Selasa, 17 Mac 2009

Laa Tahzan

Setiap insan dilahirkan diatas bumi Allah ini bersama dengannya seribu kelemahan. Dan setiap satunya tidak terlepas dari pemerhatian Rabbul Jalil. Maka hiduplah manusia ini dengan kekurangannya dengan harapan setiap kelemahannya akan dimaafkan dan diatasi pada masa kelak. Namun, tertebusnya kelemahan manusia ini tiadalah percuma. Maka dengan qudrat dan iradah nya, dia mendatangkan musibah sebagai peringatan dan kafarah bagi setiap kesilapan mereka.

Sifat Rahman sang pencipta pasti kan datang melegakan hambanya yang tenang dan menyusup jiwa jiwa yang sabar tatkala musibah datang bertamu. Dia telah berfirman didalam kitab yang diturunkan untuk umat akhir zaman ini bahawa barangsiapa yang bertaqwa kepada nya akan ditunjukkan jalan keluar bagi setiap kesukaran. Dan akan dikurniakan rezeki dalam keadaan dia tidak menyangkanya. Demikianlah firman tuhan mu bagi orang yang rindukan janji tuhannya.

Maka ketahuilah bahawa tuhan mu telah menjanjikan padamu dua kesenangan bagi setiap kesukaran. Surah al Insyirah terlakar indah bagi yang memahami maksudnya . Janji yang tidak akan dimunkiri bagi mereka yang mempercayai kalimah Al Haq. Maka tiadalah kalimah lain yang akan diucapkan oleh mereka yang beriman selain Hamdalah tanda syukurnya makhluk yang lemah. 

Kala itulah tercabutnya segala kesedihan dihati mereka. Tiada resah, tiada gelisah  yang melanda. Terasa diri ini fana' dimakan nikmat khusyuk dalam beribadah. Janji tuhan pasti, janji tuhan pasti. Itulah laungan yang bergema dalam hati mereka. Mereka merindu ajal kerna hanya maut yang menjadi hijab antara dia dan cinta nya kepada tuhan. Merekalah Ashabul Yamin.

La Tahzan, la tahzan, la tahzan...

0 comments:

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!