Khamis, 29 Disember 2011

Ittaqullah...

Bismillah.Ketahuilah wahai saudara, jika anda takutkan pemerintah, pemerintah akan mati. Jika anda takutkan kegelapan, kelak kan terbit sang mentari. Jika anda takutkan kemiskinan, dengan usaha akan hadir rezeki. Jika anda takutkan kehinaan, ketahuilah bahawa serata makhluk sama nilai disisi ilahi. Jika anda takutkan peperiksaan, fahamilah bahawa ia tidak lebih dari helaian helaian kertas sekadar menguji. Tetapi jika anda takutkan Allah, segala...

Rabu, 7 Disember 2011

Ummu Hurairah...

Bismillah.Hari ini, aku kesibukan menyemak segala tugasan tugasan yang masih berbaki untuk semester ini. Masha Allah, banyaknya. Maka bermulalah Assignment Marathon yang pasti penuh dengan keluhan dan sifat bermalas malasan. Seusai mengupdate al wajibat di fakulti, aku tidak bercadang untuk bersiar siar lagi dikawasan universiti. Ku hidupkan enjin, kurempuh keluar gerbang Usim. Melihat adik adik Tamhidi bergembira menuju library membuatkan ku cemburu...

Sabtu, 3 Disember 2011

Rabbana Zidna Ilman Naafi'aa

Bismillah.Petang semalam, aku bergegas untuk ke DKP 4 untuk persediaan multi media Usim Mock Trial. Seusai solat jumaat, ku pecut laju kuda hitam ku untuk pulang mengambil laptop dirumah. Sedang aku mengelak elak kereta yang sedang tersangkut dek kesesakan lalulintas , kudapati ade sebentuk awan komulonimbus gah diatas. "Oh sudah..." bisik hati. Hujan pasti turun dengan lebat. Kutambah kelajuan, kutambah fokus agar lebih berhati hati dalam menyelit...

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!