Apa semua ini...?!
Tidakkah manusia merenung segala musibah ini dari pandangan luar biasa? Adakah dengan sebab lalinya mereka dengan segala berita ini membuatkan mereka memandang enteng peringatan yang jelas dari sang penipta ?Manusia tidak mempedulikan semua ini
selagi mana ia tidak terkena batang hidung mereka sendiri?
Musibah yang sering menimpa membuatkan aku mulai berfikir. Apakah kita akan dikatagorikan sebagai orang yang beriman selagi kita tidak diuji . Ujian yang menimpa barangkali membawa perubahan bak ombak yang menghempas pantai. Tetapi hakikat makhluk dhoif lagi jahil ini mempunyai hati yang keras.
Sesungguhnya tuhan yang bersemayam diatas arasy telah menjelaskan bahawa segala kerosakan diatas muka bumi ini samada didarat atau dilaut berpunca dari tangan tangan mereka sendiri. Auh bersama kita imbas kesalahan yang telah kita lakukan semoga dengan ini dapat kita hindar segala perkara yang dilarang rabbul izzah.
ini postcard yang kuterima dari Eesin dari Spain.....
Musibah yang bertamu membawa bersama kesedaran yang memberi kesan kepada jiwa yang lembut. Saat hidayah memancar dan mengejutkan hati hati yang tidur dek kegelapan dosa membangkitkan futuwwah yang bakal mengubah pusingan paksi dunia 360 darjah kearah Al-Haq.
Melaungkan Kalimah suci " ...hai jiwa jiwa yang tenang, kembalilah kamu kepada tuhan dengan segal keredhaan, dan masuklah bersama hamba hamba ku, dan masuklah ke dalam syurgaku...."
0 comments:
Catat Ulasan