Rabu, 26 Disember 2007




Sure Heboh haram; JIM & ABIM setuju


Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Mufti telah menetapkan pendirian mereka bahawa konsert Sure Heboh yang dianjurkan oleh TV3 haram. Ia dikatakan dapat melalaikan dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda. Kenyataan tersebut telah disambut baik oleh Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)dengan menyanjung pendirian berani mufti-mufti untuk memberi pandangan secara terbuka tentang isu-isu yang penting kepada masyarakat. Menurut Presiden JIM, Zaid Kamaruddin (gambar kanan), amalan ini hendaklah digalakkan agar pandangan agama tersebar luas kepada masyarakat dan masyarakat mendapat bimbingan daripadanya.
Dari segi perjalanan Konsert Sure Heboh itu pula, terdapat suasana yang menggalakkan beberapa perbuatan yang jelas dilarang agama seperti pergaulan bebas, suasana melalaikan, pengabaian solat fardhu, remaja pulang lewat malam, pembaziran masa dan tenaga,jelas Naib Presiden Abim, Yusri Mohamad. Mengenai kritikan yang diterima oleh mufti-mufti tersebut dalam mengeluarkan kenyataan sedemikian, JIM berharap agar kerajaan tidak menghalang para mufti menjalankan tanggungjawab sosial mereka untuk memberi bimbingan terus kepada masyarakat. Bagi JIM, kerajaan seharusnya memberi kepercayaan kepada para mufti yang dilantik oleh kerajaan sendiri untuk mendidik masyarakat. "Adalah tidak munasabah jika mereka dihalang dari membuat kenyataan kepada masyarakat umum", kata Zaid. Justeru, JIM telah meminta agar pihak penganjur utama iaitu TV3 dan para penaja supaya menghormati nasihat Majlis Mufti tersebut. Majlis Mufti dengan jelas tidak mempertikaikan Karnival itu secara keseluruhan tetapi memberi pandangan terhadap konsertnya yang terdapat percanggahan dengan nilai-nilai agama. Memandangkan TV3 akan mengadakan karnival yang lebih besar pada tahun hadapan, JIM telah mencadangkan agar merujuk kepada ulama. Perhatian juga harus diberi kepada masa dan kemudahan yang disediakan seperti kemudahan untuk solat dan pengangkutan pulang. Pergaulan bebas dan persembahan yang membangkitkan nafsu syahwat mesti dihindarkan. Abim pula telah menyatakan kebimbangan mereka dengan kebanjiran program hiburan dan konsert yang dikhuatiri membawa lebih banyak kesan negatif terutamanya kepada generasi muda.
Walaupun hiburan memang sesuatu yang perlu dan diizinkan, namun Abim berpandangan bahawa penekanan dan penonjolannya sudah melebihi kadar yang sepatutnya, kata Yusri yang bertindak sebagai Naib Presiden Abim.
a friend.

0 comments:

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!