MADAH KALAMKU
after a long seclusion
Home
About
Contact
Selasa, 2 Oktober 2007
10 Wasiat Imam Syafie
Posted on 11:25 PG by Ahmad Ridhwan
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUTIaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.KETIGA : HAK KEPADA KUBURIaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIRIaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAWIaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWTIaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan
Categories:
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
0 comments:
Catat Ulasan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Type Speedtest
Visit the
Typing Test
and try!
Search
archive
►
2012
(3)
►
Februari
(1)
►
Januari
(2)
►
2011
(18)
►
Disember
(3)
►
November
(2)
►
Ogos
(2)
►
Julai
(1)
►
Jun
(3)
►
Mei
(2)
►
April
(1)
►
Mac
(3)
►
Januari
(1)
►
2010
(32)
►
November
(3)
►
Oktober
(2)
►
September
(3)
►
Ogos
(3)
►
Julai
(5)
►
Jun
(3)
►
Mei
(2)
►
April
(2)
►
Mac
(4)
►
Februari
(1)
►
Januari
(4)
►
2009
(37)
►
Disember
(3)
►
November
(2)
►
Oktober
(2)
►
Ogos
(4)
►
Julai
(1)
►
Jun
(4)
►
Mei
(5)
►
April
(3)
►
Mac
(4)
►
Februari
(4)
►
Januari
(5)
►
2008
(10)
►
Disember
(6)
►
September
(1)
►
April
(1)
►
Mac
(2)
▼
2007
(4)
►
Disember
(1)
▼
Oktober
(2)
Renungkan Lah
10 Wasiat Imam Syafie
►
September
(1)
Popular Posts
Ummu Hurairah...
Bismillah. Hari ini, aku kesibukan menyemak segala tugasan tugasan yang masih berbaki untuk semester ini. Masha Allah, banyaknya. Maka bermu...
Nik Aziz, Ulama' Warasatul Anbiya'
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya seorang lelaki masuk ke masjid pada hari Jumaat dari satu pintu yang menuju k...
Taman Syurga Asatizah
Bismillah Konvensyen Fiqh Ummah berlalu seminggu sudah. Resolusi demi resolusi yang dibentangkan pada hari itu memberikan gambaran kepada um...
Shout it Out Box
Free Shoutbox
by
ShoutCamp
web
hosting indonesia
indah Tersusun Kalam
A Samad Said
Hazimin Harun
0 comments:
Catat Ulasan