Hari hitam ini bermula dengan penangkapan beberapa aktivis pembangkang. Ops Lalang yang berlaku pada zaman mahathir berulang. Demikian petanda awal yang dapat dijangka rakyat Malaysia akan ketibaan awan hitam ini. There is nothing we can expect from this government. Demikian ujar para pemerhati berhubung isu ini.
Seorang yang berpakaian hitam akan ditangkap
Keadaan di luar perkarangan Dewan semakin kotor dek insiden penangkapan demi penangkapan yang dilakukan pihak polis terhadap rakyat yang cuba berhimpun dalam pakaian hitam. Pihak polis mempraktikkan zero tolerence policy kepada sesiapa sahaja yang melintas dihadapan mereka. Sebuah lagi pengaplikasian methodology tentera Israel dalam menangani isu palestin.
Polis menghalang kenderaan masuk ke perkarangan dewan
Kemaruk pihak polis berterusan memberkas sesiapa sahaja termasuk warga tua. Kedai nasi kandar berhampiran turut terpaksa ditutup kerana semua pelanggannya telah tiada. Pihak plis melaporkan bahawa mereka mempunyai injungsi dari pihak mahkamah yang menghalang sesiapa sahaja mendekati bangunan dewan dalam jarak 500 meter.
Speaker dewan V Sivakumar memasuki dewan dan mengarahkan Adun BN yang digantung untuk keluar dan memberi amaran bahawa persidangan tidak akan dimulakan melainkan mereka keluar. Beliau turut mengarahkan 3 Adun yang melompat parti untuk turut sama keluar. Namun mereak tetap enggan keluar. 10 Adun yang mengusulkan agar speaker dikeluarkan turut dihalau.
Zambri mengusulkan agar speaker dikeluarkan dan mereka mula mengambil undi dari Adun BN. Sivakumar menafikan usul kerana mereka yang mengundi telah diarahkan keluar. Speaker berteriak kepada mereka supaya keluar dan mengarahkan pihak security mengheret mereka keluar. Keadaan semakin kecoh apabila seorang Adun BN mengarahkan pihak security membawa speaker keluar kerana mereka mempunyai 31 jumlah undi. Namun pada masa itu speaker telah pun keluar mengiringi Raja Muda.
Sivakumar dihalang untuk kembali masuk ke dewan. Dalam masa yang sama Hee, timbalan speaker telah mengambil alih persidangan dan Siva telah digantung dari tugasnya. Mereka melantik Ganesan sebagai speaker yang baru. Adun PR tidak bersetuju. Siva berjaya kembali masuk ke dewan dan menangguh persidangan selama sejam. Lebih 60 penangkapan telah dibuat diluar dewan.
Ganesan Diasak Adun Pakatan
Sejam kemudian persidangan disambung semula dengan Ganesan telah mengenakan jubah sabagai speaker. Ganjilnya siva masih lagi duduk di kerusi speaker manakala ganesan duduk di sebelah Zambri. Adun pakatan berjumpa Ganesan dan menyuruh dia keluar kerana dia hanya dan masih lagi seorang pegawai. Selapas didesak oleh Adunn dari Pakatan, persidangan berehat sejam lagi. Mereka berharap agar Raja Nazrin memberi perkenan kepada speaker baru.
Para pegawai membentuk dinding menjaga kerusi speaker
Raja Nazrin masih lagi belum memberi perkenan kepada speaker baru, manakala Adun dari Pakatan mula melaungkan " bubar dun" . Adun pakatan menghalang Ganesan dari menggunakan mic. dan beberapa orang polis mula memasuki kawasan dewan. Adun dari BN cuba mengeluarkan siva secara paksaan namun Adun dari pakatan menghalang mereka. Dengan bantuan sergeant at arm mereka berjaya mengeluarkan siva dari dewan manakala Adun dari Pakatan cuba menghalang Ganesan dari menduduki kerusi speaker.
speaker dewan v sivakumar diheret keluar dewan
Mereka berjaya mengambil alih kerusi Speaker dan Raja Muda mula memasuki dewan dan memberi ucapan . Ucapan Raja muda mengakhiri persidangan hari ini. dmikian berakhirnya hari yang tak mungkin dilupakan oleh rakyat perak khususnya. Mungkin demokrasi berpelembagaan tidak lagi rasional pada mereka dan cuba membuat undang undang mereka sendiri.
0 comments:
Catat Ulasan