Sesungguhnya pendekatan dakwah amat penting untuk menarik minat manusia untuk memeluk agama suci ini. jika kita tersalah memilih uslub yang sesuai,mereka mungkin akan menjauhkan diri dari agama kita. Dan sesungguhnya islam sangat mementingkan perihal sasaran dakwahnya agar tidak tersalah anggap tentang nya. Maka untuk merai perihal golongan sasaran, maka tidak dapat tidak kita perlu meringankan beberapa perkara yang pada hemah saya bertujuan untuk menarik hati mereka. Maka untuk membawa pendekatan Al Quran yang menjadi masdar utama kita, kita perlu mengikuti beberapa langkah yang akan dicadangkan .
Fasal Pertama:
Keberkesanan Al Quran Karim Kepada golongan sasaran.
Sesungguhnya Al Quran adalah mukjizat yang diyakini segala isi dan ayatnya dan dipelihara oleh penciptanya sehingga hari qiyamah. keberkesanan Al Quran sebagai medium dakwah tiada tolok bandingnya. Selaku umat islam, kita mempercayai al quran sebagai sebuah kitab samawi yang terakhir. Sesungguhnya Al Quran memberi kesan kepada golongan ad Daie dalam beberapa pendekatan antaranya:
1) Menceritakan Kisah Kisah para Nabi dan cara Pendekatan Dakwah mereka.
Al quran telah mencatatkan banyak kisah tentang para anbiya'. Antaranya kisah nabi Yunus. Baginda telah berdakwah kepada kaumnya namun kaumnya menentang dakwah baginda dan enggan mendengar seruab baginda dalam satu jangka masa yang sangat panjang. Lalu setelah berlalu masa, baginda akhirnya berputus asa dan pergi meninggalkan mereka. Maka Allah menimpakan atas baginda suatu ujian dimana baginda telah dicampak kelaut dan ditelan oleh seekor ikan. Setelah menerima ujian yang perit itu, allah memerintahkan ikan itu memuntahkan semula nabi Allah Yunus dan tatkala tibanya nabi allah yunus ke kampung nya, baginda mendapati bahawa umatnya telah beriman kepada allah subhanahu wa taala. Peristiwa ini telah digazetkan dalam surah As Saffat ayat 139-148. Peristiwa ini menunjukkan bahawasanya seorang Daie perlu mempunyai sifat sabar yang kental dan tidak terlalu manja dan lalai dalam setiap urusan mereka.
Adapun dalam kisah Nabi Allah Musa, beliau pula diuji untuk bersikap tegas dalam menegakkan kebenaran. Kita dituntut untuk menyatakan yang benar walaupun tidak dibenar, kerna yang benar itu benar. Dunia sekarang dikuasai oleh golongan toghut yang gilakan kuasa dan merasakan apa yang mereka laksanakan adalah kebenaran. Jesteru ketegasan sangat dituntut untuk kekal menggenggam agama yang diibaratkan sebagai bara ini. Manakala dalam kisah Nabi Nuh, beliau telah berdakwah kepada kaumnya selama hampir 900 tahun namun hanya 60 orang sahaja yang beriman. Ini menunjukkan bahawa dakwah bukanlah sesuatu perkara yang boleh dibawa dengan sambil lewa.
2) Memperkukuhkan iman sebelum pengaplikasian hukum.
Bermula dakwah baginda nabi Muhammad di Makkah dan hanya tertumpu kepada kaum kerabat baginda sepanjang tiga bulan pertama dan marhalah ini dikenali sebagai pengukuhan asas yang jelas. Maka apabila kuat jamaah mereka maka ia mula tersebar dan semakin gemilang. Pada marhalah ini, tidak banyak disyariatkan lagi sebarang hukum praktikalseperti hukum hudud, zakat dan haji. Dan ayat ayat yang turun di awal permulaan tertumpu pada perkara seperti:
- Mengesakan Allah tuhan sekalian alam.
- Wujudnya hari akhirat yang mana kita akan dibangkitkan dan dihitung
- Penyucian hati dan penerapan akhlak
- Doa doa amalan umat Islam
0 comments:
Catat Ulasan