Selasa, 30 Disember 2008

Imanku Oh Imanmu...



Diriwayatkan pada zaman Rasulullah, baginda bertanya kepada para sahabat yang mulia dengan sabdanya: Tahukah kalian siapakah mereka dari yang mempunyai iman yang paling baik dan paling istimewa?, Para sahabat lantas berfikir dan bersepakat menjawab: Sesungguhnya iman para malaikat adalah yang paling istimewa, Baginda menjawab: Kalian salah, iman para malaikat tidak istimewa kerana mereka telah diciptakan dengan tujuan untuk beribadah, dan mereka tidak akan sekali kali membantah segala suruhan Allah, dan telah dicabut dari mereka segala nafsu.



Para sahabat berfikir dan menjawab: Maka iman kamilah yang paling istimewa kerana kami paling dekat denganmu ya Rasulallah. Baginda bersabda: Kalian salah, iman kalian tidak istimewa kerana kalian dapat melihatku, jika terdapat kekeliruan, kalian akan melihat mukjizat dariku, maka iman kalian tidak istimewa. Akhirnya para sahabat tidak dapat mengagak golongan yang mempunyai iman yang lebih baik dari mereka dan bertanya kepada nabi tentang mereka. Baginda bersabda: Mereka adalah umatku yang beriman denganku dengan sebenar-benar iman pada akhir zaman nanti.







Sejenak terfikir, dimanakah tahap iman kita umat akhir zaman ini? Adakah ia lebih istimewa dari iman para sahabat dan para malaikat?. Sabda baginda mustahil dusta. Demikian penghormatan yang diberi baginda kepada kita umatnya yang zalim ini. Umat yang tidak menjaga matanya dari perkara yang haram. Umat yang memperlekehkan sunnah baginda. Umatnya yang menafikan kebenaran kalam tuhannya. Umat yang lemah tetapi sombong kepada penciptanya. Inilah kita....




Awal Muharram yang disambut pada 29 Disember lalu telah membawa kita kearah satu lembaran baru. Peluang yang diberikan kepada kita yang masih bernyawa untuk membuktikan kebenaran kalam nabi yang ditinggalkan kepada kita 1400 tahun yang lalu. Maka wahai kaum muslimin, ayuh bersama kita bangkit dan menentang segala ideologi barat yang hanya merosakkan kita. Bersama kita keluar dari belenggu sekularisme. Kita runtuhkan segala tembok yang menjadi pemisah antara kita. Ayuh kita pastikan kalimah Allahu Akbar terus tersebar, yang kan terus mewangi dan menarik hati hati yang tenang mencari cinta hakiki.






Jumaat, 19 Disember 2008

Mulia Dan Hina

20 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah, nabiyina Muhammad dan para sahabatnya dianugerahkan sebuah kemenangan yang agung. Kemenangan yang menandakan kebenaran mengatasi kebatilan, hari tertegaknya Islam dan runtuhnya Jahiliyah. Fathul Makkah mencatat sejarah manis dalam setiap diari Muslim yang mendambakan kurniaan ilahi.

Lantas tampa membuang masa, nabi bersama dua orang sahabatnya, yaitu Zaid bin Usamah dan Bilal bin Rabah menuju kedalam Baitillah al Haram, memasuki Kaabah dan solat sunat dua rakaat. Seusai solat nabi keluar dan memberi ucapan kepada penduduk Makkah dengan sabdanya "...wahai manusia, sesungguhnya hari ini Allah telah menghilangkan dari mu kesombongan jahiliyah, yang mengagungkan nenek moyang kamu, maka ketahuilah sesungguhnya kamu berasal dari Adam, dan Adam berasal dari tanah...".

 Kemudian nabi membacakan firman Allah dari Surah Al Hujrat ayat ke-13 yang bermaksud: wahai sekalian manusia, sesungguhnya kami telah  menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami menciptakan kamu bermacam kaum dan berpuak puak agar dapat kamu saling kenal mengenali. Dan yang paling mulia antara kamu adalah yang paling bertaqwa antara kamu." Demikianlah piawai kemulian yang telah Allah dan nabi tentukan untuk mengukur kemulian seseorang.

Pernah suatu peristiwa dizaman nabi, telah datang seorang kaya menghadiri kuliah nabi di masjid Nabawi. Dia adalah seorang saudagar kaya yang selalu beroleh keuntungan hasil dari barang dagangannya. Sedang nabi menyampaikan bicara hikmahnya, datang seorang fakir yang kebetulan turut menghadiri kuliah nabi. Lantas terus duduk ditempat kosong bersebelahan saudagar kaya tadi. Melihat kehadiran si fakir tersebut, saudagar kaya itu segera menarik kainnya. Peristiwa itu dilihat nabi lantas baginda bersabda: wahai saudagar kaya, adakah kau risau jika kemiskinan saudaramu itu melekat pada kainmu? Mendengar teguran nabi, saudagar itu berkata; aku akan menginfaqkan harta ku kepada si fahir ini separuh dari hartaku. Mendengar kata kata saudagar itu si fakir itu berkata: Ya Rasulullah, aku tidak mahu kekayaan dan harta dari saudagar ini. Aku bimbang kesombongannya melekat pada ku lantaran harta nya yang aku terima.

Demikian juga pesan Saidina Umar Al Khattab kepada tentera muslimin  ketika menerima kunci pintu gerbang Palestin dari ketua paderi: Wahai kaum muslimin sesungguhnya kemuliaan kita adalah agama Islam yang benar. Barang siapa yang mencari kemuliaan selain Islam, maka ketahuilah bahawa dia sedang mencari kehinaan. Kesimpulannya, kita selaku umat islam yang sepatutnya menjadi sebaik baik umat diatas muka bumi dan selaku khalifah yang dibebani tanggungjawab menegakkan daulah Islamiyah, perlu menjadikan Islam sebagai masdar asasi dalam segenap bidang sama ada dalam jual beli, berkeluarga, dan berpolitik.

Daulah Daulah Islamiyah....
La Syarqiah La Gharbiyah.... 
Daulah Daulah Islamiyah....
La Syarqiah La Gharbiyah....
Allahu Akbar...

Rabu, 17 Disember 2008

Berjalan Melihat Mentafsir

Pada 13 December lalu, qudrat ilahi telah membawa hambanya berjalan melihat kekuasaannya. Kali ini aku dihantar meninjau keadaan muda mudi melayu islam di Pahang darul makmur. Hadaf rehlah ini adalah untuk menemani bonda yan kebetulan menguruskan projek pembinaan kolej kediaman para pelajar Universiti Malaysia Pahang di Gambang. Setelah menimbang tara beberapa perkara, kami mengambil keputusan untuk bercuti di Pantai Balok. Bak kata pepatah " alang alang mencelup pekasam biar sampai tenggelam ".

Bertolak agak lewat gara gara adikadikku yang bermacam ragam, kami memulakan perjalanan pada jam 10 pagi. Kami tiba ke destinasi yang dituju pada jam 3. Pantai Balok ternyata tenang. Aku mengambil keputusan untuk berjalan di tepi pantai. Setelah check in di Tamukami resort, aku bergerak sendirian ke pantai. Petang itu, cuaca agak mendung tetapi masih ramai pengunjung yang berlegar di persisiran pantai. Aku kehairanan melihat telatah orang tempatan disini. Meski air laut agak kotor dan berlumpur, tetapi mereka tetap mandi jua. Mungkin mereka menghadapi masalah gangguan air.

Ketika aku asyik meninjau ninjau keadaan air, ku terlihat satu pemandangan yang agak menyakitkan mata. Kuterlihat sepasang couple sedang asyik menggeledah pasangannya (paham-pahamlah). Segala puji bagi Allah yang menjauhkan hambanya ini dari perkara yang keji itu. Apakah mereka tidak mengetahui sesungguhnya tuhan yang maha melihat sedang memerhatikan mereka? Atau tidakkah ada sekelumit perasaan malu pada makhluk di sekeliling mereka? Semoga ini menjadi satu peringatan pada diri yang mencatat. Ku teringat serangkap ayat dari sebuah novel karangan Habiburrahman El Shirazi,"...maha kuasa sang pencipta yang menenangkan laut yang luas terhampar, dan dia mengizinkan kapal kapal belayar diatasnya dengan tenang, dan dia tetap melimpahkan sifat Rahman nya kepada makhluk walaupun diatas kapal itu ada seorang manusia yang kufur sekufurnya, yang mana jika dia berkehendak, dia boleh menggerakkan laut menelan seisi kapal ke dasarnya..."


Ku berjalan pulang dengan hati yang tidak keruan. Setelah menunaikan solat maghrib secara jama', aku mengambil keputusan untuk melelapkan mata. Tepat jam 10 aku terjaga dek kerana bunyi yang kuat dari luar. Ternyata resort ini menawarkan khidmat kareoke kepada orang luar. Maka hilanglah segala mood bercuti yang selama ini berbunga bunga di benakku. Ayahandaku mulai berang kerna mereka terus menerus menyanyi hingga ke larut malam. Aku merasakan ini adalah satu cara Allah mengajarku untuk terus sabar dan mungkin kafarah kepadaku kerna gagal menegah kemungkaran yang ku lihat petang tadi. Adikku yang kepenatan mula membaca Qunut nazilah dan mencaci suara mereka yang sumbang.  Jam menunjukkan pukul 12.30 malam, keluarga ku semuanya sudah larut ke alam mimpi dek kerana kepenatan setelah seharian berjalan. Aku hanya mampu tidur setelah mereka berhenti menyanyi pada jam 2.30 pagi. Kerja gila...

Keesokan harinya, aku hanya menghabiskan masa 
dengan membaca buku Catatan Pengembaraan Ibnu Battutah. Pada hari terakhir, bonda terpaksa bertolak ke UMP di Gambang sendiria
n atas urusan kerja. Kami yang tidak mempunyai sebarang agenda bercadang menghabiskan sisa percutian dengan berkelah dipantai. 
Kami turun ke pantai seawal jam 8.30 pagi. Pagi itu kami adalah raja di Pantai Balok kerana hari itu hari isnin, hari kerja, tiada seorang pun yang mengganggu kami pagi itu. Aku perlu menjaga sikecil mizi kerana dia enggan bermain air. Maka aku terpaksa menemaninya bermain pasir. Jam 2 kami berangkat pulang menuju baitina.





Ahad, 7 Disember 2008

Al Fatihah

Semoga roh saudara seperjuanganku berada dalam segenap ketenangan. Beliau, Mohd Syukri b Norza, telah kembali kehadrat ilahi pada hari ini 9 Dzul Hijjah 1429 hijriah pada jam 5.30 petang. Persahabatan ini membawa seribu erti. Tiada apa dapatku ucapkan...











Al Fatihah......  

Sabtu, 6 Disember 2008

Malam Pertama di Alam Kubur

            “….pada detik detik terakhir kehidupan Khalifah Harun Ar Rashid, beliau berteriak kepada punggawanya, ‘ Kumpulkanlah semua tenteraku ’.Maka datanglah mereka ke hadapan Harun, lengkap dengan senjata dan perisai. Begitu banyak, sehingga tiada yang tahu berrapa jumlahnya kecuali Allah. Seluruhnya  berada dibawah arahan Harun. Melihat mereka, Harun menangis dan berkata,  ‘ Wahai Dzat yang tidak pernah kehilangan kekuasaan, kasihanilah hambamu ini yang telah kehilangan kuasanya. ‘  Tangisan itu tak berhenti hingga ajal mencabut nyawanya…” 

Pada suatu hari yang rasanya tidak menyenangkan, aku menyelongkar rak kitabku. Perasaan berkecamuk ketika menyedari buku “Ayat-Ayat Cinta” ku hilang    ( bercadang mengulangi bacaan ketika bercuti di Kuantan minggu depan ). Argh……. hampir tak keruan jadinya. Sedang bilik yang baru ku kemas bertukar rupa ibarat tongkang pecah, ku temui sebuah buku yang telah lama kubeli tapi tak pernah disentuh. “Malam Pertama di Alam Kubur”.

Kitab ini kompilasi kitab karangan Dr. A’idh Al-Qarni            ( Awwalu Lailatin fi Al-Qabri ), Dr. Muhammad bin Abdurrahman Al Uraifi ( Ahwalu Al-Qabri ) dan Syaikh Muhammad Husain Ya’qub ( Hada’iq Al-Mauti ). Dengan pendekatan nasihat dengan gaya bertutur, kudapati buku ini sebuah buku yang sederhana ringan untuk diterima akal .

Dimulai dengan kisah-kisah akhir kehidupan orang orang soleh seperti Rasullah, Umar Al Khattab, Saa’d bin Abi Waqqas dan beberapa lagi yang wajar diambil iktibar darinya. Dikuti dengan beberapa permasalahan berkaitan alam kubur yang terkadang melanda umat Islam zaman mutaakhir ini. Turut dibincangkan beberapa permasalahan tentang ruh dan seksa kubur.

Sebuah buku yang baik dan sesuai dibaca ketika tahap iman berada ditahap kritikal dan memerlukan kaunseling rohani. Semoga membawa manfaat bersama.

   

 

“…wahai orang tua yang telah bongkok dan dekat ajalnya,

Apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama?

Wahai pemuda gagah yang bergelumang harta dan sejuta asa,

Apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama?

Ia adalah malam pertama dengan dua wajah:

Mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam surga berikutnya,

Atau mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya….”

 

Selasa, 2 Disember 2008

Musibah Penyebab Hidayah

Banjir di pantai timur telah mengakibatkan sebilangan penduduk kehilangan tempat tinggal. Namun dengan sifat Rahman yang esa, banjir tahun ini tidak seteruk tahun tahun lalu. Tanah runtuh di Ulu Yam telah meragut dua nyawa yang berlindung didalam  sebuah banglo. Kemalangan jalan raya sudah menjadi santapan harian para pembaca akhbar.
 Apa semua ini...?!
 Tidakkah manusia merenung segala musibah ini dari pandangan luar biasa? Adakah dengan sebab lalinya mereka dengan segala berita ini membuatkan mereka memandang enteng peringatan yang jelas dari sang penipta ?Manusia tidak mempedulikan semua ini
 selagi mana ia tidak terkena batang hidung mereka sendiri? 

Musibah yang sering menimpa membuatkan aku mulai berfikir. Apakah kita akan dikatagorikan sebagai orang yang beriman selagi kita tidak diuji . Ujian yang menimpa barangkali membawa perubahan bak ombak yang menghempas pantai. Tetapi hakikat makhluk dhoif lagi jahil ini mempunyai hati yang keras.



Sesungguhnya tuhan yang bersemayam diatas arasy telah menjelaskan bahawa segala kerosakan diatas muka bumi ini samada didarat atau dilaut berpunca dari tangan tangan mereka sendiri. Auh bersama kita imbas kesalahan yang telah kita lakukan semoga dengan ini dapat kita hindar segala perkara yang dilarang rabbul izzah.

                                                  ini postcard yang kuterima dari Eesin dari Spain..... 

Musibah yang bertamu membawa bersama kesedaran yang memberi kesan kepada jiwa yang lembut. Saat hidayah memancar dan mengejutkan hati hati yang tidur dek kegelapan dosa membangkitkan futuwwah yang bakal mengubah pusingan paksi dunia 360 darjah kearah Al-Haq. 

Melaungkan Kalimah suci " ...hai jiwa jiwa yang tenang, kembalilah kamu kepada tuhan dengan segal keredhaan, dan masuklah bersama hamba hamba ku, dan masuklah ke dalam syurgaku...."

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!