Bismillah.
Mahasiswa. Entah kategori mana budak budak muda ini. Melaung laung. Menjerit jerit. Entah apa nak jadi dengan budak budak ni. Macam mana ni datuk. Semakin lama semakin menjadi jadi budak budak ni. Kita perlu buat peraturan untuk kanak kanak hingusan ni. Baru diorang tahu kuasa ada dengan siapa. Saya tahu datuk, jom suruh Majlis Peguam siapkan draft undang undang. Kita gelar peraturan ni AUKU...
" Dengan ini, mahkamah telah bersetuju dengan keputusan 2 - 1, menyatakan seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti adalah tidak sah dan tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan atas alasan ia adalah infringement of right of expression". Menggelupur pegawai HEP universiti universiti Malaysia. Satu satunya alasan mereka dapat menyara hidup adalah dengan bekerja untup HEP. HEP wujud kerana AUKU wujud. Saat kuasa terbesar AUKU dikatakan tidak selari dengan perlembagaan, HEP seolah olah mengalami stroke.
Betapa mereka takut dengan gelombang mahasiswa. Siapa Mahasiswa. Ya, kami Mahasiswa yang akan mempersoal segala keputusan HEP. Kami Mahasiswa yang tidak sama sekali mempunyai sebarang kebergantungan untuk bermain politik kotor. Kami Mahasiswa yang semestinya akan menggantikan kepimpinan korup negara dimasa akan datang. Maka seharusnya persoalan kami anda jawab. Maka semestinya kebajikan kami anda dahulukan. Kerana kelak kami akan menjadi pemimpin yang pasti menekan pihak pihak yang selalu menekan kami semasa dipusat pusat pengajian tinggi. Mungkin berdendam bukanlah adat kami, tetapi demi hak hak mahasiswa dimasa hadapan, kami tidak akan sekali kali diam.
Pembaziran, penyelewengan, sikap bermalas malasan sesetengah pegawai HEP tidak akan kekal tersembunyi. Kami mahasiswa menuntu jawapan.
Rabu, 30 November 2011
Ada apa dengan Mahasiswa
Posted on 6:38 PTG by Ahmad Ridhwan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Type Speedtest
Visit the Typing Test and try!
2 comments:
hay.
im interested with this topic.
" Satu satunya alasan mereka dapat menyara hidup adalah dengan bekerja untup HEP. HEP wujud kerana AUKU wujud."
boleh explain sikit apa maksud u HEP wujud kerana AUKU?
Bismillah....
pernah menghadiri sesi pencerahan dengan Dr. Aziz Baari.
Yg di maksud kan oleh HEP wujud kerana AUKU adalah kerana pada awal penubuhan HEP di universiti universiti adalah kesan AUKU digazet. Untuk memastikan AUKU dapat dilaksanakan disetiap universiti, satu badan diwujudkan untuk memastikan tiada lagi pelajar bertindak seperti mana yg berlaku semasa Demonstrasi Baling. Jadi pada 1971, HEP atas keperluan AUKU untuk dilaksanakan, ditubuhkan untuk memerhati pergerakan mahasiswa.
Masa berlalu dan HEP mula memperkenalkan bahagian bahagian lain seperti unit kebudayaan, kebajikan pelajar dan lain lain agar ia tidak menjadi terlalu jelas akan asal HEP ini.
Ini istifadah yg saya dapat dari sesi dengan Dr. Aziz. jika tersalah, sila tegur.
Terima Kasih
Catat Ulasan