Lantas tampa membuang masa, nabi bersama dua orang sahabatnya, yaitu Zaid bin Usamah dan Bilal bin Rabah menuju kedalam Baitillah al Haram, memasuki Kaabah dan solat sunat dua rakaat. Seusai solat nabi keluar dan memberi ucapan kepada penduduk Makkah dengan sabdanya "...wahai manusia, sesungguhnya hari ini Allah telah menghilangkan dari mu kesombongan jahiliyah, yang mengagungkan nenek moyang kamu, maka ketahuilah sesungguhnya kamu berasal dari Adam, dan Adam berasal dari tanah...".
Kemudian nabi membacakan firman Allah dari Surah Al Hujrat ayat ke-13 yang bermaksud: wahai sekalian manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami menciptakan kamu bermacam kaum dan berpuak puak agar dapat kamu saling kenal mengenali. Dan yang paling mulia antara kamu adalah yang paling bertaqwa antara kamu." Demikianlah piawai kemulian yang telah Allah dan nabi tentukan untuk mengukur kemulian seseorang.
Pernah suatu peristiwa dizaman nabi, telah datang seorang kaya menghadiri kuliah nabi di masjid Nabawi. Dia adalah seorang saudagar kaya yang selalu beroleh keuntungan hasil dari barang dagangannya. Sedang nabi menyampaikan bicara hikmahnya, datang seorang fakir yang kebetulan turut menghadiri kuliah nabi. Lantas terus duduk ditempat kosong bersebelahan saudagar kaya tadi. Melihat kehadiran si fakir tersebut, saudagar kaya itu segera menarik kainnya. Peristiwa itu dilihat nabi lantas baginda bersabda: wahai saudagar kaya, adakah kau risau jika kemiskinan saudaramu itu melekat pada kainmu? Mendengar teguran nabi, saudagar itu berkata; aku akan menginfaqkan harta ku kepada si fahir ini separuh dari hartaku. Mendengar kata kata saudagar itu si fakir itu berkata: Ya Rasulullah, aku tidak mahu kekayaan dan harta dari saudagar ini. Aku bimbang kesombongannya melekat pada ku lantaran harta nya yang aku terima.
Demikian juga pesan Saidina Umar Al Khattab kepada tentera muslimin ketika menerima kunci pintu gerbang Palestin dari ketua paderi: Wahai kaum muslimin sesungguhnya kemuliaan kita adalah agama Islam yang benar. Barang siapa yang mencari kemuliaan selain Islam, maka ketahuilah bahawa dia sedang mencari kehinaan. Kesimpulannya, kita selaku umat islam yang sepatutnya menjadi sebaik baik umat diatas muka bumi dan selaku khalifah yang dibebani tanggungjawab menegakkan daulah Islamiyah, perlu menjadikan Islam sebagai masdar asasi dalam segenap bidang sama ada dalam jual beli, berkeluarga, dan berpolitik.
Daulah Daulah Islamiyah....
La Syarqiah La Gharbiyah....
Daulah Daulah Islamiyah....
La Syarqiah La Gharbiyah....
Allahu Akbar...
1 comments:
asalamualaikum wan...
pe kbr?
cantik blog....
hehehehe....
doakan aku selalu.....
sekrg dah 29....
insyaallah xlame lg khatam....
Catat Ulasan