Jumaat, 24 April 2009

Saat Agama Dibicara Bukan Ahlinya

23 April lalu Kabinet membuat keputusan bahawa anak anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing masing semasa berkahwin. Walaupun ibu bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain. Demikian keputusan mereka apabila mengulas isu Mohd Ridzuan Abdullah yang memeluk agama islam dan menukar agama anaknya yang berusia 12 tahun kepada islam.
Mengulas isu ini Yb Zulkifli Nordin menyatakan bahawasanya ia telah dijawab dalam Mahkamah Persekutuan semasa membicarakan kes Subashini dan menetapkan ia tertakluk dibawah Artikel 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan agama anak anak dibawah umur 18 tahun akan ditetapkan oleh ibubapa atau penjaganya. Menurut Mahkamah persekutuan, agama anak ditetapkan oleh sama ada ibu atau bapanya. Maka secara amnya keputusan yang dibuat oleh kabinet baru baru ini bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.

Hukum syara' jelas menunjukkan bahawa agama seorang yang belum akil baligh dianggap islam sebagai agama fitrah. Dan menjadi hukum jika mana ank kecil yang dijumpai tampa ibu bapa atau penjaga ataupun telah mati akan diklasifikasikan sebagai muslim dan akan diuruskan sebagai penganut islam. 

Sebagai Seorang muslim, wajib keatas kita mendahulukan urusan islam dan mempertahankanya tambahan lagi sebagai seorang pemimpin, tanggungjawabnya lebih berat bilamana tiba saatnya dia menghadap tuhannya kelak. Artikel 121(1A) yang telah digazetkan dalam Perlembagaan Persekutuan ternyata tidak mencukpi dan memadai untuk membezakan kuasa Undang Undang Sivil dan Qanun Islami.

Kata kata Miss Fadhlina semasa membicarakan Artikel 121(1A) kini mulai menampakkan benarnya. Mungkin Kes Mohd Ridzuan akan menzahirkan sebuah lacunae yang terdapat dalam Federal Constitutional.

0 comments:

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!