Bismillah…
Ingin ku kisahkan, sebuah cinta tiga penjuru antara tiga makhluk Allah. Ketaatan mereka kepada sang pencipta tidak pernah disangsi atau dipersoal sesiapa. Mereka melakukan ketaatan dan tidak pernah mempunyai getaran walau sekali untuk berlaku dosa kepada Rabb. Diatas ketaatan mereka, Allah mengurniakan kepada mereka sebuah ikatan yang dikenali sebagai orbit sebagai sebuah anugerah kepada mereka untuk saling bercinta.
Tiga makhluk Allah ini adalah Matahari, Bumi dan Bulan.
Dikisahkan bahawa sang Bulan sangat mencintai Bumi. Bumi yang sentiasa kelihatan segar, mempunyai keindahannya yang tersendiri, merupakan planet terindah digalaksi ini. Sang Bulan merasakan bahawa dialah yang paling beruntung kerana dapat mengorbit Bumi. Walau dimana Bumi beredar, sang Bulan akan tetap mengiringinya. Tiadalah pernah sehari pun sejak hari ia diciptakan Allah dia meninggalkan Bumi. Dengan mengorbit Bumi, sang Bulan berharap akan suatu hari Bumi akan memahami hasratnya.
Maka bermulalah hari hari penuh harap sang Bulan akan cintanya untuk dibalas. Namun apakan daya, Bumi tidak mengerti hasrat sang Bulan. Baginya, sang Bulan tidak lebih daripada makhluk Allah yang sering berada disisinya sebagai teman. Tiadalah Bumi mengerti setiap saat Bulan mengorbitnya adalah untuk mengzahirkan perasaannya kepada Bumi. Tiadalah juga Bumi mempunyai rasa izzah kepada sang Bulan yang juga merupakan sebuah mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. Kerana didalam diam hati Bumi, wujud perasaan cinta kepada sebuah makhluk tuhan yang lain.
Matahari mempunyai personaliti yang menawan. Dengan saiznya yang mega, tiada siapa dalam cakerawala mampu menandingi nya. Bertindak sebagai sumber tenaga terbesar dalam galaksi, ternyata sang Mentari memberikan manfaat kepada setiap makhluk disekelilingnya. Beliau turut bertindak sebagai pengurus dan pentadbir yang bijaksana dalam mengendali orbit planet disekelilingnya. Kebijaksanaan ini merupakan kurnia Allah kepadanya. Begitu taat sang Mentari, tiadalah ia berlaku zalim dan tidak adil dalam membahagikan cintanya. Semua planet disekelilingnya tidak pernah dia anggap lebih daripada sekumpulan penerima manfaat darinya.
Bumi tidak terkecuali dalam planet planet yang tertarik kepada sang Mentari. Bumi terlalu terpukau oleh kehebatan dan keindahan sang Mentari dan bertindak mengorbit Matahari. Perkara ini merunsingkan sang Bulan kerana dia mempunyai ilmu akan bahaya yang dibawa bersama dengan keindahan sang Mentari. Namun, saat sang Bulan meredhai tentang perkembangan cinta Bumi yang terpahat kepada sang Mentari, ternyata ia sudah terlambat.
Cahaya dan haba yang dibekalkan Matahari kepada Bumi ternyata merbahaya. Namun pada awalnya, sang Bulan tidak menganggap ianya merbahaya kerana beliau mengerti bahawa Bumi mempunyai pertahan yang cukup untuk menangkis bahaya itu. Allah telah menganugerahkan kepada Bumi sebuah perisai yang dikenali sebagai ozon. Maka sang Bulan bersama dengan hatinya yang pilu meredhai jodohnya bukan dengan Bumi. Padanya, dia akan gembira jika makhluk yang dicintainya gembira.
Akhir akhir ini, sang Bulan mendapati sebuah perkembangan yang tidak baik. Terdapat semut semut kecil yang hidup diatas muka Bumi yang melakukan kerosakan. Semut semut yang bernama manusia ini merusakkan tubuh indah Bumi dan yang terbaru turut memusnahkan perisai terakhir Bumi. Maka berkali kali Bulan cuba menasihati Bumi agar meninggalkan matahari, namun Bumi tetap bertegas untuk kekal bersama cintanya kepada Matahari. Tiadalah sesuatu pun yang dapat meyakinkan Bumi untuk meninggalkan Matahari.
Bulan yang merasa kesal akan tindakan Bumi, merasakan dia perlu bertindak melindungi makhluk kesayangannya itu. Maka berkali kali dia cuba menghalang pancaran cahaya mentari daripada menjilat tubuh Bumi. Namun apakan daya, Bulan mempunyai saiz yang jauh lebih kecil berbanding sang Bumi. Maka hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat dipertahankan olehnya.
Fenomena cinta Bulan kepada Bumi ini dikenali sebagai Gerhana Matahari. Kebelakangan ini ia menjadi semakin kerap. Sang bulan sanggup menukar gantikan dirinya sebagai perisai kepada Bumi agar Bumi dapat hidup dengan aman dan selesa. Namun pengorbanan Bulan ini telah disalah anggap oleh Bumi. Bumi bertanggapan Bulan merasa dengki kepada Matahari kerana tidak menerima cinta daripada Bumi.
Tampa berterima kasih atas bantuan sang Bulan, Bumi menyalahkan Bulan dan sering membelakangkan sang Bulan. Kerana saiz Bumi yang agak besar berbanding Bulan, terkadang sang Bulan hilang ditimpa bayang Bumi. Salah anggap Bumi terhadap Bulan ini berakhir dengan fenomena yang dinamakan "semut manusia" sebagai Gerhana Bulan. Sehingga kehari ini, Bulan disalah anggap dan tidak dipeduli Bumi sehingga sampai waktu yang ditetapkan. Demikian sunnatullah…
Demikian sebuah percintaan yang telah Allah tayangkan secara langsung kepada manusia. Allah berfirman didalam al Quran yang berbunyi, sesungguhnya dilangit dan dibumi itu ada tanda tanda kekuasaan Allah untuk mereka yang merenung dan memikirkannya. Maka biarlah anda yang menentukan adakah cinta yang digarap manusia lebih baik atau apa yang Allah telah sediakan untuk mereka. Disini kutitipkan sebuah puisi untuk kita renungkan…
Sekalipun cinta telah kuhuraikan, dan kujelaskan panjang lebar,
Namun jika cinta kudatangi, aku menjadi malu pada keteranganku sendiri,
Sekirapun lidahku telah mampu menghuraikan perihal cinta,
Namun tampanya, cinta ternyata lebih terang,
Sementara pena begitu tergesa gesa menulisnya.
Kata kata pecah berkeping keping, begitu sampai kepada cinta,
Cinta sajalah yang menerangkan cinta dan percintaan.
Wallahua’lam…
p/s: sebuah kisah benar yang diadaptasi daripada pemerhatian ku keatas tiga individu yang kukenali....
Ahad, 30 Mei 2010
Sebuah Cinta antara Orbit
Posted on 9:35 PTG by Ahmad Ridhwan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Type Speedtest
Visit the Typing Test and try!
10 comments:
bestnya jadi bulan
hati bulan suci,tak seperti matahari
matahari tak bersalah.... dia hanya menjalanan perintah tuhan untuk memberi cahaya dan dia percaya perisai itu masih utuh.....
cuma salahnya semut semut kecil yang bernama manusia yang menjadikan perisai bumi ini semakin luluh...
ridhwan a.k.a bob,
link blog aku tu tukarlah kepada blogspot.. bukan co.cc. tak update nampak kat situ..huhuhu
salam dilah....
dah ditukar, maaf tak perasan....
erma: betul cinta ini akan berakhir tak lama lagi, jadi marilah kita sama sama turun berdemo untuk mempercepatkan pengakhiran cinta ini
bob,ak xtau nak komen kt mana..kt cni pun jadilah ye.. ak just nk gtau yg ak suka sgt video maher kat atas sana!! sharp n clear,mana ko dpt? ak nak tatap tiap2 hari ni..
....youtube sudah
hahahahaaaa..ok bosan.sila update lagi untuk melayakkan saya mengomen lagi
update2..cuti msh pjg..erma pun.sila meng update
ya bob.cuti ko panjang je.meh aku nk offer ko jadi committee program.nak x?short film contest..
Catat Ulasan