Isnin, 15 Februari 2010

Etymology vis-à-vis Everything !!!


Bismillah...

Basis of this Post

Esok aku dijadualkan berangkat ke Bandaraya Islam. Tepat jam 7.25 pagi, pesawat ATR72-500 Firefly akan berlepas. Dengan batuk yang mengancam, selesema yang tak kering kering, ditambah dengan fever yang tak menentu, menggambarkan simptom simptom yang pernah menyebabkan Umar Mukhtar dikuarantin di Sutera Indah. Arrrgh... tak boleh jadi, semalam buat medical check out. Doktor mengkhabarkan cuma perlu makan antibiotik. Entah kenapalah saat doktor buat pemeriksaan, demam tu hilang. Tapi elok lepas keluar klinik, aku kembali rebah bertemankan Paracetemol. Takut takut esok kene tahan kat airport kerana disyaki dijangkiti "#IN!". Takut...


Masuk dalam ruang departure airport, tiada apa yang berlaku. Namun bahana ketakutan tetap menimpa. Aku tergolong umat akhir zaman yang menyukai filem Final Destination. Maka tergambarlah bayang bayang tentang perkara yang bakal terjadi yang semestinya sukar dipercayai. Alasan demi alasan aku timbulkan untuk menafikan kenyataan bahawa aku takut menaiki kapal terbang. Fakta menunjukkan bahawa kemalangan udara akan berlaku hanyalah 1/1000. Disebabkan telah beribu ribu penerbangan berjalan lancar, maka tidak ada sebab pesawat yang aku naiki adalah satu daripada seribu itu. Takut...

Ethimology

Ethimology diambil dari falsafah inggeris lama yang membawa makna ketakutan yang menggangu dan secara tiba tiba. Perbahasan yang panjang ini saya kecilkan kearah satu cabang sumber perasaan takut yang terkadang ramai tidak sedar ataupun tahu tapi terlupa. Antara sumber atau punca asal kita takut adalah kerana kita tidak tahu. Ketiadaan ilmu tentang sesuatu perkara menyebabkan manusia berasa takut dan menjauhinya. Namun tidak semestinya "tahu" dapat menghilangkan "takut".

Contoh "Takut" kerna tidak tahu...

1) Islam

Dunia secara amnya, Malaysia secara khususnya takut dengan Islam kerana mereka tidak mempunyai ilmu tentang Islam. Mereka melihat Islam ini sebagai sesuatu yang zalim, menindas kaum wanita, suka memotong tangan orang, terorist, ekstrimist dan pelbagai lagi tohmahan dilempar secara mentah kepada Islam. Namun jika mereka mempunyai ilmu tentang Islam, dan bukan melihat kepada umat islam semata mata, mereka akan berasa kagum dan mungkin merasai sinar keadilan islam. Namun ternyata mereka takut...

2) Peperiksaan

Peperiksaan yang datang dengan lebatnya, merupakan sebuah ethimology yang sememangnya menjadi makanan ruji para penuntut ilmu. Semua orang merasa takut untuk berdepan dengan peperiksaan. Pasti akan ada setitis getaran halus walau dia telah menghafal kitab jild-bi-jild. Puncanya satu, kita tidak tahu apakah jenis soalan yang akan keluar, adakah soalan bocor yang diterima dari pensyarah benar benar terhampar diatas meja nanti, atau pensyarah sengaja hendak "kantoi"kan aku. Takut-takut...

3) Hantu

Tidak perlu dipanjanglebarkan kalimah ini. (Sebut tiga kali, cuba toleh belakang. Tak beraninyer...) Semestinya kita tidak mempunyai ilmu tentang perkara ini. Kalau nak menuntut ilmu ilmu perubatan islam yang sememangnya berkait dengan alam ghaib, selebih afdhalnyalah anda menguatkan ilmu aqidah terlebih dahulu. Jadi tampa pengetahuan tentangnya, maka kita rasa takut. Saya beri analogi mudah:

Anda tahu malam ini anda hendak mengenakan roommate anda yang tersayang,
Anda berpakat dengan kawan anda untuk menjadi hantu olok olok,
Anda ditugaskan untuk cover line, takut takut warden ambush
Tiba dilokasi kawan anda telah bersedia beruniform hantu, dan dia bawak back up plan,
Dia ada mengajak beberapa kawan lain untuk menjayakan "usrah" malam itu,
Mangsa naik, dia terkejut, prank berjaya,
Esoknya, anda mengajak kawan anda untuk menyambut kejayaan semalam,
Anda turut mengajak ahli "usrah" lain yang berjaya melicinkan program,
Terkejut, kawan anda memberitahu anda bahawa dia berseorangan malam itu,
Jeng jeng jeng,
Siapakah yang anda nampak malam itu?

Kisah benar, dinukilkan oleh mereka yang terselamat dari operasi malam itu pada tahun 2008.

Awalnya anda tidak takut kerana yakin mereka adalah "usrah" anda. Kemudian setelah anda mengetahui mereka bukan usrah anda, dan identiti mereka anda tidak tahu, maka ketakutan mulai datang. Maka usah biarkan hidup anda diselubungi, misteri...

Contoh "Takut" kerana tahu...

1) Allah

Rasa takut kepada Allah tidak akan memberi kesan jika tiada ilmu tentang Allah. Maka tidak dapat tidak, menjadi kemestian atas muslim yang Mukmin untuk mencari kebenaran dan ilmu tentang cara mengesakan Allah. Rasa takut akan mulai timbul dan pasti menebal jika perasaan itu dibendung dengan baik. Demikian merupakan jalan yang sebenar untuk menjadikan Allah ilahul wahid. Inni akhafullah...

2) Peronda Usim (Pak Guard)

Jika anda terlihat kelibat putih dan biru berlegar legar di kawasan parkir ditengah tengah hari yang membahang, maka mereka yang berkenaan sudah tahu akan akibatnya. Rasa takut yang hadir disebabkan anda mempunyai ilmu tentang tuju hati jamaah pak guard dilokasi demikian. Samaada anda tidak mempunyai stiker, atau anda mempunyai stiker palsu, print, curi, atau anda telah melanggar undang undang lalulintas USIM, anda anda telah meletakkan kenderaan anda ditempat letak kenderaan pensyarah. Maka terserlahlah segala suu' zhon anda terhadap pak guard yang tidak bersalah. Kerana mereka tidak datang untuk bertugas, tetapi mereka datang untuk berehat sambil menikmati kepanasan USIM. Jadi mengapa anda takut...

3) Mdm Morgana

Aku pun tak faham kenapa student law takut sangat dengan Madam Morgana. Dia tak lah sejahat Morgana dalam siri Merlin. Bahasa dia memang pedih, panas, bingit, tapi itu style dia. Anyway, takut disini datang dengan pengetahuan. Kita tahu jawapan untuk soalan soalan yang diajukan, tapi kita takut untuk mengutarakannya. Takutnya kita untuk menjawab, adalah kerana kita tahu dia akan tanya soalan yang kita tidak boleh jawab setelah soalan pertama telah kita jawab dengan jayanya.

Khulasah

Takut dan tahu merupakan dua makhluk yang dicipta sama hebat. Sama sekali menafikan kepercayaan Yin dan Yang, kalimah ini tiada garis pisah yang jelas. Rasa takut perlu disalir dengan betul agar tidak menyumbang kepada perkara perkara yang sumbang. Kerana ia tidak akan dapat berfungsi sama sekali bahkan memberikan kesan yang tidak baik kepada nilai moral diri. Ibarat cuba menginstall Command and Conquer 4 : Tiberium Twilight keatas komputer yang hanya beroperasi dengan Nvidea GeForce 6100, semestinya komputer itu akan dihantar kepusat pusat komputer berdekatan untuk diservis kerana moralnya jatuh.

Ahad, 31 Januari 2010

Duit Duit oh Duit


2010 boleh dikatakan tahun "sengkek", tahun tiada duit, semua orang kene buat catuan duit keluar. Tiada siapa pun di Malaysia ni yang terkecuali. Termasuklah aku. Observation yang ku buat dimerata tempat menunujukkan Malaysia dilanda musibah atau bala lagi tahun ini. Contohnya apa yang berlaku di:

Fakulti Syariah Undang Undang:

1) Pensyarah pensyarah luar dikurangkan semaksima mungkin
2) Kelas tutorial dipadat + mampat + ketat + sendat = 30 orang/kelas (excluding law student)
3) Bajet makan VIP(berdasarkan program baru ini) hanya RM 2 sekepala
4) Mak cik cleaner dikurangkan daripada 8 orang kepada 2 orang + abg abg staff( diorang pun kene menyapu gak)
5) Jumlah meeting session ngan tutor menjadi 1 jam (nikmat juga lah) pun excluding law student


Sekolah Sekolah Asrama

1) Tiada lagi peruntukan untuk Program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan(RIMUP)
2) Pengurangan 50% untuk Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dan Bantuan Makanan Tambahan
3) Tiada lagi peruntukan Skim Baucer Tuisyen
4) Tiada lagi peruntukan Bantuan Uniform Persatuan Koko
5) Ibu Bapa perlu mengambil anak anak pada hujung minggu kerana tiada peruntukan makanan untuk pelajar asrama (maka secara rasminya Istilah "FLY" menjadi legal ) so pak guard dah tak perlu kejar budak budak yang fly di hujung minggu.(Bestnyer)

Masalah diri sendiri (yang berkait juga dengan pelajar lain)

1) Perlu membeli akta sendiri untuk dibawa masuk kedalam dewan peperiksaan kerana unit akademik tiada peruntukan untuk membeli latest act (akta di unit akademik sudah outdate)
2) Perpustakaan ditutup pada jam 7 malam (mungkin untuk menjimatkan elektrik kerana kurangnya pelajar yang mengunjungi library pada waktu malam)... aku biasa pergi waktu malam.

Konklusi

Masalah kewangan ini sememangnya berpunca daripada urusan tadbir kewangan diperingkat negara. Pencatuan kemasukan wang kepada semua saluran telah menyusahkan pengguna amnya rakyat. In the good side, kita perlu belajar untuk berjimat cermat dan perlu mengikuti langkah langah yang diajar oleh "Captain Cash"( sila rujuk TV9 untuk langkah langkah tersebut).


In the greater bad side, kerajaan perlu lebih sensitif dalam menguruskan wang. Perkara perkara yang tiada keutamaan seperti menghantar wakil Malaysia mendaki gunung Everest, menaja F1(walau dinafikan), dan lain lain perlulah melalui perbahasan yang wajar. Simple analogy for us to wonder and ponder, the government intend to abolished the sugar subsidies, by doing so, the government may save up to 1million ringgit, but then they spent it by sponsoring F1 and those who climb mount Everest which resulting RM 2.5 milion spent for, thus theres nothing to benefit Malaysian.


Sepanjang lembaran tinta emas periwayatan hadith nabi, sebuah hadith ada berbunyi: "bukanlah kaya itu atas banyaknya harta, tetapi hakikat kaya itu adalah mereka yang memiliki kekayaan jiwa".

wallahua'lam.

Khamis, 21 Januari 2010

Dengki...but with bona fide(good faith)



Bismillah


Hari ini, aku sekali lagi ditinggalkan oleh jemaah sahabatku beribu ribu kilometer. Hari penuh bersejarah ini bakal mengundang puluhan lagi sejarah kepada nama baik institusi pengajian ku ini. Mereka telah berjaya mencapai satu lagi pencapaian yang aku tak mungkin gapai(fuh, dengki tak semena makhluk kutuk nie). Namun ketabahan dan kebersediaan mereka untuk menggenggam satu lagi amanah besar ku kagumi.

Tahniah... satu satunya kalimah yang terbit dalam hati ini saat NC mengumumkan nama nama panglima yang telah selamat menjalani peperangan maya di medan pembuangan undi. Segala limpah berkat kudoakan buat kalian. Barisan kepimpinan mahasiswa baru telah siap sedia untuk melaksanakan segala manifesto pilihanraya mereka.

Sesi kali ini, mahasiswa USIM telah menzahirkan sebuah hasrat untuk merasai gelombang corak pemerintahan baru. Fakulti Ekonomi Muamalat telah diberikan kepercayaan tinggi untuk memimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Antara faktor yang dirasakan menjadi penyumbang utama peralihan corak kali ini ialah;

1. Masalah kewangan yang dihadapi Universiti menyebabkan keperluan kepada orang ekonomi meningkat.

2. Orang pengkhususan agama mungkin bukan lagi satu satunya pilihan kerana adanya orang akedemik yang faham agama.

3. Mungkin(andaian ku semata) pecahan undi dengan pencalonan yang ramai di kawasan umum menjadikan setiap undian akan menentukan keputusan mutlak.

Bakal memacu tonggak pemerintahan tertinggi mahasiswa ini, Saudara Hilmi, selaku calon yang mendapat undian tertinggi, harus mempersiapkan barisan organisasi yang mapan untuk menempuh segala cabaran. Pengurusan kewangan yang cermat dan tidak terlalu kedekut, penting untuk menjaga imej perwakilan pelajar itu sendiri.

Selaku salah satu institusi kerajaan, USIM tidak terkecuali mengalami catuan kemasukan wang yang terhad. Maka diakui bahawa pemilihan kali ini semestinya akan mengukur tahap kemahiran pelajar ekonomi USIM menguruskan wang.

Keputusan undi kawasan umum adalah seperti berikut:

1. Saudara Hilmi 3508 undi FEM

2. Saudara Tobrani 3310 undi FEM

3. Saudari Akalili 3283 undi FEM

4. Saudara Hazimin 3175 undi FSU

5. Saudara Abdullah 3011 undi FSU

6. Saudara Arafat 2790 undi FPQS

7. Saudari Sumaiyah 2787 undi FST

8. Saudara Najib 2691 undi FPBU

Semoga bahtera kepimpinan kali ini tidak menempuh sebarang tsunami dalam pelayaran mereka. Jika hanyalah badai yang perlu mereka tempuh, itu adalah adat dalam pemerintahan. Selaku kepimpinan yang mendapat baiah para penuntut ilmu dibumi USIM ini, diharap agar kebajikan thalibul ilmi menjadi keutamaan mereka.

Kepada mereka yang gugur dialam maya, tidak bermakna anda tidak layak, cuma bukan masanya lagi. Persoalannya, adakah anda bersedia disaat dan waktu anda diperlukan?. Sesungguhnya tuhan telah berfirman dalam kitabnya yang agung melalui lisan pesuruhnya yang bermakna: "sesungguhnya Allah tidak menurunkan sebuah taklifan kepada hambanya kecuali mereka mampu untuk menampungnya". Koreksi diri dan muhasabah hati. Semoga bertemu penjelasan dalam usaha kearah kemenangan hakiki kelak.

Wallahua'lam.

Isnin, 18 Januari 2010

Siapa Ahlul Bait




Versi Asal OST: Kopitiam Ghadir
Pengarah: Faisal Tehrani
Lirik: Revolusi Pembudayaan Selawat


Telah penat mencari makna
Hati lelah tiada jawapan

Sayang seribu kali sayang
Kasihan diri tidak keruan
Sayang seribu kali sayang
Apa gerangan lalu
Hantui minda
Tak damai

Ahlul Bait pemilik nama
Demi tuhan siapa mereka
Hingga Rasul turut meminta
Cinta Qurba ganjarannya syurga

Firman tuhan jadi sandaran
Lisannya Rasul jadi panutan

Sayang perhati sayang
Sulam makrifat cinta
Demi mereka
Kan damai
Di minda di jiwa

Sungguh kau kan damai
Di minda di jiwa
Siapa mereka
Tunjuk mereka

Mereka itu Itrahnya Nabi
Kisah Al Kisra yang menjadi bukti
DI haram untuk terima sedekah
Di sisi tuhan sesuci sucinya

Itulah Ali, Fatimah
AL Hassan, Al Hussain
Sebagai wadah
Penjaga risalah
Yang berterusan sayang
Ikutan sepanjang zaman

Inilah Tsaqalain
Pemisah yang benar
Dan batil

Inilah Tsaqalain...


p/s ; zimin, jom nyanyi same same

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!