Bismillah...
Jam menunjukkan 12.30 tengah malam.... Bersama segala kekusutan yang kuhadapi, akhirnya selesai jua kami menyiapkan "Written Submission" @ hujahan bertulis untuk dihantar ke Universiti Malaya petanda selesai mooting bahagian satu. Pening berpinar pinar ku redahi bangunan Fakulti Syariah Undang Undang menuju parkir motorsikal.
Separuh terkejut, Pak Cik Guard menegur aku : "Uih dik, tengah tengah malam pun tak balek umah lagi....? Ramai lagi ke kawan kamu yang masih dibangunan fakulti?". Senyum toya ku lempar: "Baru nak balek lah ni Pakcik, ade tiga orang lagi kawan saya di bilik operasi mooting..." Salam ku beri enjin motor ku hidupkan.
Tiba dirumah, Muim masih belum tidur. Entah ape yang dibuat tengah malam ni masih belum terlena sedangkan baru tiba dari Perak jam 9 tadi. Television masih hidup dan terdengar suara yang ku kenali dari kaca tv. Owh ustaz favorite ku bersiaran di rancangan Tanyalah Ustaz. Tetamu Undangan malam ini adalah Dr. Zulkifli Al Bakri.
Seorang penonton bertanya: "Ustaz, dalam kehidupan modern berfesyen dewasa ini, Boleh kah ustaz terangkan fesyen bagaimana yang digemari tuhan dan berpahala dan cantik yang bagaimana islam benarkan...?" Senyum dr. mendengar persoalan sedemikian. Secara ringkas, ini adalah respons dari Dr. Zulkifli...
"Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Nabi kita juga menggalakkan umatnya untuk menjadi cantik, tetapi cantik dihadirkan bersama batas batasnya. Dalam perihal pemilihan calon pasangan kita, nabi sendiri ada menyatakan cantik sebagai satu kriteria calon yang baik. Tetapi datang selepas itu penegasan dari nabi yang berbunyi: "Maka pilihlah dari agamanya, maka engkau akan dapati keindahan yang menggegarkan". Dalam perihal fesyen pula, pertama islam menggariskan perihal niat. Jika niat kita untuk menzahirkan izzah islam, maka pahala akan menyusuri kita. Dan fesyen atau gaya itu tidak islam ketatkan kerana asalkan ia mengikut ciri ciri pakaian islam seperti tidak ketat, tidak menampakkan tubuh badan, maka sudah memadai."
Gelak kecil hati ini mendengar respon dari ustaz dengar loghat terengganu nya. Akhirnya ku lelapkan mata pada malam itu dengan bayangan bayangan fesyen islam dengan segala yang menepati syariah. Oh indahnya....
Wallahua'lam...
Sabtu, 20 November 2010
Indah Dimata Cantik Berpahala
Posted on 11:09 PG by Ahmad Ridhwan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Type Speedtest
Visit the Typing Test and try!
10 comments:
fesyen pulak kali ni..
asal tak ketat, itulah fesyen ak..huhu
lelaki berfesyen mcmana pulak?
asal tak ketat + tak menampakkan tubuh badan....
sy perasan ade sahabt kiter kat kuliah mengenakan pakaian yg nipis kat luar, pastu ketat kat dalam.... problem gak yg jenis tueh.
lelaki tak berfesyen sangat kot, abis fesyen pun rambut jelah... klu muslimat bermacam jenis tudung ade, kitorang ape ape hal pun kene pakai tie.... boring boring
boleh ku menafikan?
Lelaki dan Wanita wajar berfesyen. Gua sangat suka fesyen. Terus terang, fesyen sangat indah. Apatah lagi bila Dr. Zul kata berfesyen untuk perlihat izzah Islam.
cuma gua x da pereka/pemilih fesyen peribadi. Maybe isteri gua nanti leh jadi pereka fesyen gua. Semoga tercapai. Tapi naluri sbhgian lelaki fesyen hanya untuk tarik hati perempuan.
Perkara ini kurang tepat. Perlu keluasan. Nabi dan Sahabat gunakan fesyen untuk politik, Peperangan dan even to isteri (cerita Ibn Abbas).
Dan perangai ahli syurga juga berpakaian indah-indah.
salam...
berfesyen untuk berpolitik dan peperangan...
best idea tue...
menarik..menarik artikel ni..nak berfesyen lepas grad nanti=)
Cadangan:
telusuri falsafah busana Muslim Melayu lewat Manikam Kalbu.
"sains itu hanyalah proses sedang seni itu adalah hasilnya."
nak berfesyen ikut fesyen Islamic Fesyen Festival lah..mengancam.
hazimin: manikam kalbu... olahan fesyen melayu melaka...
reka bentuk bertunjangkan dinul islam... baju kurung cekak musang hasil seni gabungan indah
Adilah: ish ish ish... IFF bukan Islamic Fesyen Festival tapi Iblis Fesyen Festival...
fuh garang aku...
salam bob,
ms hg tdoq ngan mimpi indah tu, terbayang sapa yg menggayakan fesyen tu..???
Catat Ulasan