Dalam daurah tasawwuf, Ahli Siffah menterjemah saat kebangkitan keilmuan sufi bermula saat manusia mula memahami dan mendalami kalimah zuhud. Pernah terlekat dalam ingatan akan sebuah takrif dari Kitab Bahrul Mazi syarahan Sunan Tirmizi karangan Sheikh Idris Al-Marbawy iaitu zuhud itu ialah dalam hati sentiasa ingat bahawa segala yang ada milik kita tidak kekal selamanya.
Kebelakangan ini demam demam "cinta", menjalar dan membaluti hati hati manusia. Entah iblis mana yang punya operasi, jamaatul remaja kembali hanyut dengan kalimah indah berbunga bunga ini. Dugaan allah kepada manusia datang lagi. Ternyata budget operasi cinta iblis tidak tergendala oleh masalah ekonomi kerajaan Najib-Rosmah.
Taqdir, aku disapa teman lama yang dihinggapi demam Cinta. Entah kenapa terbit soalan ini dari mulutnya... Bolehkah kita berzuhud dalam cinta? Mampukah zuhud dalam cinta? Sah dia jumpa salah orang. Kesalahan besar. Seolah olah bertanya kepada sang petani akan cara cara untuk membuat pindaan kepada Seksyen 289 (a) Kanun Acara Jenayah.
"Zuhud dalam Cinta", tak pernah pula aku mengaji dari Doktor Shaiful Bahri Andi Galigo tentang maxims ini. Terpinga pinga aku.... aku nie orang tinggal dalam gua, tak mengalami cinta sebelum ini, nak bagi nasihat, hanya sampah pandangan yang aku beri.
Entah mana aku terbaca, definisi Zuhud dalam Cinta adalah meyakini bahawa si dia bukan milik kita selamanya. Merasai kalau hilang atau terlepas pun tidak apa. Redha. Tapi, tidaklah ia bermakna tidak setia. Tidak cukup cinta.
Rasanya, kalau kedengaran di hati perempuan tidakkah luka?
Sebuah analogi aku beri padanya, mencari pasangan adalah seperti mencari kasut. Jika kasut itu padan dengan kita, maka perjalanan yang panjang tidak akan terasa sakit. Namun jika kasut itu ketat dan kecil berbanding kaki kita, maka perjalanan yang pendek pun dirasakan pedih. Ternyata sebuah analogi kejam yang kuberi.
Arghh, tiada jawaban pasti. Dengan "bangang", aku meng"KIV"kan soalan sahabat ini. Sape ada jawapan???
15 comments:
Nonsense :(
Makna zuhud itu sendiri lawan daripada perkataan CINTA.how could u relate cinta and zuhud?
patutkah mereka yang mahu jadi zuhud,masih memberi ruang pada dunia(cinta manusia) untuk akhirat?
Dunia dan akhirat adalah dua hal yang saling berlawanan.Kalau ada cinta pada dunia,masih ada cinta pada akhirat?
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan, “Hendaklah engkau zuhud terhadap apa-apa yang dimiliki oleh manusia.
” Iaitu hendaklah kita tidak meminta sesuatu pun kepada manusia kecuali kalau memang ingin dan terpaksa- dan janganlah memperlihatkan kerinduan/keinginan kita terhadap yang dimiliki manusia, serta janganlah kita mengangkat pandangan (ta’ajjub) terhadap yang dimiliki manusia.
Zuhud in tasawuf
Bagaimana nak capai makrifah kalau ada hijab.
ternyata syaitan bijak!dalam tasawuf pun syaitan boleh kaburi makna zuhud dengan dunia..
astagfirullah100x
ternyata iblis yang telah hidup untuk puluhan ribu tahun itu memahami selok belok hati manusia. dolak dalih bafsu yang diberi dengan menggunakan kalimah islami telah menghijabku dari membuat keputusan....
astaghfirullah.
terima kasih atas teguran enti, insya allah akan disampaikan kepada yang empunya badan.
namun saya masih membuka ruangan untuk pendapat dari perspektif berbeda....
Bobo, ada ka mcm cr kasut. Kalau nnti dh rosak cr lain la n0 Bob. Xpn kasut kita blh wat koleksi banyak-banyak kan...haha
p/s: betapa rendahnya darjat wanita mengikut analogi bobo...kasut ja..hehe
Salam semua,
Fazareez: analogi yang diberikan sememangnya zalim pada zahir, namun ia adil apabila ia dinisbahkan kepada manfaat dan mudharat yang ada pada wanita dan yang ada pada kasut. Kalau manfaat yang mereka hidangkan, maka baiklah. Namun kalau mudharat yang mereka lemparkan, nauzubillah...
Erma: setelah berbicara dengan beberapa makhluk tuhan, saya juga berpendapat seperti saudari, untuk mencapai makrifah, akan terhalang dengan hadirnya dunia, tetapi dengan membuang dunia seluruhnya adalah zalim.
Abdullah b Amr RA ada berpesan: " Beramallah untuk duniamu seakan akan kamu akan hidup selamanya", para ulama' dalam membahaskan qaul sahabi ini menyatakan akan kepentingan dunia sebagai wasilah untuk akhirat. Dan dengan mengabaikan cinta dan mengkatagorikan cinta(yang berakhir dengan pernikahan sebagai sebuah wasilah untuk mencapai redha allah) kepada manusia sebagai hijab untuk mencapai makrifat, pada hemah saya masih dapat dibahaskan.
Wallahua'lam.
owh,jikalau saya seorang wanita,terguris oh kata-kata istilah kasut tue(mujur saya bukan wanita) :)
.hu3..cuma ade betulnya,wanita selalunya mendatangkan mudharat..FITNAH yang paling besar bagi seornag lelaki.FITNAH..FITNAH.FITNAH
Moga dijauhi..Tapi tempat letaknya zalim sangat oh.Di kaki je..
Betullah apa yg enta katakan,
kita tidak boleh meninggalkan dunia secara completenya dek kerana taklifan di dunia.
Tidak boleh menjadi sezuhud Hasan Al-Basri mahupun Rabiatul Adawiyah.Mereka sufi.
namun dalam posting entarasanya harus diletakkan titlenya..
"berpandai-pandai dalam bercinta".
Fitrah tidak salah.Cuma kita tidak pandai menggunakan hukum-hukum Allah yang telah termaktub dalam Quran sebijaknya.
p/s:sekadar mencoret kata-kata.Nikmat menjadi blogger.Dapat ilmu banyak daripada kalian semua daripada fakulti yang berbeza.Syukran..
salam,
berpandai pandai dalam cinta...
sebab tak pandai lah keluar fakta fakta yang merunsingkan orang lain nie...
syukran atas komentar enti
Bobo...
ko dh jumpa 'kasut' yg sesuai ka blum...?
Bobo...
ko dh jumpa 'kasut' yg sesuai ka blum...?
salam,
kasut nye dah jumpa, saiznye tak lagi, entah biler nak sepadan ngan kaki...
kepada fazareez, kasut(shoe) anda dah ada. awat tak sarung sarung lagi???
hahaha
x padan jugak kut...
nnti la cr kasut len..
Wallahi Masyaikh sekalian..ana sangat tak berkenan dengan analogi kasut..
1) Tahu x Rasulullah mencintai wangian, siwak dan wanita?
2) Tahu x Rasulullah pernah menangis diperkuburan ibunya?
3) Tahu x yang syariat datang mengangkat martabat wanita setingginya?
4) Tahu x Nabi pernah kata dia tak mampu tahan diri bila Aisyah datang untuk dia tidak menghamprinya?
5) Tahu x bahawa Nabi ditenangkan oleh isterinya tatkala Sahabat Nabi sendri tarik muka x setuju dengan Nabi dalam suatu perjanjian dengan orang kafir?
6) Tahu x bahawa wanita adalah jenis manusia yang paling mudah masuk syurga apabila dia taat kpd Allah, Rasul, dan Suaminya maka terbuka ketujuh-tujuh pintu syurga?
7) dan last sekali, tahu x bahawa wanita itu Nabi sendiri permisalkan dengan perhiasan yang paling berharga dlm dunia ini. Paling tidak pun Nabi hanya permisalkan dengan tulang rusuk adam yang dekat dengan hati dan jantung, supaya mekar dgn cinta dan asyik, dan supaya dibentuk dengan hikmah dan berhati-hati...
kasut?
"Kekasihku bukan kasut, Kekasihku Bidadari Syurga yang Menanti Penuh Harap"
Salam umar,
kalau enta berada dalam situasi ana, maka segenap kata kata hikmah akan sahabat ana terima. tapi masa tue ana yang tak bersedia untuk menerima sedemikian soalan menyebabkan terpaculnya perumpamaan yang demikian.
maklumlah kita nie tak pernah mengayat orang. ayat paling baik pun.... kasut jelah...
hahah, dhoifnye lah diri kalau masuk bahagian bahagian nie.
tapi, kalimah kasut yang ana gunakan memang tak patut....
tiba-tiba teringat kisah Abu Yazid.
sumber dari karya prof dr sayyid muhammad ibn Alawi Al-Maliki Al-Hasani..
Berkata Abu Yazid:
"Sesungguhnya aku ingin sekali meminta kepada Allah agar Dia mencukupkan keinginanku terhadap makanan dan perempuan.
Kemudian aku berkata,
"Bagaimanakah harus aku memintanya kepada Allah,sedangkan Rasulullah tidak pernah memintanya,tetapi kemudian Allah telah memelihara keinginanku kepada perempuan sehingga aku tidak lagi peduli sama ada yang mengadapku adalah perempuan atau pun tembok."
Salam
"Tembok", tak sampai tahap tue lagi, tapi bahaya juga kalau diorang jadi tembok....
p/s: tanye umar tips yang dia pakai untuk menjadikan kecantikan wanita jauh lebih tak menarik daripada tembok...
urghh!!! privasi...
Catat Ulasan