Ahad, 8 Februari 2009

Bab 1: Pengenalan Ilmu Dakwah

Takrif Ilmu Dakwah

Kalimah Ilmu dari segi bahasa( arab) bermaksud " Mengetahui sesuatu sebenar pengetahuan."
Manakala dari segi istilah, ulama' mentafsirkan kalimah ilmu sebagai " Sebuah himpunan perkara dan prinsip yang tertumpu pada satu sudut."



Manakala kalimah Dakwah dari segi bahasa bermaksud " Seruan, galakan kepada suatu kepercayaan dan berpegang padanya." Dan dari segi istilah pula memberi maksud " Menyeru manusia kepada agama Islam, mengajarkannya, dan mempraktikkannya dalam situasi harian."



Maka takrif Ilmu Dakwah adalah " Himpunan kaedah dan prinsip yang membawa kepada pembawaan Islam kepada manusia dengan mengajarkannya dan di praktikkan dalam situasi harian. Maka berpandukan kepada takrif yang diberikan, Ilmu dakwah meliputi tiga aspek yaitu:

  1. At Tablighiyah : Menerangkan dan menjelaskan Islam
  2. At Takwiniyah : Mengajarkan dan Mendidik kefahaman Islam
  3. At Tatbiqiyyah: Mempraktikkan Ilmu

Hukum Dakwah

Sepakat para ulama bahawa hukum dakwah wajib, tetapi berbeza pendapat pada bahagian wajib. Adakah wajib disini memberi maksud wajib a'in ( Fardhu A'in) atau wajib kifaie (Fardhu Kifayah). Para ulama' yang menyatakan ia adalah wajib a'in berpegang pada ayat Quran yang berbunyi:



ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير و يأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر
وأولئك هم المفلحون


Ayat Al quran ini menjelaskan kepada kita sesungguhnya dakwah wajib kepada setiap mukallaf dengan qadar kemampuannya. Mafhum dari perbincangan, sesungguhnya wajib a'in bagi mereka yang mempunyai ilmu dan mempunyai kekuatan untuk melaksanakannya. Manakala bagi ulama' yang berpendapat ianya wajib kifaie berhujah menyatakan bahawa kalimah 'من' memberi makna sebahagian, dan disokong oleh ayat Al Quran yang lain berbunyi :

وما كان المؤمنون لينفرّو كافة فلولا نفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا في الدين
ولينذروا قومهم إذا رجعوا إليهم لعلهم يحزرون


Berdasarkan ayat diatas, sebahagian ulama' menghukum Dakwah sebagai wajib kifaie yang memberi makna "jika berdakwah seorang muslim, maka terlepaslah kewajiban dakwah keatas muslim yang lain."

Sumber Rujukan dalam Berdakwah

Sumber rujukan dalam berdakwah tidak lain tidak bukan datang dari dua sumber utama yaitu Al Quran dan Sunnah Nabawiyah As Syarifah. Namun dalam bab dakwah, Sunnah dibahagikan kepada dua yaitu Sirah Nabawiyah dan Sirah Khulafa' Ar Rasyidin.

Rukun Dakwah

Rukun dakwah dibahagikan kepada empat yaitu:

1) Ad Dai'e : Pendakwah
2) Al Madu' : Orang yang Didakwah
3) Wasilah Dakwah : Perkara yang menjadi perantara antara dua rukun. ( akan diceritakan dengan lebih lanjut pada lembaran akan datang ).


0 comments:

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!