Bagaimanalah aku hendak lupakan Zat Yang Maha Suci
Yang kuasanya tidak pernah satu detik terlepas dariku
Yang sentiasa mengetahui berterusan setiap gerakan jantungku
Dia sentiasa melihat hingga ke batinku
Sentiasa mendengar setiap waktu dan detik
Kehendak-kehendaknya keatasku pasti berlaku
Samada aku setuju atau tidak
Samada gembira atau duka
Dia Maha Agung Maha Qahhar Maha Jabbar
Yang mengasihiku lebih dari segalanya
Dan demi seluruh hidup ku dalam genggamannya
Aku redha dengan setiap iradah nya
Berkuasa keatasku sepenuhnya
Tidak ada campur tanganku dalam kehendaknya
Demikian Sunnah tuhan pencipta segala
Oleh itu bagaimana aku mahu melupakannya
Sedang dia sentiasa memperingatkanku
Maka celakalah aku yang berharap pada yang lain
Tatkala dia berfirman
"Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Kelak Kau Dusta"
2 comments:
salam..gud poem..hopefully it shall be implemented not only in reality but also in the afterwards..
salam..gud poem..hopefully it shall be implemented not only in reality but also in the afterwards..
Catat Ulasan