Ahad, 11 Oktober 2009

Bulan Hilang di Lembah Itu

Pernah aku bertanya kepada guruku tentang perihal akhir zaman. Beliau merasakan hampirnya saat itu lantas berpesan. Wahai anakku, jaga solatmu, pelihara keluargamu, tinggikan agamamu, genggam amanahmu. Beliau lantas membacakan sebuah Hadith yang berbunyi : Daripada Abu Hurairah dia berkata: ketika Nabi s.a.w. didalam sebuah majlis berbicara dengan orang ramai, maka datang seorang arab badwi lalu bertanya: Bilakah hari Kiamat?

Rasulullah meneruskan ucapannya dan mengendahkan arab badwi tersebut. Selepas selesai ucapan baginda mencari semula orang arab badwi itu. Baginda bersabda: Apabila hilang amanah maka tunggulah hari itu. Arab badwi itu bertanya, Bagaimanakah hilangnya amanah? Baginda bersabda: Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah hari itu.

Hari ini aku kembali merasakan seram sejuk yang kurasai saat aku menerima pesanan guruku. Kemenangan calon Barisan Nasional (BeEnd) Tan Sri Isa Samad, dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang secara tidak lansung mensahihkan pengkhabaran rasul mulia.


Beliau yang terkenal dengan gelaran "the 10% man" berjaya meraih kemenangan majoriti sebanyak 5000 lebih keatas calon pas Ust Zulkifli. Isa samad pada zaman pemerintahannya pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah oleh badan disiplin UMNO. 

" Pemimpin kalau memberikan khidmat yang baik, apa salahnya rasuah". Mungkin ini mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi di Bagan Pinang."

Isnin, 5 Oktober 2009

Gentera Pemacu Mahasiswa

Mahasiswa USIM secara zahirnya tidak mempunyai ledakan ledakan yang mampu mencetuskan suatu perubahan buat kebajikan mereka sendiri. Segala rasa tidak berpuas hati hanya diluahkan kepada buku buku yang kaku tidak membalas. Walau pun kenyataan ini agak kasar bunyinya, namun demikian pengamatan yang telah dijalankan sejak mula aku menjejakkan kaki di tanah USIM ini.

Akibatnya, hakisan demi hakisan mulai menghasilkan runtuhan kepada kebajikan mahasiswa yang tidak mampu bersuara untuk hak mereka. Segelintir pemimpin atasan persatuan pelajar yang kurang menyerlah dan sekadar tangkap muat menjadikan universiti ini berada dibawah penguasaan penuh pihak pentadbiran. Walau tidak dinafi kebanyakan keputusan mereka adalah untuk maslahah pelajar, namun ketidakcampuran pendapat dari pihak pelajar mengakibatkan beberapa hak pelajar mulai diabai.

4 Oktober 2009, menjadi titik mula arus perubahan kampus yang mendapat sedikit acuan pelajar dan tidak hanya berat di pihak pentadbir. Persidangan yang diadakan bertujuan untuk mencanang beberapa usul agar dapat dibahas dan diperhalus telah diatur. Persidangan yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Usim sesi 08/09 dihadiri oleh semua wakil oleh setiap kelab yang didaftarkan dibawah Hal Ehwal Pelajar USIM. Bertemakan "10 tahun USIM: Harapan Baru Mahasiswa", persidangankali ini berjaya membentangkan beberapa usul yang dirasakn releven untuk dipanjangkan ke dewan senat.

6 aspek telah dipilih untuk menjadi kerangka perbahasan usul. Aspek kerohanian, akademik, sukan, syahsiah, kebudayaan dan kepimpinan menjadikan perbahasan kali ini antara persidangan yang menyentuh segenap aspek pelajar.

Aspek syahsiah pelajar menjadi perbahasan utama sidang kali ini. Masalah syahsiah mahasiswa mahasiswi USIM boleh di kategorikan serius jika hendak dibandingkan universiti lain kerna universiti in membawa nama Islam bersamanya. Sidang telah memutuskan agar satu jawatankuasa ditubuhkan untuk menegur sekaligus membenteras masalah gejala sosial didalam kampus. Disuarakan sendiri oleh wakil dari MPP, Saudara Mohd Afiq mencadangkan agar Jawatankuasa Amar Maaruf Nahi Munkar diperkenalkan untuk menjalankan tugas ini.

Aspek kebudayaan menjadi perkara yang hangat diperbahaskan kerana kebanyakan pelajar tidak mempunyai pemahaman yang tepat tentang isu ini. Permasalahan yang berbangkit adalah kesenian dan kebudayaan yang diamalkan diUSIM tidak cukup islamik. Perkara perkara yang tidak syar'i menjadi asas amalan dalam program yang berunsur kebudayaan. Contohnya malam Aprisiasi Seni yang akan diperkenalkan kepada semua pelajar baru dalam minggu perkenalan sering bersalahan dengan waktu solat. Sekaligus merosakkan nama Islam yang dibawa oleh universiti.

Beberapa lagi usul yang diputuskan oleh persidangan yang dirasakan dapat membawa sedikit perubahan yang bermanfaat kepada pelajar. Semua usul yang diputuskan akan disaring dan akan dibawa kepada pengetahuan pihak atasan dan tertentu. Diharap usaha yang sedikit ini dapat membawa kepada sebuah evolusi yang lebih matang kepada mahasiswa USIM dan menjadi pencetus kepada budaya menyuarakan pendapat ditempat yang betul dikalangan pemimpin pelajar.

p/s: tahniah kepada MPP diatas penganjuran Sidang Pleno tempoh hari, semoga usaha ini tidak hanya terhenti disini malah akan diterapkan kepada generasi mendatang.

Khamis, 20 Ogos 2009

Pesanan Buatmu Pendamping Setiaku


Dalam perjalananku ini ke gerbang Ramadhan, aku terhenti disebuah bangunan lama. Kulihat didalamnya tersedia segala rantai yang kurasakan kukuh dan tak terputus dek apa jua keganasan. Disinilah titik perpisahan kita duhai pendampingku. Nun didepan sana adalah gerbang yang mengisi didalamnya segala macam bentuk ibadah yang tak dapat lagi kau ganggu. 

Wahai pendampingku, walau aku pergi hanya untuk sebulan aku berharap agar engkau tidak merasakan kehilanganku. Aku percaya didalam pintu gerbang itu ada ramai lagi saudara saudara untuk aku temani. Saudara saudara yang bakal memberikan tazkirah, saudara yang akan mengalunkan kitab suci tuhan, saudara yang akan berhenti merokok, dan jamaah jamaah yang akan senantiasa beroleh dari mereka mutiara hikmah pendekat aku dengan tuhan.

Wahai pendampingku, usah kau khuatir. Setiausaha sulitmu akan menemaniku. Walaupun pengaruhnya kurang memberi kesan, namun akan ku usahakan dia untuk terus diam dan terus membatu atas ketiadaanmu. Sesungguhnya ketahuilah kamu, bahawa gerbang yang bakal kulalui ini merupakan sebuah bengkel untuk mendidik setiausahamu. Terbukti sudah bahawa setiausahamu ini lemah untuk berdepan dengan kelaparan. 

Wahai pendampingku, sudah setahun lebih engkau menghuru harakan ku. Hari ini aku akan meluluskan cuti bergaji buatmu selama sebulan. Akan kusertakan jua tiket untuk kau berbulan madu kelak. Semoga kau sedar bahawa aku juga mampu berdikari untuk hayat ini. Walau kau sangka aku akan kebosanan dek ketiadaanmu, akan ku buktikan sebaliknya. Mushaf akan menjadi penglipurlara buat setiausahamu yang pilu.

Wahai pendampingku, selamat tinggal. Kita akan bertemu semula di gerbang syawal. Akan ku pastikan diriku pada masa itu, bukan lagi diriku yang kau kenal kini. Aku akan mengubah setiausaha sulitmu itu menjadi setiausaha peribadiKU. Akan ku ceritakan kepada mu seluruh isi kitab tuhan yang akan ku khatamkan ayatnya berserta maksudnya.

Maka akan bersaksilah tuhanmu akan setiap janjiku padamu wahai pendamping setia.

Rabu, 19 Ogos 2009

Nida' Rabbuk.

Dari Abu Dzar RA dari Nabi  dari apa yang diriwayatkan Allah kepadanya bersabda:


Wahai hambaku, sesungguhnya aku telah mengharamkan syirik keatas diriku, dan aku jadikan diantara kamu perkara yang haram, maka janganlah engkau menzalimiku. Wahai hambaku, sesungguhnya kamu semua sesat kecuali mereka yang diberi petunjuk dariku, maka mintalah dariku nescaya akan aku berikan.



Wahai hambaku, sesungguhnya kamu semua berada didalam kelaparan kecuali mereka yang aku berikan padanya makanan, maka mintalah dariku nescaya akan aku berikan. Wahai hambaku, sesungguhnya kamu semua tidak berpakaian, kecuali mereka yang aku berikan padanya pakaian, maka mintalah dariku nescaya akan aku berikan.


Wahai hambaku, sesungguhnya kamu membuat kesalahan siang dan malam, dan sesungguhnya akulah yang memberikan pengampunan padamu, maka mintalah dariku nescaya akan aku berikan. Wahai hambaku, sesunghnya engkau tidak memberikan kepadaku mudharat dan tidak pula manfaat.



Wahai hambaku, jikalau setiap dari kamu dari yang pertama hingga yang terakhir, dan setiap manusia dan jin bertaqwa kepadaku sepertimana bertaqwanya Rasulullah, ketahuilah bahawa ianya tidak sesekali  menambah kekuasaanku. Wahai hambaku, jikalau setiap dari kamu dari yang pertama hingga yang terakhir, dan setiap manusia dan jin kufur kepadaku sebagaimana kufurnya Abu Jahal, ketahuilah bahawa ianya tidak sesekali menggugat kekuasaanku.


Wahai hambaku, jikalau setiap dari kamu dari yang pertama hingga yang terakhir, dan setiap manusia dan jin, meminta kepadaku atas perkara yang satu, maka akan aku berikan kepada setiap permintaan itu dan tidaklah ia mengurangi kekuasaanku kecuali seperti setitis air yang jatuh dari sebuah jarum apabila dicelup kedalam laut.



Wahai hambaku sesungguhnya bagi setiap amalan kamu akan dibalas setimpal dengannya. Barangsiapa yang beroleh kebaikan maka segala puji bagi Allah, dan barangsiapa yang beroleh selain darinya, maka ketahuilah tiada siapa yang dapat dia salahkan kecuali dirinya sendiri. 


Hadth Qudsi diriwayatkan oleh Muslim, Uwanah, Ibnu Hibban dan Al Hakim.

Type Speedtest

Typing Test Score

Visit the Typing Test and try!