Memaparkan catatan dengan label Jalan Jalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan Jalan. Papar semua catatan

Ahad, 16 Januari 2011

Ustaz Siber Muqallid Alam Nyata

Bismillah...

Setelah hampir dua bulan blog ini sunyi, tanpa sebarang post bermanfaat buat semua, pertama tamanya izinkan pemilik blog memohon ampun. Terlampau banyak taklifat dan mawani' (halangan) yang tak dapat diri ini elakkan. Maka setelah sekian lama, diri terasa perlu untuk kembali ke medan dakwah siber.

Perutusan kali ini ingin membincangkan tentang suatu fenomena yang telah terlalu lama sejarah perbahasannya. Tetapi rasanya perlu diulas semula dengan input input semasa. Ruangan ruangan dunia siber dewasa ini banyak menyediakan platform untuk muslim mukmin berdakwah dan menyebarkan ilmu islam. Internet menjadi suatu lapangan yang terbaik buat perkembangan islam.

Beberapa minggu lalu, diri ini terasa telah menemui kekurangan dan kelemahan lapangan internet yang terbentang luas. Ya Allah, bahaya benar lapangan ini sebenarnya. Ternyata agenda musuh musuh islam dalam menyediakan lapangan ini telah menampakkan kesan keatas diriku yang cuba untuk menegakkan syiar islam. Tak kusangka begitu licik perancangan mereka. Ya Allah bantulah hambamu ini untuk mengatasi kelemahan diri.

Disember lalu, diri ini telah keluar bersama ahli ahli usrah untuk turun kemedan dakwah sebenar. Turun menemui sasaran sasaran dakwah. Berbekalkan pengisian pengisian yang dipupuk sejak awal, diri yakin untuk berdakwah secara terang terangan. Kawasan sasaran pertama adalah remaja remaja dikawasan Wangsa Maju dan sekitarnya. Berlatar belakangkan pendidikan asas dan Fardhu Ain, remaja remaja ini sering terkhilaf dalam membezakan halal haram tuhan.



Kumpulan pertama terdiri daripada naqib sendiri dan 2 orang lagi teman. Kami berempat menuju ke kawasan pusat membeli belah di Alpha Angle. Selain daripada membuat sedikit sesi temu ramah untuk questionnaire kami cuba untuk memberikan kesedaran kepada mereka. Akhirnya tiba giliran diri untuk memberikan sedikit tazkirah kepada mereka. Ya Allah engkau sahaja tahu akan kondisi ku saat itu. Lidah ku kelu dan tidak dapat memberikan mauizah kepada mereka. Ternyata bagiku, penulisan teramatlah mudah berbanding ucapan dari mulut.

Akhirnya ku sedari ruangan blog yang sering kulempiaskan sebagai medium dakwah tidak sama sekali membantuku untuk menyedarkan masyarakat. Ruang dunia siber telah mematikan kemahiran ku untuk memberikan satu sesi persuasive speech kepada sasaran dakwah. Perkara yang sama kudapati kepada penggemar penggemar laman web sosial Facebook. Mereka yang aktif memberikan komen, berkomentar seakan dia lah jaguh, adalah seorang yang pendiam, penakut dan hidup tanpa memberikan sumbangan kepada masyarakat sekeliling.



Minggu lalu, diri ini sempat berbicara dengan Umar tentang kebaikan internet sebagai penambah dan penjaga ilmu. Statement beliau membuatkan diri berfikir panjang dan berakhir dengan kekeliruan yang bercelaru, memang dah standard Umar jauh lebih tinggi berbanding diri. " Internet bukanlah medium menambah ilmu, malah medium menghancur jahanamkan ilmu." Pusing kepala memikirkan penjelasan logikal dengan statement sedemikian.

Akhirnya bila ditanyakan locus standi nya, ujar beliau bahawa akan sampai suatu masa diamana Dajjal terbit di bumi, maka segala sistem akan musnah dan perlunya rujukan rujukan ilmu itu berteraskan hasil penulisan diatas lembaran kertas dan kitab kitab turath. Maka ternyata disaat itu, blog ini tidak akan dapat lagi dirujuk atas segenap kekhilafan. Maka pada saat itu, Ustaz alam siber akan bertukar statusnya kepada muqallid yang tidak mempunyai masdar rujukan ilmu.

Wallahua'lam...

Khamis, 24 Jun 2010

Hatiku mencari puisi...

Bismillah

Terkejut..... Astaghfirullah.....mimpi buruk datang lagi. Mimpi yang sama seperti tahun lalu. Membawa bersama perkhabaran buruk. Kunafikan mimpi. Mustahil, mimpi je. Takkanlah betul. Seusai solat subuh, Mathurat ku teliti satu satu. Debar hati masih deras. Minggu ini datang juga.

Tahun lalu, ku termimpi nombor nombor itu (bukan nombor ekor). Nombor nombor sial. Selang beberapa hari, nombor nombor itu terzahir jelas dalam slip keputusan peperiksaan ku. Nombor yang sama yang terpacul dalam mimpi ku beberapa hari sebelum ia kusemak. Tahun ini ia timbul lagi.

Ku khabarkan pada ibu perkara ini. Satu perkataan yang keluar, "Deja Vu". Ternyata marah adik kerana ibu seakan mempercayai perkara khurafat itu. Satu perkara ku jelaskan padanya, "manam" ada dua jenis sama ada ru'yah solehah atau permainan syaitan. Desir halus masih menggangu, tak boleh jadi ni.

Maju kebilik, suis komputer dibuka, password diisi, line internet telah di akses. Bismillah.....

Astaghfirullah..... ia berlaku lagi. Aku masih termanggu menatap skrin yang menyilau. Nombor itu. Tiada yang lebih menggangu aku hari ini melainkan nombor itu. ternyata PNGK ku kali ini hanya meningkat 0.01... Sedih merasuk memikirkan setiap rintangan yang ditempuh semester lepas hanya berharga 0.01. Sedih memikirkan segala perbelanjaan yang ditanggung ayah dibalas dengan tuba.



Ibu menghantar aku ke Plaza Perangsang. Setelah sepagi penuh murung, ku pujuk jua kaki ini untuk menyempurnakan segala yang telah ku mulai. Ku perlu mendaki ke tingkat 9 untuk mematikan stem dan memateri perjanjian biasiswa kerajaan Selangor yang ku pohon April lalu.

Seusai urusan ku hinggapi Shah Alam Convention Centre dihadapan untuk berehat. Ku panjat tingkat 1 dan ku temui MPH bookstore. Dari jauh pandangan ku tertarik kepada cover sebuah buku. Buku yang kukenali. Buku yang ingin ku beli namun tertunda dek keringnya saku. Kucapai ia dan terus ke kaunter untuk transaksi.

Ingin Jadi Nasrallah....



Himpunan puisi puisi karangan Faizal Musa (Tehrani) itu ku belek satu satu. Puisi seperti Ingin jadi Nasrallah, Tragedi Halijah: Gundik Wizurai Portugis, Sepatu Tragedi (Setelah 13 tahun peristiwa Memali) dan Lalat di Mimbar Masjid merupakan beberapa puisi yang mempunyai maksud yang dalam. Ingin ku berkongsi sebuah puisinya yang menjawab runsing hati ku ini...

BALADA ORANG BERDOSA

Maafkan daku, Kekasih

semalam aku gelapar dalam nafsu

kukhianati kubeloti

perjanjian yang engkau tentukan

.....



p/s: sila dapatkan naskah anda dikedai buku berhampiran. copyright buku nie telah mengancamku untuk tidak meneruskan nawaituku untuk meletakkan puisinya yang penuh....

Wallahua'lam..

Rabu, 19 Mei 2010

Mata itu...

Cuti semester kali ini aku agak free. Kebiasaannya ada sahaja Mooting Competition yang aku sertai, tapi rasanya dah sampai masa untuk aku retire. Ramai lagi adik adik junior yang mempunyai bakat untuk disumbangkan kepada fakulti. Masa yang melimpah ruah ini menjadikan aku agak terumbang ambing dek tidak membuat apa apa perancangan sepanjang cuti. Natijahnya, Times Square dan Low Yatt lah menjadi base utama.

Umumnya, 4 jenis bangsa yang boleh anda dapati di dua bangunan ini. Melayu, Cina, Mat Salleh dan Pak Arab. Jarang jarang dapat jumpa dua jenis asing ni di Malaysia, tetapi mereka tertarik untuk berkumpul disini. Kenapa? perlu tanya sendiri. Satu perkara yang aku paling tak suka pada mereka ni adalah pakaian mereka. Kalau boleh semua jenis lurah nak ditunjuk. Hasilnya, ramailah anak anak melayu yang teringin nak menunjukan lurah lurah mereka (walau sebahagian tue tiada lurah). Pesan Nabi junjungan: "Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah dari kaum itu."
Astaghfirullah...



Mata yang aku nak khabarkan ini telah ditemui di kedai buku "Borders" (aras 1 Time Square). Memang port biasa yang akan aku kunjungi setiap kali aku kesana. Pada mulanya aku tidak mengambil peduli dengan kaum kaum Ninja ini ( Muslimah berpurdah). Yelah, disini, bersepah sepah orang arab yang kebanyakannya berpurdah. Dari ruangan ekonomi, aku beralih kesudut manga (komik anime), saat hampirnya aku ke sudut itu, seorang ninja menghampiri aku dan memberi salam. Huru hara aku sebentar memikirkan apa yang hendak dijawab kerana Bahasa Arab aku pun dah tak berapa fasih.



Sekilas aku terpandang mata sang ninja. Subhanallah, jernih sungguh. Segera ku beralih. Orang arab punya mata standard ni ke... " Abei, tau dok mano dio Law Section? ". ???. Orang Klate rupanya. Hish. Istighfar. Segera aku memberitahunya bahawa Law Section telah dialih ketempat yang aku sendiri tidak tahu lokasinya. Dia berlalu hampa. Masih terbayang jernih mata itu. Inilah sebab mengapa Muslimah perlu menjaga aurat mereka. Seluruh anggota badan mereka merupakan fitnah kepada kaum Adam. Walau mata tidak dikatagorikan sebagai Aurat, namun fitnah itu terkadang lagi kuat.

Dalam terhuyung hayang memikirkan keindahan mata sang ninja, tidak ku terjangka untuk dipertemukan dengan sebuah Hadtih. Entah kenapa aku tercapai kitab "300 Hadis Bimbingan Ke Arah Mencari Redha Allah" yang disusun oleh Ust Zahazan. Hadith ke 295 yang bermaksud : "Terdapat dua mata yang tidak akan disentuh oleh bahang api Neraka, Mata yang selalu menangis kerana takutkan Allah, dan mata yang penat kerana berjaga malam mengawal di jalan Allah"

Wallaua'lam...

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!