Bismillah...
Allah, tiadalah pernah engkau meninggalkan hamba sendirian. Hari ini hamba masih lagi dibangunkan dari pelayaran mimpi yang ternyata mainan syaitan. Sekali lagi bermula kitaran masa yang memerlukan perancangan jitu. Setiap masa setiap detik, semoga dapat diisi untuk mengingati mu tuhan.
Study week. Bukan semua pelajar memanfaatkan masa yang singkat ini. Ku perhati teman seisi rumah, ada yang menghilang untuk mencari lembah lembah sunyi untuk mengulang kaji. Maka tatkala pulangnya diri, puas sudah ilmu ditekuni baik. Ada juga yang menghilang untuk mencari rumah rumah teman lain yang mempunyai sambungan internet yang pantas.
Semestinya jika ditemui, maka Facebook lah yang pertama dikunjungi. Disusuli dengan carian movie movie yang baru dan diakhiri dengan YM sehingga ke awal subuh. Subuh entah ke mana tuan punya diri entah kemana. Maka mufaraqah lah hamba itu dari solatnya sebagai mana rutin. Oh puas sudah mulut ini menegur.
Namun bagi aku, Study week kali ini bukanlah study week yang dapat diisi dengan sebaik mungkin. Pertembungan masa antara Final Exam dan International Humanitarian Law (IHL) competition ternyata menggangu aliran pembelajaran aku. Alhamdulillah Fasa penghujahan bertulis telah kami harungi dan telah dihantar ke pihak penganjur di Universiti Malaya. 9 December 2010 menjadi hari untuk kami berentap bersama sama universiti lain untuk mara ke peringkat akhir di Hong Kong.
Esok, sekali lagi masa ini akan berulang, tetapi tiadalah ia mengulang sama ruang yang telah berlalu. Semoga masa yang diberikan kepada seluruh umat ini dapat dimanfaatkan. Khusus kepada semua pelajar USIM yang bakal menduduki peperiksaan akhir, selamat manjawab peperiksaan dengan sagala ketenangan yang dapat dikumpul.
Wallahua'lam...
Rabu, 10 November 2010
Sekali lagi
Posted on 11:37 PG by Ahmad Ridhwan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Type Speedtest
Visit the Typing Test and try!
7 comments:
selamat menduduki peperiksaan juga!all da best
rupanya sibuk dengan mooting.terima kasih sebab sempat lagi jual jus manggis tu..thanks a lot..
nanti ana byr kat imran.tqvm=)
Trima kasih...
alhamdulillah tak ada masalah untuk menjalani transaksi jualan dalam masa singkat ini.
gunakan masa sebaiknya, berusaha tapi gagal lebih baik daripada tidak berusaha tetapi gagal jgk. gud luck IHL :D
Bob,
komisyen penghantar jus manggis jangan dilupakan.
Bob,
projek menarik aku dan Umar selepas exam - bedah filem. berminat?
Bob,
selamat menge'moot'.
=)
patutla naik harga.rupanya ada broker jus manggis
erma: bukan bukan.... zimin bermaksud senda gurau aje....
zimin: bedah movie.... huhu best, nnt hello je aku
good luck IHL-ians !!!!!!!!:)
Catat Ulasan