Memaparkan catatan dengan label Kawan Kawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kawan Kawan. Papar semua catatan

Sabtu, 20 November 2010

Indah Dimata Cantik Berpahala

Bismillah...

Jam menunjukkan 12.30 tengah malam.... Bersama segala kekusutan yang kuhadapi, akhirnya selesai jua kami menyiapkan "Written Submission" @ hujahan bertulis untuk dihantar ke Universiti Malaya petanda selesai mooting bahagian satu. Pening berpinar pinar ku redahi bangunan Fakulti Syariah Undang Undang menuju parkir motorsikal.



Separuh terkejut, Pak Cik Guard menegur aku : "Uih dik, tengah tengah malam pun tak balek umah lagi....? Ramai lagi ke kawan kamu yang masih dibangunan fakulti?". Senyum toya ku lempar: "Baru nak balek lah ni Pakcik, ade tiga orang lagi kawan saya di bilik operasi mooting..." Salam ku beri enjin motor ku hidupkan.

Tiba dirumah, Muim masih belum tidur. Entah ape yang dibuat tengah malam ni masih belum terlena sedangkan baru tiba dari Perak jam 9 tadi. Television masih hidup dan terdengar suara yang ku kenali dari kaca tv. Owh ustaz favorite ku bersiaran di rancangan Tanyalah Ustaz. Tetamu Undangan malam ini adalah Dr. Zulkifli Al Bakri.

Seorang penonton bertanya: "Ustaz, dalam kehidupan modern berfesyen dewasa ini, Boleh kah ustaz terangkan fesyen bagaimana yang digemari tuhan dan berpahala dan cantik yang bagaimana islam benarkan...?" Senyum dr. mendengar persoalan sedemikian. Secara ringkas, ini adalah respons dari Dr. Zulkifli...

"Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Nabi kita juga menggalakkan umatnya untuk menjadi cantik, tetapi cantik dihadirkan bersama batas batasnya. Dalam perihal pemilihan calon pasangan kita, nabi sendiri ada menyatakan cantik sebagai satu kriteria calon yang baik. Tetapi datang selepas itu penegasan dari nabi yang berbunyi: "Maka pilihlah dari agamanya, maka engkau akan dapati keindahan yang menggegarkan". Dalam perihal fesyen pula, pertama islam menggariskan perihal niat. Jika niat kita untuk menzahirkan izzah islam, maka pahala akan menyusuri kita. Dan fesyen atau gaya itu tidak islam ketatkan kerana asalkan ia mengikut ciri ciri pakaian islam seperti tidak ketat, tidak menampakkan tubuh badan, maka sudah memadai."



Gelak kecil hati ini mendengar respon dari ustaz dengar loghat terengganu nya. Akhirnya ku lelapkan mata pada malam itu dengan bayangan bayangan fesyen islam dengan segala yang menepati syariah. Oh indahnya....



Wallahua'lam...

Rabu, 28 Julai 2010

Buat Buat Sibuk...

Bismillah...

Sibuk. Betul betul sibuk. Blog pun dah lama tak update. Banyak sangat perkara yang mengheret aku agar tiadalah masa yang singkat ini ku buang tampa manfaat. Sia sia. Awal semester kali ini agak lain dari semester terdahulu. Kebiasaannya aku adalah kaki ponteng program. Tulislah apa apa ancaman pun, takkan aku peduli. "WAJIB, KEDATANGAN ANDA DIAMBIL".... Jikalau inilah perkataan yang ditampal diposter, maka aku akan rasa bertanggungjawab untuk mengajak rakan rakan yang sekepala dengan aku untuk boikot.

APA... INGAT UNIVERSITI NIE SEKOLAH KE ???? PIIRAHHH!!!

Entah bagaimana, entah apa asbab nuzul, tahun ini aku pula menyibukkan diri dalam menganjurkan program. Publisiti sesuatu program akan menjadi tanggungjawab aku. Secara tak langsung, Adobe Photoshop lah peneman setia. Walaupun tak lah semahir bekas housemate aku (Mat Zang), tapi hasil hasil seni ciptaanku boleh dianggap cantik sikit daripada hodoh.....

Untuk membuktikan ada prima facie kes dalam title post blog kali ini, saya akan lampirkan bukti bukti yang menyokong kes dari premise kami.....

PROGRAM BENGKEL HALATUJU SLC




Nama Program: Bengkel Hala Tuju Kelab SLC 2010
Penganjur: Syariah And Law Club (SLC) Society
Tempat: Dewan Kuliah Fakulti, Fakulti Syariah dan Undang Undang, USIM
Tarikh: 21st July 2010

Describtion: Bengkel bertujuan untuk menetapkan halatuju kelab untuk tempoh lima tahun mendatang. Ditugaskan sebagai Head Researcher untuk External Environment Analysis dan Moderator untuk sebuah bengkel.

SPECIAL TALK ON AUKU 2009 AMMENDMENT



Nama Program: Special Talk on AUKU 2009 Ammendment
Penganjur: Karnival Mahasiswa, Majlis Perwakilan Pelajar USIM
Tempat: Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM
Tarikh: 22nd July 2010

Description: Syarahan AUKU oleh Prof. Dr. Azmi Sharom bertujuan untuk memberikan penerangan tentang hak hak mahasiswa yang patut mahasiswa tegakkan. Turut menyentuh sedikit tentang sejarah AUKU dan bagaimana ia menyekat hak mahasiswa dari sudut sisi Perlembagaan Persekutuan. Ceramah yang telah menghancur lumatkan pengaruh dan campur tangan HEP universiti terhadap hak mahasiswa, dan bagaimana HEP sebagai anak hasil pengenalan AUKU di Malaysia. Ditugaskan sebagai PIC dan Mr Chairperson padamalam itu.

FSU LEGAL WEEK MOCK MOOTING



Nama Program: Syariah and Civil Mock Mooting
Anjuran: Syariah and Law Club (SLC) Law Society
Tempat: Moot Court Fakulti Syariah dan Undang Undang USIM
Tarikh: 29th July 2010 (tomorrow)

Description: Mock Trial (perbicaraan olok olok) ini dianjurkan untuk mendedahkan para pelajar akan procedure dan tatacara mahkamah. Terbahagi kepada dua sesi, 9-11 am adalah sesi untuk mahkamah sivil dan 3-5pm adalah sesi untuk mahkamah syariah. Civil Trial akan dipersembahkan oleh team International Humanitarian Law (IHL) 2009. Pasukan ini telah berjaya menduduki tempat kedua dalam pertandingan peringkat kebangsaan antara School of Law yang ada di Malaysia. Perbicaraan kali ini akan membincangkan isu genocide yang berlaku keatas sebuah negara. Manakala sesi kedua akan diwakili oleh Juara bagi pertandingan Syariah Mooting Competiton 2009 dan akan membawa isu harta sepencarian dalam islam. Ditugaskan sebagai PIC untuk kedua dua program.

Ya memang nampak sibuk, tapi lebih kepada buat buat sibuk...

Selasa, 13 Julai 2010

Am I a Lawyer to be....

It almost three years, since the day i start reading law. My friend from Darul Quran had completed his quest to become Hafizul Quran in three years. Another friend had complete his course of culinary at PTPL. Also my neighbour is in his final semester of Software Engineering from Cosmopoint. The point is what had i achieve so far from a long traveling course of five years?

Third Year of Syariah And Law Degree, i am in the right spot in the middle of my course. I thought that maybe, i should start to be rational and in the same time logical to analize what is the outcome that i manage to benefit from this faculty.

USIM Faculty of Syariah and Law, provide a double major course. Both Syariah and Law in one year for five years. Slightly different from the one in UIA, where they read law (civil) for four years and extra one year for those who interested in persuing their study in Syariah field. But not at USIM. It is compulsary for us to complete five years of reading law and studying syariah subject without exception.



"I've always been afraid I'd screw up our lives so badly we'd need a backup plan. And that plan is right hear...!" say Homer Simpson in 2007 The Simpson movie. I've asked my friend, what would they do if the future is not as they had planed? What if they screw up their final exam and get expelled from the university and there is no hope of continuing their study in anyway be.

Ill be a rally driver say Azim....



Ill be a photographer say Hazimin...



Sulaiman would like to open Silat University...lol







and For Sure Syafiq MSIO will proceed with his Storm Reader



But the main question is, what about me....



would I become a strict magistrate which blow out lawyers from my court.....

Jumaat, 18 Jun 2010

Something About That 1%...

Bismillah....

“Hish hantu nieh ade lagi…. Time aku kat cafĂ© pun die ade, time aku exam, boleh pulak die duduk sebelah aku, kusut kusut ….. ape tak de ke puaka puaka lain yang mahu melintas depan aku…..dah lah muka macam jambatan under construction…..ughh, kejinya….” . Inilah tanggapan pertama kebanyakan individu saat bertembung dengan seseorang yang tidak berkenan dihatinya. Serba tidak kena makhluk Allah yang sorang tu.

Kalau boleh, mahu sahaja dipukul pukul kalau bertemu. Tiada yang lebih menyakitkan mata dibandingkan dengan memandang muka dia. Hilang mood hari itu kalau terserempak dengannya. Kalau sebuah kerusi telah diduduk olehnya, maka kerusi itu semestinya akan menjadi tangkal sial jika anda duduk diatasnya. Pasti sesuatu malapetaka yang tidak dijangka akan menimpa atas sebab anda beristawa diatasnya.



Arghh….

Namun tahukah anda dalam setiap insan yang anda benci itu, terdapat sekurang kurangnya 1% faktor daripada keseluruhan susuk tubuh makhluk keji disis anda itu yang penting untuk anda meneruskan hari hari normal anda. Walau 99% perkara yang dilakukan makhluk itu anda keji, namun pasti terdapat satu noktah kecil yang diperlukan darinya untuk menyempurnakan hari anda.

Pandangan seorang ahli psychology berbunyi, jika 1% itu anda temui, berkemungkinan itu akan menjadi sebuah titik mula untuk anda mengubah perspektif terhadap seorang individu. Sama ada anda akan terus membenci atau mula berbuat baik kepadanya. Sesetengah individu menganggap 1% ini sebagai permulaan dalam sebuah persahabatan.

Sebagai contoh, jika makhluk itu tiba tiba tidak hadir seperti biasa, anda terasa bahawa sudah tiada orang yang akan anda kutuk. Maka semestinya akan membengkaklah hati anda kerana rutin harian itu tidak dilaksana. Kebiasaannya anda akan berebut kuih dicafe supaya makhluk itu tidak dapat makan kuih kegemarannya, namun hari itu, ternyata kuih itu berlambak lambak tak habis dan anda tidak merasa nikmat berebut kuih pada hari itu. Jika makhluk itu ternyata saingan anda dalam kelas, dan hari itu dia tidak hadir, maka terasa suasana kelas tidak sehangat hari hari perang anda bersama makhluk tersebut.





Maka secara umumnya, 1% ini mewakili husnu dzon kita pada setiap makhluk. Prinsip ini turut menyambut baik seruan Allah yang digazetkan dalam surah Al Hujarat yang menyeru manusia untuk saling kenal mengenali. Maka Kenalilah insane yang anda benci, maka anda akan berjaya membuat penilaian yang adil kepada saudara seislam anda.

Memetik kata kata Saidina Ali dalam Nahjul Balaghah ( harapnya sohih) : Cintailah seseorang yang kau cintai sekadarnya, siapa tahu kelak dia akan menjadi orang yang paling engkau benci, Bencilah seseorang yang engkau benci sekadarnya, siapa tahu kelak dia akan menjadi orang yang paling engkau cintai….

Wallahua'lam.

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!