Bismillah.
" Imam Musa meninggal rabu lepas, kan ayah dah send kat phone awak sms, awak tak baca ke....?" tanya ayah.
.................
Dah hampir seminggu IPhone aku menggila. Selepas hentakan kuat yang memberikan retakan keatas skrin, turut mengakibatkan masalah aliran dan simpanan tenaga kepada telefon ini. Kesannya, bateri cepat habis dan perlu di cas kebanyakan waktu. Maklumat pemergian Imam Besar di kampung aku tidak diterima. Walaupun berita itu lambat kuterima namun terasa semacam baru semalam aku menyapa. Kuteringat hari sabtu yang lepas, dia menolak permintaan ayah untuk mengetuai bacaan tahlil keatas grandparent ku. Rupanya masa telah hampir untuk orang lain membaca tahlil untuk nya.
Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan disisi orang orang yang mendapat kemuliaan disisinya. Kuteringat pesan Ust. Kamaruddin dalam sebuah tazkirah,
"...tanda tanda orang yang mendapat husnul khatimah adalah apabila matinya dia, orang akan sentiasa mengingati akan perbuatan baiknya. Dan tanda tanda orang yang mendapat suul khatimah, adalah saat matinya, merupakan kebahagiaan orang ramainya dan disebut sebut keburukannya semasa dia masih bernyawa. Seperti contohnya seorang tua, sukalah dia menderma kepada rumah tuhannya, tiadalah ia menderma agar diperhati manusia, maka ditinggalkan wang sedekahnya dibawah bawah tikar solat. Dan tatkala matilah ia, maka tahulah manusia, telah pergi seorang insan yang menderma secara rahsia, kerana tiadalah lagi wang derma untuk dicari dibawah tikar solat...."
Doa yang selalu dibacakan selepas solat dibulan Syaa'ban ini:" allahumma bariklana fi rejab, wa syaa'ban, wa ballighna Ramadhan..." memberikan aku kesedaran bahawa tidak semua manusia akan dikurniakan rezeki untuk bergembira dalam ibadah di bulan yang penuh berkah. Teramatlah jarang berita kuterima akan seseorang dijemput tuhannya disaat saat akhir syaaban.
Beberapa hari sebelum beliau pergi, kelihatan beliau masih mampu menghadirkan diri ke masjid. Teringat sebuah pesanan dari Ust zahazan ketika bersiaran diradio IKIM, beliau menceritakan perihal seorang lelaki yang telah mati.
Lelaki ini bertanya kepada malaikat: Sesungguhnya kematianku adalah bersalahan dengan sunnatullah. Adalah kebiasaannya Allah akan mengirim tanda tanda dan asbab untuk seorang insan itu menghampiri saat matinya. Mengapa aku tidak menerima tanda tanda itu. Aku bukan ditimpa kemalangan?
Malaikat menjawab: wahai lelaki, apa yang telah berlaku keatas bapamu...?
Lelaki: Bapaku telah mati.
Malaikat: Dimana ibumu...?
Lelaki: Ibuku telah mati.
Malaikat: Dimana sahabat karibmu...?
Lelaki: Dia juga telah mati...
Malaikat menjawab: Itulah tanda tanda kematianmu.... Kematian insan insan yang hampir denganmu sepatutnya mengingatkan kamu akan hampirnya kematian mu...
Maka wahai sekalian manusia, beingatlah akan kematian yang mengintai intaimu dari belakang setiap tabir.
* ayah bersama Allahyarham Imam Musa
Imam Musa merupakan seorang yang telah lama menetap di kampung ku. Tidak mempunyai anak kandung cuma seorang anak angkat yang telah berkhidmat di JAIS. Tinggal bersama isteri tersayang dan berkhidmat sepenuh masa di rumah Allah. Teman rapat ayahku ini sentiasa berpenampilan zuhud dan merendah diri. Terakhir beliau memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi hajat ayah kerana hendak pulang kerana berasa kurang sihat. Semestinya peninggalan beliau pasti dirasakan ahli qaryah.
Al Fatihah.
Ahad, 8 Ogos 2010
Rezeki.... bukan lagi milikmu
Posted on 4:01 PTG by Ahmad Ridhwan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Type Speedtest
Visit the Typing Test and try!
0 comments:
Catat Ulasan