Khamis, 8 Julai 2010

Istirehatkan Dirimu Dari Kerisauan Taqdir

Pendaftaran kursus bermula semalam. Seusai aku klik butang daftar, ku lintasi senarai subjek untuk semester ini. Subhanallah, giler takut aku pagi itu. Subjek subjek yang tajuk nya berbunyi berat perlu ku telan bulat bulat semester ini. Ini adalah list subjek tahun 3 semester 1 mahasiswa Sarjana Muda Syariah dan Undang Undang.

1. SIYASAH SHAR`IYYAH
2. ISLAMIC LAW OF BANKING AND TAKAFUL
3. FIQH AL-JINAYAT
4. CRIMINAL LAW I
5. FAMILY LAW
6. EQUITY AND TRUST I
7. LAW OF BANKING AND SECURITY
8. PENGAJIAN HALAQAH

Terasa nak tukar kursus pun ade.....

Namun perlu ku utuhkan dalam hati, bahawa inilah yang ku pilih sejak mula menuntut ilmu dibumi USIM. Maka ingin aku berpesan buat entah keberapa kali, kepada diri dan semua tholibul ilmi, agar niat perlu diperbaharui. Terkesan dek keputusan peperiksaan yang pasif, walau selepas usaha luar biasa ku aplikasi, ternyata strategi pengajian ku terpaksa diselidik semula.

Meratapi keputusan baru baru ini, ku terbaca kitab Al Hikam Karangan Syeikh Atho'illah Assakandari. Sebaris ayat dari kitabnya berpesan:

"سوابق الهمم لا تخرق أسوار الأقدار "

"Kekerasan perjuangan itu, tidak dapat menembusi tirai taqdir"

Turut ku teringat suatu peristiwa yang berlaku keatas saidina Umar Khattab saat beliau bersama kafilahnya bermusafir. Ditakdirkan Allah, perjalanan beliau memaksa beliau dan kafilahnya untuk melintasi sebuah perkampungan yang dilanda wabak. Maka beliau pun berikhtiar untuk mengambil jalan yang jauh dan tidak melintasi perkampungan itu.

Maka bertanya seorang sahabat kepada beliau: "wahai Umar, apakah engkau ingin melarikan diri daripada takdir yang telah Allah tetapkan untuk dikau?". Umar menjawab: "Aku melarikan diri dari satu Taqdir Allah, dengan izin dan taqdir Allah, Kearah satu lagi Taqdir Allah"

Kedua dua peristiwa ini memberikan gambaran kepada kita bahawa semua yang terjadi telah berada didalam pengetahuan dan taqdir Allah. Urusannya dalam mentadbir alam tiadalah kita manusia mempunyai kuasa untuk mengganggu. Allah telah menerangkan kepada kita dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 yang berbunyi: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib satu satu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri."





" Klas Law of Contract En Afifi Tahun 2 Sem 2 2010"

8 comments:

Fazareez Fauzi berkata...

"Minta yang Mahu, Dapat yang Perlu"

Ahmad Ridhwan berkata...

Assalamualaikum,

mendalam ayat yang enta beri,

ana dalam usaha utuk tidak terlalu meminta, dan redha dengan ape yang dikurnia.

Mula mendalami maksud nama yang dihadiahi ibu kepada ku....(bukan bobo tapi Ridhwan)

adele berkata...

seringkali aku melarikan diri dari takdir,tetapi ia tetap takdir.

keep struggling then Allah will be giving~

Ahmad Ridhwan berkata...

tak ramai yang mencuba tapi enti telah ditaqdirkan untuk terus mencuba melarikan diri dan memperbaiki...

"keep struggling then Allah will be giving"

something to adore for....

inniakhofullah berkata...

"tak ramai yang mencuba tapi enti telah ditaqdirkan untuk terus mencuba melarikan diri dan memperbaiki..."

melarikan diri drpd apa?

Ahmad Ridhwan berkata...

daripada sesuatu yang dirasakan tidak baik kepada lebih baik.... insya allah dengan taqdir nya

Fazareez Fauzi berkata...

Ridhwan=malaikat penjaga pintu Syurga..

moga beroleh Syurga abadi...

Mohd Hazimin Harun berkata...

Duang Bobo..sejak kecil lagi anggun dengan jambang beliau yang dijaga rapi.

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!