkin(andaian ku semata) pecahan undi dengan pencalonan yang ramai di kawasan umum menjadikan setiap undian akan menentukan keputusan mutlak.

Bakal memacu tonggak pemerintahan tertinggi mahasiswa ini, Saudara Hilmi, selaku calon yang mendapat undian tertinggi, harus mempersiapkan barisan organisasi yang mapan untuk menempuh segala cabaran. Pengurusan kewangan yang cermat dan tidak terlalu kedekut, penting untuk menjaga imej perwakilan pelajar itu sendiri.

Selaku salah satu institusi kerajaan, USIM tidak terkecuali mengalami catuan kemasukan wang yang terhad. Maka diakui bahawa pemilihan kali ini semestinya akan mengukur tahap kemahiran pelajar ekonomi USIM menguruskan wang.

Keputusan undi kawasan umum adalah seperti berikut:

1. Saudara Hilmi 3508 undi FEM

2. Saudara Tobrani 3310 undi FEM

3. Saudari Akalili 3283 undi FEM

4. Saudara Hazimin 3175 undi FSU

5. Saudara Abdullah 3011 undi FSU

6. Saudara Arafat 2790 undi FPQS

7. Saudari Sumaiyah 2787 undi FST

8. Saudara Najib 2691 undi FPBU

Semoga bahtera kepimpinan kali ini tidak menempuh sebarang tsunami dalam pelayaran mereka. Jika hanyalah badai yang perlu mereka tempuh, itu adalah adat dalam pemerintahan. Selaku kepimpinan yang mendapat baiah para penuntut ilmu dibumi USIM ini, diharap agar kebajikan thalibul ilmi menjadi keutamaan mereka.

Kepada mereka yang gugur dialam maya, tidak bermakna anda tidak layak, cuma bukan masanya lagi. Persoalannya, adakah anda bersedia disaat dan waktu anda diperlukan?. Sesungguhnya tuhan telah berfirman dalam kitabnya yang agung melalui lisan pesuruhnya yang bermakna: "sesungguhnya Allah tidak menurunkan sebuah taklifan kepada hambanya kecuali mereka mampu untuk menampungnya". Koreksi diri dan muhasabah hati. Semoga bertemu penjelasan dalam usaha kearah kemenangan hakiki kelak.

Wallahua'lam.

7 comments:

adilahamzah berkata...

tahniah buat yg mereka yg diberi kepercayaan.

x perlu kut state nama maisarah.huhu~

Mohd Hazimin Harun berkata...

salam bob,
menang kalah bukan suatu isu. apa yang penting, tanggungjawab untuk kita laksanakan lepas ni perlu ambil ihtimam.

apapun, terima kasih atas sokongan ko bob...nanti aku belanja minum ice tea lipton...

erma fatiha berkata...

xyah state name maisarah tu k.hu3

Allah mentakdirkan sesuatu yg terbaik untuk hambaNya"

"Orang akademik yang faham agama"


FSU dah,FKP dah,Fem dah,FST bile eh?

Ahmad Ridhwan berkata...

Salam semua.... saya akui kesalahan ini... tindakan dah diambil. Maaf mereka yang berkenaan....

Tariq Ziad berkata...

salam 1 usim,

orang akademik yang paham agama, tidak mampu mencapai tahap kefaqehan untuk memimpin sebuah bahtera organisasi mpp, bukan berkata faham itu tak penting, tapi yang faqeh perlu diaulakan

islam perlukan ulamak dalam pemerintahan, namun tidak bermakna teknokrat diketepikan

apa-apa pun, setuju dengan kenyataan monopoli FEM kali ni disebabkan masalah ekonomi yang meruncing, semoga mereka dapat manfaatkan dan memberi manfaat sebaik mungkin

my 3 cent opinion~

Fazareez Fauzi berkata...

Salam perjuangan,
sama-sama kita mengembleng tenaga. tahniah buat suma yg bertanding. anda berani menyahut cabaran di arena siasah kampus.

p/s: bob ko tlg la jd PA zaki. wat la blog bg 1 kt dia...

Ahmad Ridhwan berkata...

Salam semua,

Tariq ziyad: syukran atas komentar, namun saya agak terkesima kerana mendapat tahu biro ekonomi diberi kepada wakil SMSU(Zaki), harap perwakilan dapat menimbang tara perkara ini...

Fafa: the matter is still under negotiation... untuk jadi admin blog zaki memerlukan lebihan masa yang secukupnya becoz dah ada blog orang lain untuk diperhatikan...

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!