Khamis, 29 Januari 2009

Obama , kawan @ lawan

Presiden baru US, Barrack Hussein Obama, telah memulakan satu era baru untuk America. Dia diishtiharkan sebagai pemimpin baru negara itu setelah memenangi pilihanraya yang telah diadakan pada tahun lepas. Kontroversi demi kontroversi menyelubungi penabalan presiden baru america ini. Agenda mereka masih diragui dunia. Slogan yang dibawanya kini berbunyi " America bukan musuh Islam" menjadi tanda tanya besar buat ummah.

President Iran, Mahmoud Ahmadin Nijad, turut memberi reaksi yang baik atas usul yang diutarakan oleh Obama untuk melakukan perubahan dalam polisi mereka terhadap Islam. Namun president negara shiah itu turut menuntut maaf dari america atas segala kesalahan yang telah mereka lakukan pada masa lampau. Beliau turut menyeru Obama untuk memberhentikan hubungan erat antara America dan Israel untuk tujuan itu.

Antara langkah positif yang diambil oleh Obama ialah dengan menutup Kem Tahanan Tentera di Guantanamo. Mungkinkah Obama adalah sinar baru untuk hubungan baik Islam dan America? Tetapi mengapa Al Jazeera enggan menyiarkan pita rakaman atau mengulas tentang ulasan obama kepada negara islam? Adakah Al Jazeera mengetahui agenda sebenar Obama? Atau adakah dia Mustafa Kamal Attartuk zaman milennia?

Allahu A'lam..-End-

Rabu, 28 Januari 2009

Cuti MidSem ku..





Baru baru ini saya diminta untuk menghadirkan diri bersama jemaah qaryah untuk melawat sahabat surau yang berpindah ke Fraser Hills ( jauh tue ). Dengan keadaan diri yang disibukkan dengan pelbagai assignment, membuatkan diri ini malas menyibukkan diri dengan hal ehwal masyarakat. Selepas diasak ayat ayat berbisa abi, pergi gak lah.

Perjalanan yang memenatkan nie memakan masa 3 jam. Jalan mendaki bukit yang penuh selekoh tajam itu cukup untuk membuatkan orang normal mabuk lantas kepeningan... hehehe... namun banyak pengalaman baru dapat diperoleh antaranya :


1. Rupanya empangan yang ada kat Ampang Pecah tue besar tahap dewa.sebelum nie tengok dari jarak jauh kat sekolah je kat SAMT KKB, tak pernah pegi.)


2. Rupanya jalan nak naik ke Fraser Hill " one way " je, kene ikut jadual kalau nak naik. ( jalan kecik coz lereng tue sempit. )

3. Kat Freser Hills tak ada surat khabar, diorang tak nak hantar. So, kene seludup 
dari tanah rata.

Setibanya kami ke destinasi, kami disambut oleh Haji Hadi di rumah nya dengan penuh ramah.Selesai doa selamat yang dipimpin oleh Imam Musa, kami dijamu dengan makanan yang enak bangat. Demikian kami dirai oleh dia sebaik keraian.

Selepas makan, saya mengambil keputusan untuk meronda sekitar kawasan tanah tinggi ini. Suhu yang mencecah 20 darjah celcius sungguh nyaman. 

berjalan...
melihat...
mentafsir...


Sabtu, 17 Januari 2009

Pilihan Raya Kecil KT

Pilihan Raya kecil Kuala Terengganu menampakkan selangkah lagi kemenangan Islam apabila calon Pas, Abdul Wahid Endut berjaya merampas sebuah kawasan taklukan BN. Dengan majoriti undi sebanyak 2631, Kuala Terengganu terlepas dari genggaman parti kerajaan. Check n balance dan siri bedah siasat perlu dijalankan untuk mengkaji perspektif baru rakyat Kuala Terengganu kepada kerajaan. Segala usaha kerajaan untuk mengekalkan kerusi ternyata gagal. Pilihanraya kali ini juga tidak pernah sunyi dari isu isu kontriversi.

Isu isu ini mungkin menjadi penyebab utama yang merubah keputusan rakyat. - END

Jumaat, 16 Januari 2009

Demo Untuk Mu palestin.

Pada 13 Januari lalu, Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) telah menganjurkan sebuah siri rapat umum untuk membantah kekejaman tentera zionis Israel menggempur Gaza. Perhimpunan yang julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan yang sangat baik oleh para mahasiswa dan staff.

Perhimpunan ini telah disuarakan oleh Dato' NC sendiri dan dilaksanakan oleh ahli jawatan kuasa penggerak Seketriat Pendakwah Muda Malaysia. Perarakan pertama USIM ini dianggap bersejarah kerana ia adalah rapat umum pertama sejak diiktiraf sebagai universiti. Sebermula pada perhimpunan pada jam 9, kami mulai bergerak daripada bangunan Censelori ke stadium tertutup Nilai sambil melaungkan slogan dan kutukan terhadap kekejaman rejim.

Walaupun berkali-kali kami( SPMM ) diingatkan agar tidak menggunakan kalimah kalimah yang mungkin mencetuskan kontroversi, namun laungan takbir tetap bergema memaparkan semangat para mahasiswa muslim tidak akan goyah walau diasak bermacam cara.

Kepada semua jentera penggerak SPMM, saya mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kerana berjaya mencetus perubahan khususnya berkenaan dengan kebebasan dan hak mahasiswa untuk bersuara. Semoga kita berjaya memacu Islam ke puncak kemenangan.


* pada hari jumaat ini bersamaan 16 januari, sebuah lagi demonstrasi akan berlangsung di perkarangan Masjid Perdana Nilai seusai solat jumaat. kepada yang berkesempatan diharap dapat menghadirkan diri untuk sama sama kita menzahirkan bantahan kita kepada dunia.*

Ahad, 11 Januari 2009

Tanah Jihad Palestina

Telah beberapa hari berlalu sejak tanah suci Al Quds dihujani dan dimamah tujahan peluru dan bom dari zionis Israel laknatullah alaihim. Jumlah nyawa yang terkorban meningkat tampa sebarang tanda akan berhenti. Genjatan senjata selama tiga jam dianggap mainan zionis untuk memperkecilkan dan menghina umat yang digelar sebaik umat ini. Betapa lemahnya umatmu ini ya Rasulallah yang tidak mampu untuk berhadapan dan membantu saudaranya yang memerlukan disana.

Tindakan kejam rejim zionis membedil semenanjung gaza tidak dapat dihalang oleh mana mana kuasa besar dunia. Bumi kelahiran Imam Syafi'e itu banjir ditenggelami darah insan yang tidak bersalah. Genocide dan jenayah perang menjadi rutin harian tentera Israel. Ternyata mereka telah tidak lagi merasa gerun tatkala mendengar kalimah Islam yang pernah menguasai dunia. Kita diinjak, kita dihina, kita diperlakukan seperti binatang. Mengapa pertolongan Allah tidak juga berkunjung tiba?

Dalam nyenyak tidur para penguasa negara boneka islam, dia tidak pernah termimpikan saudaranya yang sedang dalam keadaan siap siaga untuk melindungi keluarganya dari serangan pihak musuh. Pada mereka, isu ini hanyalah sebuah rumour yang sengaja diada-adakan untuk mengganggu tidurnya yang lena. Mana ada perang dizaman modern ni. Kalu ada pun, apa kena mengenanya dengan aku? Mind your own bisness lah... OIC ( Ooh I See ) pula sibuk membincangkan isu untuk mengalihkan perhatian mereka dari perihal politik kepada ekonomi. Ini melambangkan kita zalim dengan amanah yang diberi dengan tidak menunjukkan tindakan yang lebih drastik dan serius berhubung isu Pelestin.

Adakah laungan Intifadhah ke-3 akan mengejutkan mereka? Adakah mereka akan datang bersama seribu Solehuddin Al Ayubi? Adakah mereka sanggup meninggalkan dunia yang mereka genggam selama ini? Dunia yang menjadi sebab lahirnya meraka kedunia yang fana' ini.
Adakah Palestina akan kembali damai dibawah naungan kerajaan Islam yang adil dan dipimpin oleh khalifah setanding Umar Abdul Aziz? Atau inilah perang yang bakal membangkitkan IMAM MAHDI dan Nabi Isa?


Semoga doa saudaramu dari seluruh dunia akan membantumu wahai mujahiddin. Semoga laungan dan demonstrasi yang sedang bergema di segenap pelusuk alam dapat didengarimu wahai mujahiddin. Semoga segala sedekah dan bantuan yang kami salurkan akan sampai ketanganmu wahai mujahiddin. Semoga kami dapat bersama mu menakluk semula tanah suci palestina wahai mujahiddin. Semoga dikurniakan shahid dan diterima disisi Allah segala amalanmu wahai mujahiddin. SEMOGA...

Khaibar Khaibar ya Yahud...!!!
Jundul Muhammad Saufa Yau'd...!!!
Khaibar Khaibar ya Yahud...!!!
Jundul Muhammad Saufa Yau'd...!!!

Wahdah Wahdah Islamiyah...!!!
La Syarqiayah La Gharbiyah...!!!
Wahdah wahdah Islamiyah...!!!
La Syarqiyah La Gharbiyah...!!!

Allahu Akbar....

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!