Ahad, 16 Januari 2011

Ustaz Siber Muqallid Alam Nyata

Bismillah...

Setelah hampir dua bulan blog ini sunyi, tanpa sebarang post bermanfaat buat semua, pertama tamanya izinkan pemilik blog memohon ampun. Terlampau banyak taklifat dan mawani' (halangan) yang tak dapat diri ini elakkan. Maka setelah sekian lama, diri terasa perlu untuk kembali ke medan dakwah siber.

Perutusan kali ini ingin membincangkan tentang suatu fenomena yang telah terlalu lama sejarah perbahasannya. Tetapi rasanya perlu diulas semula dengan input input semasa. Ruangan ruangan dunia siber dewasa ini banyak menyediakan platform untuk muslim mukmin berdakwah dan menyebarkan ilmu islam. Internet menjadi suatu lapangan yang terbaik buat perkembangan islam.

Beberapa minggu lalu, diri ini terasa telah menemui kekurangan dan kelemahan lapangan internet yang terbentang luas. Ya Allah, bahaya benar lapangan ini sebenarnya. Ternyata agenda musuh musuh islam dalam menyediakan lapangan ini telah menampakkan kesan keatas diriku yang cuba untuk menegakkan syiar islam. Tak kusangka begitu licik perancangan mereka. Ya Allah bantulah hambamu ini untuk mengatasi kelemahan diri.

Disember lalu, diri ini telah keluar bersama ahli ahli usrah untuk turun kemedan dakwah sebenar. Turun menemui sasaran sasaran dakwah. Berbekalkan pengisian pengisian yang dipupuk sejak awal, diri yakin untuk berdakwah secara terang terangan. Kawasan sasaran pertama adalah remaja remaja dikawasan Wangsa Maju dan sekitarnya. Berlatar belakangkan pendidikan asas dan Fardhu Ain, remaja remaja ini sering terkhilaf dalam membezakan halal haram tuhan.



Kumpulan pertama terdiri daripada naqib sendiri dan 2 orang lagi teman. Kami berempat menuju ke kawasan pusat membeli belah di Alpha Angle. Selain daripada membuat sedikit sesi temu ramah untuk questionnaire kami cuba untuk memberikan kesedaran kepada mereka. Akhirnya tiba giliran diri untuk memberikan sedikit tazkirah kepada mereka. Ya Allah engkau sahaja tahu akan kondisi ku saat itu. Lidah ku kelu dan tidak dapat memberikan mauizah kepada mereka. Ternyata bagiku, penulisan teramatlah mudah berbanding ucapan dari mulut.

Akhirnya ku sedari ruangan blog yang sering kulempiaskan sebagai medium dakwah tidak sama sekali membantuku untuk menyedarkan masyarakat. Ruang dunia siber telah mematikan kemahiran ku untuk memberikan satu sesi persuasive speech kepada sasaran dakwah. Perkara yang sama kudapati kepada penggemar penggemar laman web sosial Facebook. Mereka yang aktif memberikan komen, berkomentar seakan dia lah jaguh, adalah seorang yang pendiam, penakut dan hidup tanpa memberikan sumbangan kepada masyarakat sekeliling.



Minggu lalu, diri ini sempat berbicara dengan Umar tentang kebaikan internet sebagai penambah dan penjaga ilmu. Statement beliau membuatkan diri berfikir panjang dan berakhir dengan kekeliruan yang bercelaru, memang dah standard Umar jauh lebih tinggi berbanding diri. " Internet bukanlah medium menambah ilmu, malah medium menghancur jahanamkan ilmu." Pusing kepala memikirkan penjelasan logikal dengan statement sedemikian.

Akhirnya bila ditanyakan locus standi nya, ujar beliau bahawa akan sampai suatu masa diamana Dajjal terbit di bumi, maka segala sistem akan musnah dan perlunya rujukan rujukan ilmu itu berteraskan hasil penulisan diatas lembaran kertas dan kitab kitab turath. Maka ternyata disaat itu, blog ini tidak akan dapat lagi dirujuk atas segenap kekhilafan. Maka pada saat itu, Ustaz alam siber akan bertukar statusnya kepada muqallid yang tidak mempunyai masdar rujukan ilmu.

Wallahua'lam...

Isnin, 22 November 2010

Memoir Memali Mati Demokrasi

Bismillah



"...Ku Pulangkan Sejarah Kepada masakini

Kujernihkan Dosa Menyegar benih budi

Memali yang luka Kembali Bermaruah

Ku syahdukan doa Ke wira tercedera

Ku pahat nisan mereka Dengan abjad bahagia

Memali yang bersejarah Masakini bermaruah..."

- A. Samad Said -

Sejarah.

Ust. Ibrahim Libya dituduh menyebarkan ajaran sesat di Baling, Kedah. Beliau turut dituduh cuba menggulingkan kerajaan. Maka perintah tahanan ISA telah dikeluarkan keatas beliau. Atas dasar menolak akta zalim itu, penduduk kampung keluar untuk mempertahankan beliau. Pada 19 November 1985, Tun Musa Hitam mengerah ratusan polis ke Baling. FRU dan senjata berat seperti M16 turut dibawa. Dalam peristiwa ini, Ust Ibrahim dan 14 orang kampung telah dibunuh dan 4 orang polis maut.

Undang Undang.

ISA adalah akta yang membenarkan kerajaan untuk menahan sesiapa yang dirasakan akan mengancam keamanan negara. Akta ini digunakan jika tidak terdapat bukti yang kukuh untuk menahan tertuduh dan membawa tertuduh kemuka pengadilan. Maka dapat disimpulkan disini bahawa Kerajaan Malaysia pada masa itu cuba menangkap seorang rakyatnya malah membunuh tampa bukti yang kukuh atau yang lebih tepat tiada bukti langsung.

-Al Fatihah...-

Sabtu, 20 November 2010

Indah Dimata Cantik Berpahala

Bismillah...

Jam menunjukkan 12.30 tengah malam.... Bersama segala kekusutan yang kuhadapi, akhirnya selesai jua kami menyiapkan "Written Submission" @ hujahan bertulis untuk dihantar ke Universiti Malaya petanda selesai mooting bahagian satu. Pening berpinar pinar ku redahi bangunan Fakulti Syariah Undang Undang menuju parkir motorsikal.



Separuh terkejut, Pak Cik Guard menegur aku : "Uih dik, tengah tengah malam pun tak balek umah lagi....? Ramai lagi ke kawan kamu yang masih dibangunan fakulti?". Senyum toya ku lempar: "Baru nak balek lah ni Pakcik, ade tiga orang lagi kawan saya di bilik operasi mooting..." Salam ku beri enjin motor ku hidupkan.

Tiba dirumah, Muim masih belum tidur. Entah ape yang dibuat tengah malam ni masih belum terlena sedangkan baru tiba dari Perak jam 9 tadi. Television masih hidup dan terdengar suara yang ku kenali dari kaca tv. Owh ustaz favorite ku bersiaran di rancangan Tanyalah Ustaz. Tetamu Undangan malam ini adalah Dr. Zulkifli Al Bakri.

Seorang penonton bertanya: "Ustaz, dalam kehidupan modern berfesyen dewasa ini, Boleh kah ustaz terangkan fesyen bagaimana yang digemari tuhan dan berpahala dan cantik yang bagaimana islam benarkan...?" Senyum dr. mendengar persoalan sedemikian. Secara ringkas, ini adalah respons dari Dr. Zulkifli...

"Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Nabi kita juga menggalakkan umatnya untuk menjadi cantik, tetapi cantik dihadirkan bersama batas batasnya. Dalam perihal pemilihan calon pasangan kita, nabi sendiri ada menyatakan cantik sebagai satu kriteria calon yang baik. Tetapi datang selepas itu penegasan dari nabi yang berbunyi: "Maka pilihlah dari agamanya, maka engkau akan dapati keindahan yang menggegarkan". Dalam perihal fesyen pula, pertama islam menggariskan perihal niat. Jika niat kita untuk menzahirkan izzah islam, maka pahala akan menyusuri kita. Dan fesyen atau gaya itu tidak islam ketatkan kerana asalkan ia mengikut ciri ciri pakaian islam seperti tidak ketat, tidak menampakkan tubuh badan, maka sudah memadai."



Gelak kecil hati ini mendengar respon dari ustaz dengar loghat terengganu nya. Akhirnya ku lelapkan mata pada malam itu dengan bayangan bayangan fesyen islam dengan segala yang menepati syariah. Oh indahnya....



Wallahua'lam...

Rabu, 10 November 2010

Sekali lagi

Bismillah...

Allah, tiadalah pernah engkau meninggalkan hamba sendirian. Hari ini hamba masih lagi dibangunkan dari pelayaran mimpi yang ternyata mainan syaitan. Sekali lagi bermula kitaran masa yang memerlukan perancangan jitu. Setiap masa setiap detik, semoga dapat diisi untuk mengingati mu tuhan.



Study week. Bukan semua pelajar memanfaatkan masa yang singkat ini. Ku perhati teman seisi rumah, ada yang menghilang untuk mencari lembah lembah sunyi untuk mengulang kaji. Maka tatkala pulangnya diri, puas sudah ilmu ditekuni baik. Ada juga yang menghilang untuk mencari rumah rumah teman lain yang mempunyai sambungan internet yang pantas.

Semestinya jika ditemui, maka Facebook lah yang pertama dikunjungi. Disusuli dengan carian movie movie yang baru dan diakhiri dengan YM sehingga ke awal subuh. Subuh entah ke mana tuan punya diri entah kemana. Maka mufaraqah lah hamba itu dari solatnya sebagai mana rutin. Oh puas sudah mulut ini menegur.




Namun bagi aku, Study week kali ini bukanlah study week yang dapat diisi dengan sebaik mungkin. Pertembungan masa antara Final Exam dan International Humanitarian Law (IHL) competition ternyata menggangu aliran pembelajaran aku. Alhamdulillah Fasa penghujahan bertulis telah kami harungi dan telah dihantar ke pihak penganjur di Universiti Malaya. 9 December 2010 menjadi hari untuk kami berentap bersama sama universiti lain untuk mara ke peringkat akhir di Hong Kong.




Esok, sekali lagi masa ini akan berulang, tetapi tiadalah ia mengulang sama ruang yang telah berlalu. Semoga masa yang diberikan kepada seluruh umat ini dapat dimanfaatkan. Khusus kepada semua pelajar USIM yang bakal menduduki peperiksaan akhir, selamat manjawab peperiksaan dengan sagala ketenangan yang dapat dikumpul.

Wallahua'lam...

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!