Selasa, 31 Mac 2009

Setelah Berpalingnya Hati...

Satu ketika kan mendatang saat berkhalwat menyendiri, berfikir. Tiada terdaya lagi membawa beban dosa yang tak pernah kurang. Jatuh terduduk tiada yang kisah. Mengapa?... Terpanar menyedari hakikat diri yang kerdil ingin kembali kepada tuhan Nya. Dicapai mashaf, baca. Tiada terkesan di hati yang keras.

Mengapa...



Demikian desir hati sang manusia yang dipercikkan kepadanya serpihan Hidayah yang kan kering saat berlalunya masa. Maka benarlah kalam nabi yang mulia bahawa Islam ibarat bara yang membakar dalam genggaman umatnya. Bilakah detiknya Hidayah ini kan kekal tersemat di kalbu seorang Aku...



Semoga aku tidak kembali berpaling di saat itu. Agar ditenangkan gelora lautan kalbu itu.

Selasa, 24 Mac 2009

Pahlawan Agama

Di masa budi hancur punah
Di waktu Islam hancur musnah
Ku terkenang nabi membawa hidayah
Pahlawan agama yang gagah

Pembawa undang undang yang indah
Penbenteras agama yang salah
Pemimpin umat yang berjasa
Handal pendekar lagi perkasa

Dengan ilmumu yang tajam
Memusnah musuh yang kejam
Biar musuh memutih dibumi
Namun undur tidak sekali

Sungguh kau berhati kota
Bersemangat besi waja
Kau pesuruh Allah tercinta
Wajahmu terbayang di ruang mata

Sejarah tetap menjamin
Jasamu pasti menjadi cermin
Obor semesta negara sentosa
Dua panduan yang di sedia

Panduan Al quran dan Sunnah
Peninggalanmu yang berharga
Dijadikan undang undang dunia
Supaya dunia aman bahagia.




Munsyid : Rabbani
Album : Qiblat

Selasa, 17 Mac 2009

Laa Tahzan

Setiap insan dilahirkan diatas bumi Allah ini bersama dengannya seribu kelemahan. Dan setiap satunya tidak terlepas dari pemerhatian Rabbul Jalil. Maka hiduplah manusia ini dengan kekurangannya dengan harapan setiap kelemahannya akan dimaafkan dan diatasi pada masa kelak. Namun, tertebusnya kelemahan manusia ini tiadalah percuma. Maka dengan qudrat dan iradah nya, dia mendatangkan musibah sebagai peringatan dan kafarah bagi setiap kesilapan mereka.

Sifat Rahman sang pencipta pasti kan datang melegakan hambanya yang tenang dan menyusup jiwa jiwa yang sabar tatkala musibah datang bertamu. Dia telah berfirman didalam kitab yang diturunkan untuk umat akhir zaman ini bahawa barangsiapa yang bertaqwa kepada nya akan ditunjukkan jalan keluar bagi setiap kesukaran. Dan akan dikurniakan rezeki dalam keadaan dia tidak menyangkanya. Demikianlah firman tuhan mu bagi orang yang rindukan janji tuhannya.

Maka ketahuilah bahawa tuhan mu telah menjanjikan padamu dua kesenangan bagi setiap kesukaran. Surah al Insyirah terlakar indah bagi yang memahami maksudnya . Janji yang tidak akan dimunkiri bagi mereka yang mempercayai kalimah Al Haq. Maka tiadalah kalimah lain yang akan diucapkan oleh mereka yang beriman selain Hamdalah tanda syukurnya makhluk yang lemah. 

Kala itulah tercabutnya segala kesedihan dihati mereka. Tiada resah, tiada gelisah  yang melanda. Terasa diri ini fana' dimakan nikmat khusyuk dalam beribadah. Janji tuhan pasti, janji tuhan pasti. Itulah laungan yang bergema dalam hati mereka. Mereka merindu ajal kerna hanya maut yang menjadi hijab antara dia dan cinta nya kepada tuhan. Merekalah Ashabul Yamin.

La Tahzan, la tahzan, la tahzan...

Ahad, 8 Mac 2009

Keranda 152

Berikut adalah laporan khas perhimpunan PPSMI yang diadakan pada 7 Mac 2009.

9.00 am : Helikopter polis kelihatan berlegar di sekitar bandaraya.

9.20 am : Jalan menuju bandaraya mula sesak dari arah Jalan Kuching apabila pihak polis mula mengadakan sekatan jalan raya.

10.04 am : Beberapa kumpulan mulai terbentuk disekitar Pasar Seni.

10.20 am :5 buah trak FRU mulai kelihatan di Dataran Merdeka.

10.35 am :30 anggota polis memperketatkan kawalan di sekitar SOGO

11.20 am : Anggota Polis mulai bertambah kepada 100 orang di kawasan SOGO

11.40 am : Sebuah Helikopter, trak water canon dan lebih 100 orang polis ditempatkan di luar perkarangan Istana Negara.

12.00 pm : Anggota Polis mulai bertambah di kawasan Pasar Seni dan dilengkapi sebuah trak water canon.

12.30 pm : Jalan Klang lama dan Parliament mulai ditutup.

12.45 pm : Keadaan di Masjid Negara masih terkawal namun 50 anggota polis
 kelihatan mengawal lalulintas.

12.45 pm : Lebih 1,500 orang yang hadir dari Kelantan tiba di KL central melalui keretapi bergerak ke tiga lokasi tersebut.

12.50 pm : Kira kira 10,000 orang ,mulai berkumpul di perkarangan Masjid Negara.

1.00 pm : Dr. Hassan memaklumkan  setelah berunding dengan GMP, polis hanya membenarkan 7 orang dengan 3 buah kereta bergerak ke Istana Negara.

1.10 pm : Polis mengarahkan sepanduk PPSMI diturunkan di Masjid Negara.

1.15 pm : Dato' A. Samad Said melahirkan kekesalan apabila dua bas yang membawa wakil orang asli ditahan polis.

1.52 pm : Salahudin ayub , Dato' Mahfuz Omar dan Dr Syed Azman mengetuai Perarakan dari Sogo bersam 1,000 penyokong bantah
an.

2.00 pm : Beberap pemimpin PR berucap dihadapan bagi menaikkan semangat rakyat yang hadir.

2.05 pm : Piahk Polis menghalang beberapa kumpulan di Pasar Seni daripada berarak.

2.10 pm : FRU menghalang rakyat yang berhimpun di Masjid Negara daripada ber
arak ke Istana Negara.

2.15 pm : Namun rantaian sekatan FRU dirempuh oleh rakyat dengan laungan 'Allahuakbar'.

2.20 pm : LEbih 1,000 orang berarak dari Pasar Seni dipimpin Ustaz Abu Bakar Chik.
Para wartawan diarahkan beredar dari kawasan Istana oleh pihak polis. Pihak polis membuat hadangan dihadapan Istana Negara.

2.21 pm : Kumpulan dari SOGO begabung dengan kumpulan dari Dayabumi, dianggarkan lebih 5,000 orang mula bergerak ke Istana Negara.

2.30 pm : Lebih 150,000 orang cuba merempuh sekatan polis ke Istana Negara.

2.35 pm : Pihak polis mula melepaskan berpuluh das gas pemedih mata.

2.50 pm : Gas pemedih mata masih dilepaskan dan polis memberi amaran tangkapan akan dibuat.

2.55 pm : Dato' A. Samad Said  kelihatan berada di pintu pagar Istana Negara. Sebelum itu beliau kelihatan diiringi polis masuk ke perkarangan Istana dan keluar semula kira kira 15 minit selepas itu.

3.00 pm : Ustaz Ridwan Nor mengajak orang ramai kembali ke Masjid Negara memandangkan polis masih melepaskan gas pemedih mata.

3.15 pm : Polis mula menyembur pancutan air dari trak water canon dan melepaskan 5 das gas pemedih mata kepada orang ramai yang sedang berehat di Masjid Negara.

3.25 pm : Sebahgian peserta himpunan tidak dibenarkan masuk ke Masjid oleh pihak polis.

3.45 pm : Setiausaha Agung Pas, Dato; kamaruddiin Jaffar dan Bendahari Pas, Dr Hatta Ramli dihala
ng pihak polis daripada bergerak ke Istana Negara.

5.00 pm : Dilaporkan seramai 124 orang telah ditahan polis.

sumber   ; Harakah Daily

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!