Setiap tahun, pakcik ini hanya akan keluar 2 kali, ketika pengisytiharaan tarikh Ramadhan dan pengisytiharaan Hari Raya. Kemasyhuran pakcik ini terserlah apabila dijemput untuk berlakon bersama Senario dalam filem mereka.
Walaubagaimanapun, kemunculan pakcik ini bermakna Ramadhan akan meninggalkan kita. Adakah kita akan keluar sebagai seorang yang bertaqwa sebagaimana yang dijanjikan pencipta dalam surah Al Baqarah? Adakah kita akan graduasi dari madrasah Ramadhan ini dengan segulung ijazah " four flat "?
Itulah antara persoalan yang timbul dikalangan pencinta ibadah. Ibarat alunan nasyid yang pernah didendangkan oleh kumpulan nasyid yang tidak asing lagi pada zaman kegemilangan Al Arqam, Nadamurni : Ramadhan, satu nasib tak serupa, peluang nya sama, natijah berbeza.
Semoga Ramadhan yang bakal berlalu pergi ini bakal meninggalkan kesan yang mampu mengubah a'si menjadi abid, abid menjadi alim, alim menjadi mujahid....
Selamat Tinggal Ramadhan Al Mubarak...
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin!
Jumaat, 26 September 2008
Min Al Aidh Wal Faizin
Posted on 9:06 PG by Ahmad Ridhwan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Type Speedtest
Visit the Typing Test and try!
1 comments:
salam
hoho baru dpt tgk entry baru..
update sokmo deh..
Catat Ulasan