Rabu, 28 Januari 2009

Cuti MidSem ku..





Baru baru ini saya diminta untuk menghadirkan diri bersama jemaah qaryah untuk melawat sahabat surau yang berpindah ke Fraser Hills ( jauh tue ). Dengan keadaan diri yang disibukkan dengan pelbagai assignment, membuatkan diri ini malas menyibukkan diri dengan hal ehwal masyarakat. Selepas diasak ayat ayat berbisa abi, pergi gak lah.

Perjalanan yang memenatkan nie memakan masa 3 jam. Jalan mendaki bukit yang penuh selekoh tajam itu cukup untuk membuatkan orang normal mabuk lantas kepeningan... hehehe... namun banyak pengalaman baru dapat diperoleh antaranya :


1. Rupanya empangan yang ada kat Ampang Pecah tue besar tahap dewa.sebelum nie tengok dari jarak jauh kat sekolah je kat SAMT KKB, tak pernah pegi.)


2. Rupanya jalan nak naik ke Fraser Hill " one way " je, kene ikut jadual kalau nak naik. ( jalan kecik coz lereng tue sempit. )

3. Kat Freser Hills tak ada surat khabar, diorang tak nak hantar. So, kene seludup 
dari tanah rata.

Setibanya kami ke destinasi, kami disambut oleh Haji Hadi di rumah nya dengan penuh ramah.Selesai doa selamat yang dipimpin oleh Imam Musa, kami dijamu dengan makanan yang enak bangat. Demikian kami dirai oleh dia sebaik keraian.

Selepas makan, saya mengambil keputusan untuk meronda sekitar kawasan tanah tinggi ini. Suhu yang mencecah 20 darjah celcius sungguh nyaman. 

berjalan...
melihat...
mentafsir...


Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!