Selasa, 14 September 2010

Pesan Berpesan di Bulan Syawal

Bismillah...


Daripada Mughirah bin Syu'bah r.a., Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: Sesungguhnya Allah membenci tiga perkara:" Dikatakan dan orang itu berkata (gosip), Membuang Harta dan Banyak Bertanya. "

(Hadith Sohih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Syarah Hadith:

1) Dikatakan dan orang itu berkata:

Bermaksud dua insan yang saling berbicara tentang perihal orang lain yang tidak memberikan manfaat kepadanya. Saling berbincang tentang perihal individu yang berunsur privacy. Lebih kepada rancangan seperti Melodi, Galaksi dan yang seangkatan dengannya. Maka adalah terbaik untuk kita menjauhi perkara sia sia dibulan Syawal ini.



2) Membuang Harta:

Perkara ini sangat jelas dan tidak memerlukan huraian. Di bulan Syawal ini, tersangat sinonim lah amalan membuang harta dengan adat bermain dengan mercun. Kepada abang abang dan kakak kakak yang mempunyai adik adik yang sedang asyik bermain mercun, maka nasihat nasihatkanlah...




3) Banyak Bertanya:

Banyak bertanya disini bermaksud pertanyaan yang tidak bermanfaat. Banyak bertanya sering dikaitkan dengan perangai orang yahudi yang banyak persoalannya tatkala Nabi Allah Musa mengarahkan mereka mencari seekor lembu. Kepada adik adik kita yang bakal mengambil peperiksaan UPSR pada minggu hadapan (21 Sept 2010), haruslah menumpukan segala persoalannya kepada yang berkaitan dengan madah peperiksaan, dan ia tidak termasuk dalam katagori banyak bertanya dalam hadith diatas...



Wallahua'lam...

5 comments:

adele berkata...

salam..semua yg ada dlm hadis ni lah ramai org buat.....huhuhu

Ahmad Ridhwan berkata...

salam,

apabila dasarnya hidup atas landasan makruh nya allah... wali'yazubillah..

"kembali kepada sunnah..."

inniakhofullah berkata...

xyah blurkan gambar tu..heheh

Ahmad Ridhwan berkata...

hehe....

"barang siapa yang menutup keaiban saudaranya didunia, maka allah akan menutup aibnya diakhirat..."

entah gambar siapa pun tak tahu, harapnya tue gambar masa die jahil dulu, skarang dah bertaubat...

inniakhofullah berkata...

aib...

teringat pos dulu2...terima kasih kerana mengingatkan..huhu

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!