Sebelum aku pergi
terdetik insan yang mempunyai hati
hati yang sememangnya penuh tompok hitam dek maksiat mengotori
hati yang dititipkan sebuah kesedaran dalam menempuh badai duniawi
untuk mencari tuju sebenar hidup diatas muka bumi
Sebelum aku pergi
pasti akan aku segala jasa mereka telah terbalasi
mereka yang menjadi asbab wasilah ilahi
kepada penyempurna penciptaan seorang abdi
ibu ayah, tiadalah selain kamu yang dirindui
Sebelum aku pergi
pergi jauh jauh dari bumi
pasti akan aku ikuti sunnahmu nabi
menamatkan tempoh 23 tahun dialam tarbawi
tiadalah cukup bagiku ilmu duniawi
untuk menyempurna lengkap setiap keperluan sang penanti
kan ku cari lagi lagi dan lagi
Sebelum aku kembali
kembali kepadamu rabbi
ingin aku sahut seruan saranan mu sayyidi
seruan agar tidak bersungguh sungguh dalam menziarahi
kecuali kepada tiga masjid masjid suci
masjidil aqsa , haram , dan nabawi
ya allah izinkanlah kami
Sebelum aku pergi
bukanlah coretan ini suatu lembaran titipan jari
namun qasad hati dalam meniti hari hari
yang cuba ku capai sebelum sampai saat nya mati
Ahmad Ridhwan Abd Rani
25 Rejab 1431
USIM Nilai
Selasa, 6 Julai 2010
Sebelum Aku Pergi
Posted on 5:44 PTG by Ahmad Ridhwan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Type Speedtest
Visit the Typing Test and try!
4 comments:
salam..
nak pegi mana tu..
nak ikut bleh..
Salam
Nak ikut...? Saye pegi sorang sorang je..
Klau ade lah insan yang ikut, semestinya beliau mrmpumyai kelayakan seorang penghulu kepada hurun ain disana...
Tapi saya masih blum jumpa insan tersebut
mantapla bob aka ridwan=P
berpuisi plak!!!
salam erma,
lintasan lintasan yang dirasakan dapat memberi pengisian...
Catat Ulasan