Sabtu, 28 Ogos 2010

Berkata Zindiq..... Aku Panglima Islam



"Celaka... si kafir kutuk tue berani masuk surau.!!! Tak boleh jadi, mesti tegakkan islam. " Panglima Zindiq bertegas.

Entah apa fahamnya akan agama, mengaku bermazhab Syafie, tapi pendapat ulama -ulama Syafie tidak dirai. Seingat hamba, memang ada non-muslim yang masuk dan melawat Masjid Putrajaya. Tiada pula datang si Panglima Zindiq melempar sang pengunjung ke tasik Putrajaya.

"Dibolehkan orang-orang kafir memasuki masjid DENGAN IZIN kaum muslimin kecuali majidil Haram dan masjid-masjid yang ada di Tanah Haram." Ini merupakan pandangan ulama-ulama mazhab Syafie (Lihat Raudhah Tolibin, jilid 1 / ms 296)."




"Celaka tok Khatib..... Islam mana dia ambil yang membenarkan doa untuk si kafir kutuk.... mana 40 ulama muda aku, segeralah kalian memberi fatwa haram akan perbuatan demikian....!!!"

Entah apa fahamnya akan agama, sesungguhnya tiadalah kesalahan untuk mendoakan agar seorang kafir mendapat hidayah dari allah. Namun media media di Malaysia sememangnya keji. Untuk memainkan isu, mereka sanggup tawar menawar dalam perkara dosa pahala.

Sesungguhnya nabi pernah memohon dalam sebuah hadith : “Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau ‘Umar bin Al-Khattab”. (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi). 2 Umar dalam hadith ini masih belum menerima Islam.




"Celaka si tua nyanyuk tue berfatwa sesat lagi..... ade ke patut die kate kite masuk neraka, orang yang sokong die masuk syurga...!!! Tak boleh jadi....dimana islam untuk aku tegakkan...!!! Berang Panglima Zindiq....

Entah apa fahamnya akan agama, tiadalah pernah mereka merujuk perkara sebenar benar perkara, hanya membaca fitnah fitnah dari Utusan Meloya dan Berita Hairan...berkata si ulama' tua akan perihal sebenarnya: mereka yang memperjuangkan islam masuk syurga, barang siapa yang menentang islam masuk neraka... Entah bila islam zindiq bukan tinggal pada namanya.




"Celaka sungguh puak itu.... berani mereka membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan islam.... Perlukah aku sahaja yang menegakkan islam dizaman ini...?" ujar Panglima Zindiq merasakan diri cukup sempurna islamnya. " Ya akulah jaguh Islam"

NAMUN.... islam yang dipegang Panglima Zindiq hanya untuk kepentingannya sahaja...





"Celaka tok qadi.... berani dia hukum cik Kartika dengan sebatan....." berketar tubuh sang srikandi kufur. Human Rights Human Rights..... dilaung terus. Turut menyokong srikandi kufur, sahabat mereka Menteri Hal Ehwal Islam. Namun Panglima Zindiq entah hilang ke mana. Dirasa kepentingan islam tiada. Maka akan sibuklah Panglima Zindiq dengan urusan dunianya.




"Undang Undang Islam kalau diamalkan di Malaysia, maka negara tak akan maju...." kejian sang cina tua kepada Islam. Namun sang Panglima Zindiq masih berdiam diri. Tiadalah mampu sang panglima untuk mempertahankan undang undang tuhannya sendiri. Si Cina tua mempunyai kepentingan kepada sang panglima untuk terus memegang tampuk pemerintahan untuk satu dekad lagi.



Tatkala masalah wang melanda kerajaan sang Panglima. Maka di halal kan judi Bola. Entah kitab mana PAnglima Zindiq rujuk. Haram judi tiada siapa yang nafi. Tapi tidak mengapa untuk diteruskan, kerana Islam sang panglima hanya separuh separuh. Yang mana berkenan dihati akan diambil, yang mana baik untuk politik nya diambil, ayat ayat yang mana menentang keinginannya ditendang ketepi.




Tetapi sehingga kehari ini, Sang panglima masih lagi dengan megah mengaku Panglima Islam. Hero yang akan menyelamatkan Islam. Ya Allah, dengan penuh rasa rendah diri, hamba bermohon agar hidayah mu turun untuk ku dan mereka yang masih mencari cari kerdhaanmu. Semoga ku terus jauh dari fitnah panglima panglima zindiq ini.

3 comments:

inniakhofullah berkata...

Hot..

itula...dulu2 sape suruh undi panglima zindiq..=)huhu

Bagus jugak ada panglima zindiq,membezakan anak buah yang mana yang hanya mengikut secara buta ataupun berfikir dengan akal serta bertindak di bawah lembayung syariat.

Ahmad Ridhwan berkata...

pesan tok guru Nik Aziz...

" atas muka bumi ni ada tiga puak yang Allah dah tetapkan, pertama adalah puak yang diberi nikmat, puak yang diberi nikmat ni Allah jelaskan pula dalam ayat lain bahawa mereka adalah para nabi, puak puak siddiq, orang orang yang shahid dan orang yang soleh. Kedua puak yang dimurkai, dan terakhir puak yang sesat. Hari hari kita doa dalam surah al fatihah untuk masuk puak yang diberi nikmat. Tapi berapa ramai orang di Malaysia nie yang allah tak perkenankan doanya..."

semoga allah perkenankan doa sebahagian lagi manusia dalam menghadapi pru 13

adele berkata...

salam..amboi, emosinya..
masalah panglima ni takkan selesai selagi mengikut nafsu.

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!