Bertolak agak lewat gara gara adikadikku yang bermacam ragam, kami memulakan perjalanan pada jam 10 pagi. Kami tiba ke destinasi yang dituju pada jam 3. Pantai Balok ternyata tenang. Aku mengambil keputusan untuk berjalan di tepi pantai. Setelah check in di Tamukami resort, aku bergerak sendirian ke pantai. Petang itu, cuaca agak mendung tetapi masih ramai pengunjung yang berlegar di persisiran pantai. Aku kehairanan melihat telatah orang tempatan disini. Meski air laut agak kotor dan berlumpur, tetapi mereka tetap mandi jua. Mungkin mereka menghadapi masalah gangguan air.
Ketika aku asyik meninjau ninjau keadaan air, ku terlihat satu pemandangan yang agak menyakitkan mata. Kuterlihat sepasang couple sedang asyik menggeledah pasangannya (paham-pahamlah). Segala puji bagi Allah yang menjauhkan hambanya ini dari perkara yang keji itu. Apakah mereka tidak mengetahui sesungguhnya tuhan yang maha melihat sedang memerhatikan mereka? Atau tidakkah ada sekelumit perasaan malu pada makhluk di sekeliling mereka? Semoga ini menjadi satu peringatan pada diri yang mencatat. Ku teringat serangkap ayat dari sebuah novel karangan Habiburrahman El Shirazi,"...maha kuasa sang pencipta yang menenangkan laut yang luas terhampar, dan dia mengizinkan kapal kapal belayar diatasnya dengan tenang, dan dia tetap melimpahkan sifat Rahman nya kepada makhluk walaupun diatas kapal itu ada seorang manusia yang kufur sekufurnya, yang mana jika dia berkehendak, dia boleh menggerakkan laut menelan seisi kapal ke dasarnya..."
Ku berjalan pulang dengan hati yang tidak keruan. Setelah menunaikan solat maghrib secara jama', aku mengambil keputusan untuk melelapkan mata. Tepat jam 10 aku terjaga dek kerana bunyi yang kuat dari luar. Ternyata resort ini menawarkan khidmat kareoke kepada orang luar. Maka hilanglah segala mood bercuti yang selama ini berbunga bunga di benakku. Ayahandaku mulai berang kerna mereka terus menerus menyanyi hingga ke larut malam. Aku merasakan ini adalah satu cara Allah mengajarku untuk terus sabar dan mungkin kafarah kepadaku kerna gagal menegah kemungkaran yang ku lihat petang tadi. Adikku yang kepenatan mula membaca Qunut nazilah dan mencaci suara mereka yang sumbang. Jam menunjukkan pukul 12.30 malam, keluarga ku semuanya sudah larut ke alam mimpi dek kerana kepenatan setelah seharian berjalan. Aku hanya mampu tidur setelah mereka berhenti menyanyi pada jam 2.30 pagi. Kerja gila...
Keesokan harinya, aku hanya menghabiskan masa
n atas urusan kerja. Kami yang tidak mempunyai sebarang agenda bercadang menghabiskan sisa percutian dengan berkelah dipantai.
Kami turun ke pantai seawal jam 8.30 pagi. Pagi itu kami adalah raja di Pantai Balok kerana hari itu hari isnin, hari kerja, tiada seorang pun yang mengganggu kami pagi itu. Aku perlu menjaga sikecil mizi kerana dia enggan bermain air. Maka aku terpaksa menemaninya bermain pasir. Jam 2 kami berangkat pulang menuju baitina.
0 comments:
Catat Ulasan