Khamis, 30 April 2009

Iktibar Resmi Lebah

Sesungguhnya tiadalah sesuatu yang diciptakan Allah sia sia. Penciptaan tuhan yang paling agung adalah manusia yang dikurniakan kepada mereka akal sebagai pembeza antara mereka dan haiwan. Akal yang dikurniakan seharusnya digunakan untuk mentakwil setiap penciptaan tuhan itu. Lebah adalah sejenis serangga yang mempunyai tiga sifat yang patut manusia nilai dan menjadi iktibar dalam seumur hayat.

Pertama, dimana sahaja mereka hinggap, mereka tidak akan merosakkan tempat tersebut. Meskipun madu diambil dari bunga, namun bunga dan dahan tidak pula dipatahkan. Demikian sifat lebah yang zahirnya menggerunkan namun bersopan sesama makhluk. Manusia walau dikurniakan akal yang waras namun selalu digunakan kearah yang salah. Nabi bersabda dalam sebuah hadith yang berbunyi : Seburuk buruk manusia ialah orang yang tidak diharapkan kebaikan darinya dan tidak aman dari kezalimannya.

Sifat lebah yang kedua ialah mereka mengambil dan mengeluarkan yang baik sahaja. Maksudnya mereka hanya mengekstrak sesuatu yang baik untuk kegunaan mereka yaitu madu sebagai makanan mereka. Manusia sering berlaku zalim kepada alam dan tidak bertanggungjawab atas kesalahan mereka. Allah berfirman dalam Alquran yang berbunyi : Sesungguhnya telah zahir kerosakkan didarat dan dilaut kerana tangan  tangan manusia. Demikianlah kelakuan menusia yang sering melakukan kerosakkan.

Ketiga, Lebah ialah makhluk tuhan yang bersifat defensive untuk mencari kemaslahatan bersama. Tiadalah ia bersifat mengganggu. Namun apabila diganggu, maruah perlu dipertahankan. Bersama jemaah mereka bergerak menuntut harga diri agar tidak diinjak. Walaupun makhluk yang menggangu mereka terjun kedalam air, mereka akan terus menunggu mereka keluar sehingga merasakan ia cukup sebagai amaran tanda kesatuan. Demikian sifat lebah dalam kehidupan mereka sehari hari.

Selaku seorang muslim dan khalifah yang memikul amanah rab diatas muka bumi, sifat sifat mahmudah harus disemai agar kelak menjadi sebuah aset yang bisa mendorong golongan sasaran dakwah dan terpesona dengan akhlak islami yang lahir dari tarbiyah yang utuh dan dapat menyinarkan lagi sinar islam yang semakin malap dizaman fitnah.

1 comments:

Mohd Hazimin Harun berkata...

salam

uniknya an-nahl

jom jadi lebah

roomate aku dah jadi semut, aku nak jadi lebah aar..

boleh sengat dia

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!